Satu tumbukan padu mengena kearah kedua dua anak buahnya.
"Fuck! sialll akuuu bagi arahan senang perhati kan perempuan tuh kau buat apa sial?!, ". Jeritnya kuat didalam bilik itu. Bilik dimana Emilia Catrine ditempatkan.
Suaranya tidak akan menerobos keluar kerana ruang bilik itu berkalis anti suara 'soundproff '. Kebal tidak boleh didengari oleh sesiapa sahaja diluar. Sudah bertubi tubi tumbukan dilayang kan ke arah muka anak buahnya yang bertanggungjawab. Kelihatan anak buahnya itu sudah terkulai jatuh ke lantai.
"Aku bagi kerja senang tuh pon tak boleh nak settle ke?,". Jeritnya lagi.
Setelah dia menghabiskan nyanyianya tadi dia terus menerpa ke ruangan bar untuk mengambil minuman kerasnya. Namun perilakunya terhenti bila mendapat panggilan dari anak buah nya. Yang memberitahu bahwa Emilia sudah hilang dari bilik itu.
Laju sahaja kakinya melangkah setelah menghempas agak kuat gelas yang berisi air setan itu dikaunter. Nasib tak pecah. Mata mata gadis yang ingin mengoda dirinya tidak dipandang langsung hanya mata helang sahaja tegak kehadapan seakan mahu membaham mangsa ditonjol pada raut wajahnya yang indah itu.
"Boss saya rasa saya dah dapat kesan keberadaanya?, ". Seorang lelaki masuk kebilik itu memberitahu keberadaan Emilia.
"Gerak sekarang aku nak kereta!!!, ". Terus mereka semua bersiap sedia menerima arahan. Tubuh tubuh tegap mereka tidak akan boleh menandingi kekuatan darah yang mengalir di tubuh Boss nya Tiger.
Kereta sudah siap menunggu dihadapan kelab tersebut. Kereta terus dipandu laju membelah jalan setelah William berjaya masuk kedalam perut kereta Mercedez siri terbaru . juga diikuti dua kereta hitam pada arah belakang.
"Ya allah aku tidak mahu mengakhiri sisa hidup ku dengan keadaan yang mengaibkan seperti ini, terlalu banyak benda yang perlu aku tebuskan terhadapmu,". Katanya perlahan. giginya terketap ketap. Bibirnya sudah menjadi biru kesejukan. Kedua dua tanganya disilang memeluk tubuh. Mengigil sekujur tubuhnya.
Baju yang singkat itu dicuba ditarik kebawah supaya kaki nya dapat ditutup. Namun ia percubaan yang sia sia. Hujan menunjukkan seakan tidak mahu berhenti. Tiada siapa yang perasan keberadaanya disitu. Air mata masih menjadi peneman setia buatnya pada waktu itu.
Sretttttt!!!
Sebuah kereta berhenti tepat dihadapannya. Beserta dua buah kereta dibelakang. Seseorang keluar dari pintu sebelah pemandu membawa payung. Lalu membuka pintu belah kanan bahagian belakang. Dan orang itu. Orang yang membuat dia lari tak cukup tanah. Juga orang yang buat dia tak mampu menggunakan kaki lagi untuk berjalan saat itu. Namun digagahkan tubuhnya untuk berdiri. Fikiranya hanya satu. Dia mahu hilang dari pandangan lelaki itu.
Kudratnya sudah melebihi had kemampuanya. Terlalu lemah. Dia seakan tidak mampu berlari. Hanya mampu berjalan baru beberapa tapak dia melangkah. Satu kain seakan tuala yang William ambil dari anak buahnya membaluti tubuh kecil itu. Wajah dingin itu jatuh melihat raut wajah Emilia bersama satu renungan. Mata hazel itu memandang tepat kearahnya. Seakan mahu membahamnya pun ada. Tapi ada suatu yang terkesan di riak wajah lelaki bengis itu, ya riak risau juga terselit disitu. Perasan nya. Tapi kenapa pulak kan lelaki itu mahu risau akan dirinya kan. Dia silap lihat mungkin.
Namun matanya sudah tiada kekuatan untuk terus dibuka. Dia terus jatuh dalam dakapan lelaki itu. Hangat tubuh itu menemaninya. Entah kemana dia dibawa pergi. Di tepis sahaja soalan itu kerana mindanya seakan mahu dikosongkan sebentar. Mahu rehat dari perit lelah yang dirasakan pada batang tubuhnya serta fikiranya. Hangat tubuh William Alexander membuat dia berasa selesa dan selamat. Gilakan. Dia boleh rasa selamat dengan lelaki yang menumbuk perutnya. Berharap tiada lagi perkara yang tidak diingini berlaku terhadap dirinya.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...