Emilia dan Uwais berpandangan sesama mereka.
"Lipas!!!!,". Ucap Emilia. Satu jari telunjuknya diacu kearah Maya.
Maya tanpa berfikir panjang menjerit dan terlepaslah Tengku Fatimah dari pegangannya. Terkapai kapai Maya menghalau lipas yang tidak kelihatan langsung ditubuhnya. Teraba raba dia kesana kemari. Sambil kedua kakinya dihentak hentak. Senang sahaja untuk menebak kelemahan gadis gedik itu. Macam seperti cerita lain diluar sana. Perempuan yang terlampau gedik ni sejenis takut haiwan seperti tikus, lipas, cicak dan seangkatan denganya lah. Sama lah persis minah perasan lawa ni.
"Sekarang!,". Ucap Uwais memberi arahan. Pantas Emilia menumbuk perut Maya dan menepis kuat pistol yang berada dipegangan tangan kanan Maya. Tercampak jauh sedikit senjata api itu jatuh ke lantai. Terjatuh Maya. Terduduk meringkuk seperti udang dilantai menahan keperitan di perutnya.
Lemas dirasa bila memakai topeng yang menutupi wajahnya. Dibuka topeng itu. Kelihatan wajahnya sedang menahan perit. Sudahlah tadi dicekik oleh Tyson. Dan sekarang ditumbuk pulak dengan perempuan yang amat dibenci olehnya. Dan lepas ni apa lagi nasib malang yang mahu berlaku lagi didalam hidupnya pada hari ini. Sudah tidak tertahan lagi. Tidak disangka kuat juga tenaga Emilia.
'Berguna juga aku belajar seni mempertahan diri dahulu, ini lah waktu yang paling sesuai untuk aku muntahkan semua yang dah aku belajar kat perempuan bongok ni,'. Ucap Emilia didalam hati. Bila berasa berpuas hati melihat Maya sudah terduduk dilantai.
Uwais segera membuka ikatan tubuh Tengku Fatimah. Di kaki mahupun ditangan bondanya. Yang sudah berbirat. Tengku Fatimah pantas membuka kain hitam dimulutnya.
"Alhamdulilah... ,". Syukur Tengku Fatimah. Lalu tubuh Uwais dipeluk erat. Tangisannya memecah.
"Puan okay?,". Ucap Emilia berhemah kepada Tengku Fatimah. Bonda Uwais hanya mengangguk. Uwais membelek belek tubuh Tengku Fatimah. Takut ada sebarang kecederaan fizikal berlaku terhadap bonda kesayanganya.
Tengku Fatimah menghentikan perbuatan Uwais. Seraya menggeleng.
"Jangan risau bonda okay, kamu tuh okay tak dan William,". Soal Tengku Fatimah menilik wajah Uwais.
"Okay je bonda jangan risau kan kami,". Ucap Uwais.
◇◇◇
"Jangan ingat usia aku lanjut, kekuatan aku pon sama seiring dengan waktu, Tyson, dont judge the book by its cover, remind that,". Ucap Alexander. Memulas lengan tangan kanan Tyson kebelakang. Pantas dengan itu lengan kiri Tyson yang bebas mahu menyiku perut Alexander. Ditangkap mudah oleh Alexander. Lutut Alexander dibengkokkan lalu terduduk Tyson disitu.
"Terima sahaja lah kekalahan ini, aku tidak mahu membunuh kau... anak anak buah kau semua sudah habis kesemuanya dibantai diluar sana..,". Ucap Alexander. Ya dia tidak mahu membunuh lagi. Cukup cukup lah dia telah mengotori tangannya dengan dosa dosa yang sudah tidak terampun dan lelaki yang berada dihadapanya ini juga datang dari dosanya.
"Takkan sesekali aku mengalah sial! Tak nak bunuh aku ke kau nak tunjuk bukti bahwa aku adalah sisa keturunan Fernandez yang dibedil oleh kau suatu ketika dahulu!,". Ucap Tyson yang berusaha lolos dari pegangan Alexander. Namun sia sia.
Christian sudah hampir dihabisi oleh William. Tergeletak tubuh Christian menyembah bumi. Kelihatan wajah William terkesan dengan sedikit darah dan bengkak yang bewarna biru. Akibat dari pergelutan diantara dirinya dan Christian orang kanan Tyson Fernandez. Topeng yang menutupi wajah Tyson dicabut. Terserlah wajah mix Mexican milik Christian tidak tumpah dengan mendiang ayahnya Machate Rolex.
Saat Alexander leka pantas Tyson mengerah seluruh kekuatannya. Melepaskan diri dari cengkaman Alexander. Berjaya. Saat itu satu tumbukan padu ditujukan pada dagu Alexander yang berbelah. Patah satu gigi barisan hadapan milik Alexander. Termuntah darah Alexander disitu. Tubuhnya terduduk. Alexander mencuba mendirikan tubuhnya semula. Baru sahaja dia mahu mengimbangi tubuh tuanya itu. Satu tumbukan bertubi tubi diberi oleh Tyson. Kedada Alexander. Terkebelakang tubuh Alexander bila terkena serangan Tyson tanpa henti. Saat Tyson memberhentikan serangannya. Tubuh Alexander yang sudah terhuyung hayang yang tidak mampu mengekalkan posisi kakinya melayang jatuh mencium lantai. Bisa ditubuh tuanya menjalar disegenap urat pada bahagian tubuhnya.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...