"Ingat ni Alexander disuatu saat kau sedar akan kesalahan kau nanti masa itu aku nak.. Kau jaga anak kita elok elok tau.. Aku sayang kau dunia dan akhirat,".Dan dengan sekelip mata. Tembakan dilepaskan.
.
.
."Tuan pasti ke, mahu bergerak ke Malaysia?,". Sibuk pulak salah seorang anak buahnya mahu mengambil tahu tentang dirinya. Pekak atau tidak faham dengan arahanya?. Jet peribadi yang sudah dipersiapkan untuk terbang diatas bangunan pencakar langit dimana markasnya ditempatkan ditengah bandar Washington.
Sudah siap sedia menunggu dirinya untuk naik keatas kenderaan bersayap itu. Kenapa perlu bertanya soalan yang sudah pasti jawapanya. Alexander hanya membiarkan sahaja soalan yang diberi oleh anak buahnya.
"Sorry Tuan, saya hanya nak mengingatkan Tuan yang keputusan doktor sewaktu Tuan masih ditahan di hospital, doktor menyuruh tuan jangan terlampau banyak bergerak ia akan memberi kesan terhadap kesihatan Tuan,". Terang anak buahnya satu persatu. Berharap Tuanya itu memikirkan semula tindakanya. Alexander terus memandang wajah anak buahnya itu.
"No need to worries about me,". Keningnya diangkat.
Tanganya menepuk beberapa kali bahu anak buahnya. Ya tidak perlu merisaukan dirinya. Dirinya yang kotor. Sungguh dia berasa jijik dengan dirinya sekarang. Perlahan kedua kaki tuanya diangkat untuk segera masuk kedalam jet peribadi milik syarikatnya sendiri.
Dia mahu menyelematkan Tengku Fatimah dari Tyson Fernandez. Kemunculan Tyson Fernandez telah membuktikan yang dia bakal menghadapi suatu mala petaka yang maha hebat. Dimana bermulanya episode hitam kejatuhan kekuasaan yang menjadi tampuk pemerintahan keluarganya yang sudah berabad usianya. Selain daripada peristiwa dimana dia membunuh Adell Avelyn isterinya sendiri.
Tubuh yang masih tegap itu melangkah masuk ke ruang jet peribadi sebelum mengambil duduk. Di tempat khas yang sudah tersedia buat dirinya. Hatinya dipenuhi dengan pelbagai perasaan. Perasaan bersalahnya kali ini sudah tidak mampu terluah. Kesalahan besar yang sudah pastinya dibawa dosanya itu sehingga titisan darahnya yang terakhir tidak akan ada kemaafan buat dirinya. Fikiranya menerawang saat dia menemui kebenaran dek segala kejahatan yang bermula saat dia mengambil nyawa isteri kesayanganya iaitu Adell Avelyn.
◇◇◇
Beberapa jam yang lalu...
Selepas dia menemui William. Salah seorang anak buahnya mendekati dirinya. Seperti mahu membicarakan sesuatu informasi yang sangat penting. Ia berkait rapat tentang arwah isterinya Adell Avelyn. Mereka menjumpai beberapa fail perjanjian yang tersimpan rapi di rumah pusaka milik datuknya di Italy. Tempat dimana dia dibesarkan. Oleh semua ahli keluarga yang berketurunan penjenayah terkemuka. Berdarah Mafia, sewaktu dia masih bayi lagi.
"What is this?,". Soal Alexander dengan beriak bengis kearah anak buahnya. Dah lah 'moodnya' hilang dek dituduh oleh William tadi. Dan sekarang apalagi informasi buruk yang bakal memberatkan lagi akal fikiranya yang semakin terhakis dek usianya yang semakin senja.
Anak buahnya mengelengkan kepala. Tanda tidak mengerti tentang isi kandungan yang berada didalam sampul fail bewarna biru itu. Yang hendak diberi kepada Alexander.
Sampul biru itu sudah selamat betukar tangan. Yang mereka tahu ada nama Adell Avelyn sahaja sewaktu mereka terlajak mengoyak sampul tersebut kerana ingin tahu apa yang terkandung didalam isi sampul surat tersebut.
Sebelum keluar semula dari rumah pusaka milik keluarga Alexander di Italy. Kerana mahu segera menyelesaikan misi yang diberi oleh Alexander untuk menyiasat latar belakang lelaki bertopeng yang berani beraninya menentang Alexander ketua mafia mereka sewaktu di Band e-Amir Afghanistan.
Alexander meminta mereka semua pergi ke tempat masing masing. Sebelum dia mengambil duduk di ruang menunggu dimana petugas sedang membuat persiapan bagi jet peribadinya. Untuk membawanya terbang ke negara Malaysia sebentar lagi. Dia merenung terlebih dahulu sampul surat yang bewarna biru. Seakan ada sesuatu yang menarik disitu. Ada suatu tulisan halus yang tercatat di atas fail belah kanan sampul tersebut. Nasib koyakan itu tidak mencacatkan coretan halus itu. Kalau tidak ia akan menyukarkan untuk Alexander membaca.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...