Bab 1 : Private investigator ♔

1.3K 31 2
                                    

POV Emilia

"Nama aku Emilia Catrine salam perkenalan tuan,". Aku berusaha untuk senyum walaupun nampak sangat ia palsu di pandangan mata lelaki itu. Si dia yang berada dihadapan aku ni merupakan insan yang paling aku tak nak hadap sejak peristiwa yang memalukan seminggu yang lalu. Peristiwa di mana dia bertemu dengan lelaki itu bersama pasanganya disatu resort sewaktu dia melakukan tugasnya sebagai penyiasat persendirian.

"Saya Jefri Ilham or.. u can call me Jef,". Dia mengenyitkan mata ke arah ku. Aku tidak menghiraukan padanganya dan terus mengarahkan pandangan mataku kearah Ketua Surendren yang sedang berdiri menyambut kedatangan Jefri Ilham.

"Saya nak awak laksanakan tugas awak as penyiasat persendirian Encik Am dengan baik. Anggap je ini merupakan salah satu kredit untuk awak naik kan lagi nama awak dalam syarikat kita, hope prestasi awak kali ini dapat mengharumkan lagi nama syarikat kita ni, ". Ucap ketua perisik Sundren yang juga merupakan boss kepada firma perisik persendirian Milando Sdn Bhd. Aku memberi tabik hormat dengan menaikkan tangan kanan aku ke paras dahi.

" Baik tuan! ,". Ya ini lah tugas aku Emilia Catrine sebagai penyiasat persendirian di syarikat Milando Sdn Bhd. Jefri Ilham insan yang bakal menjadi klien aku yang baru. Kalau tidak disebabkan peristiwa seminggu yang lalu ia bukan satu alasan untuk aku berkeadaan seperti cacing kepanasan sekarang. Di perbetulkan sedikit kemeja putih polo yang berada ditubuhnya sambil rambut yang dililit diatas kepala itu juga diusap usap sedikit takut ia mencemarkan penampilanya.

Kapten Surendran menyuruh aku mengikuti langkah Ilham dan sebelum itu sempat bossnya itu menyerahkan beberapa dokumen kepadanya untuk diisi semula dan diserah kepadanya nanti setelah tamat kontrak perjanjian dengan Jefry Ilham. Dihela nafas panjang sebelum bergerak mengikuti Jefry Ilham merangkap klien barunya.

◇◇◇

"Tuan.. ermm sebenarnya apa tugas yang tuan nak saya lakukan?, ".

Emilia cuba memberanikan diri untuk bertanya. Setelah sekian lama menyepi didalam perut kereta. Mata lelaki itu masih kehadapan fokus dalam mengawal pemanduanya.

Emilia cuma keliru dimana dia mahu dibawa pergi. Lagi pula dia tidak diberitahu awal-awal tentang tugas yang perlu dilaksanakan untuk lelaki itu. Ia makin membuatkan fikiranya dipenuhi dengan pelbagai persoalan.

Selang beberapa minit mulut lelaki disebelahnya yang sudah seperti mahu memuntahkan emas itu mula bersuara.

"Just call me Jef not Tuan this is an order, " . Lelaki itu membuat wajah nakal seakan suka menyakat wanita disebelahnya yang sudah membuat muka cemberut.

'Whatttt a bloody demon,'. Makinya sepuas puasnya. Dalam hati je mampu sebab dia masih sayangkan kerjayanya. Walaupun baru cukup tiga bulan dia bekerja dalam syarikat itu. Takkanlah dia nak habis kan kariernya hanya disebabkan perangai tak semegah mamat selengge yang berada di sebelah kananya itu. Dia mencuba membuat riak biasa seakan tiada apa apa yang berlaku sebentar tadi.

"Jef what can i help u cause i didn't know... what i really ..need suppose to do right now,". Emilia membuat wajah penuh pengharapan agar lelaki itu membalas soalanya. Dan seperti yang dijangka pertanyaanya dibiar sepi seperti angin yang menampar muka lelaki itu. Semakin sakit hatinya namun dikuburkan sahaja rasa yang mula menghangat.

'Be profesional' . Itu lah pesanan Kapten Surendran setiap kali dia mahu memulakan tugasnya. Lagipun dia tidak mahu mencampur adukkan perasaan di dalam pekerjaanya. Kerana ia akan merumitkan lagi masalah yang timbul tidak sekalipun masalah itu berjaya diselesaikan. Anggap sahaja manusia yang berada disebelahnya kini hanya sekadar orang asing sahaja.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now