"I give my heart to you.., ". Mata hazel disebalik white masquerade itu memandang tajam wajah gadis itu. Sekuntum bunga ros putih dikeluarkan dari belakang badannya diberi kepada Emilia. Emilia yang terpaku dengan renungan tajam lelaki itu melihat bunga yang berada pada tangan kanan lelaki itu. Semua mata terarah kepada Emilia.
"Woi amek le ngek!,". Kata Troll lalu mengambil bunga ros putih dari tangan Encik Daniel. Yela orang tunggu dia ambil bunga tuh. Dia pulak jadi patung cendana tak terkutik langsung. Mereka semua tergelak melihat sikap Emilia. Emilia yang baru tersedar itu. Menundukkan wajahnya menahan malu. Lalu mengaru garu telinganya yang tidak berasa gatal.
'Tak guna kau Troll!..Malu lah aku gila.,'. Bisiknya. Encik Danial hanya tersenggeh. Geli hati melihat sikap Emilia tadi. Sebenarnya tadi pun dia hampir terpegun melihat Emilia. Namun nasib white masquerade mampu menyorokkan riak diwajahnya. Yang cair melihat kecantikan gadis itu. Pada malam itu. Mungkin hasil sentuhan Anastasia pada wajah Emilia tadi.
"Wuuu... Emilia macam padan lah dengan Encik Danial...,". Sapa suara suara nakal.
Wajah Emilia sudah memerah menahan malu.
'Please la aku malu nih,'. Bisiknya.
Mahu je dia keluar dari rooftop itu sebab terlampau malu bila dijadikan bahan usikan mereka disitu. Memang kene cincang dengan Anastasia dan yang lainlah cerita dia sekiranya dia tinggalkan ruangan itu sekarang. Namun ada sahaja kata kata sinis. Seakan tidak berpuas hati dengan Emilia. Bila menerima sekuntum bunga dari Encik Daniel. Mereka beranggapan bahwa Emilia sudah berjaya menggoda majikan baru nya Benz Michael. Dan sekarang Encik Daniel pula tetamu undangan didalam majlis tersebut menjadi target barunya. Malas Emilia mahu memikirkan persepsi negatif dari semua yang berada disitu. Dia cuma berharap agar cepat lah majlis ini menemui penghujungnya. Terasa tidak betah lagi dia berada disitu.
Maya memandang tajam Encik Daniel. Dia macam mengenali lelaki itu sebelum ini.
"You tak nak makan?,". Soal Michael yang ingin mengambil makanan. Dipandang Maya yang sedang duduk sambil memandang ke arah semua staff yang sakan menyakat Emilia. Bersama lelaki yang digelar Encik Daniel itu.
Dalam masa yang sama Michael berasa cemburu. Melihat adegan diantara Encik Daniel dengan Emilia sebentar tadi. Siapa entah lelaki yang baru muncul itu. Berani beraninya hendak mendekati dengan barang milik dia. Lagipun dia kusut kerana tidak dapat menemui siapa gerangan yang melepaskan tembakan di bilik hotel Emilia tadi. Nyaris meragut nyawanya.
"Don't want sayang, i rasa macam dah kenyang..u nak i temankan u ke ?,". Soal Maya lalu memalingkan wajahnya kearah Michael.
"Takpe i pergi sekejap je kat sana, u tunggu i kat sini ya?,". Balas Michael lalu berlalu kearah ruang buffet diatas rooftop itu. Mahu mengambil sedikit makanan.
"Encik Danial menarilah dengan Emilia!,". Mereka semua bersorak kearah Emilia dan Encik Danial. Encik Danial memakai sut bewarna kelabu yang sangat sesuai mengikut warna kulitnya. Ada pulak diantara staff yang menjeling tajam cemburu mungkin. Tapi mereka tidak mampu menidakkan keserasiaan diantara Encik Daniel bersama Emilia Catrine.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...