Tuk!
Tuk!
Tuk!"Aduh siapa pulak yang kacau nih, ". Dia mengerutkan wajahnya. Tanganya meraba raba mencari telefon iphone 15 pro gold nya dibirai katil. Dan jumpe. Matanya yang masih tutup itu perlahan dibuka. Dia membuka skrin telefon pintarnya. Dah pukul 8.45 pagi. Lalu dia menekup kembali mukanya pada bantal empuk itu. Rasa malas menguasai tubuhnya. Eh sekejap. Bukan ke dia sudah berjanji dengan Troll and the geng untuk bertolak ke Bahnhofstrasse pada pukul 8.30 pagi. Mata dicelik tubuh dibangunkan laju dia melompat pergi membuka daun pintu biliknya.
Mereka memandang Emilia dengan satu pandangan yang tidak berpuas hati sambil menyilangkan kedua tanganya. Merenung Emilia atas bawah. Kelihatan dirinya tidak ubah seperti mak hilang anak. Dengan rambut yang serabai. Wajah yang sembab membuktikan lagi yang perempuan itu baru terjaga dari lenanya.
"I..iam.. sorry, ". Emilia mencantumkan kedua tapak tanganya memohon maaf. Namun mereka terus menolak tubuh kecil itu kedalam bilik itu bersama.
Tum!
Pintu ditutup.
"Cepat mandii kann budakk nii!!, ". Jerit Troll. Anastasia dan Eggie sudah tergelak.
"Apa nih Troll!, ". Jerit Emilia.
"Bukan main ye kau kata semalam nak teman kiteorang shopping janji pukul 8.30 ni dah nak pukul 9 tau, mana telefon kau?, ". Soal Troll. Emilia yang sedang mencebik itu menunjukkan jari telunjuk pada tangan kananya kearah katil sambil tangan kirinya mengaru garu kulit kepalanya. Keadaanya tidak ubah seperti seorang anak yang sedang dimarahi oleh ibunya.
Troll terus mengambil telefon Emilia.
"Nampak nih 20 missed call from me 10 from Eggie and 1 from Anastasia.. kau rasa kan berbaloi tak kiteorang membazirkan kredit kiteorang untuk kau, ". Aduh pepagi buta dah kene membebel dengan lelaki siluman nih. Bukan pepagi buta. Matahari dah naik kat atas kepala cik adik manis oi. Emilia Emilia. . Nasib kau lah Emilia siapa suruh tak tepati masa seperti menanam tebu ditepi bibir aduh habis lah peribahasa melayu dia hancurkan.
Bukan dia sengaja pun tak terniat dia nak melambatkan masa. Yelah semalam dia asyik tidur dalam pelukan hangat William. Eh sekejap. William ada denganya. Emilia memusing musing tubuhnya seakan mencari sesuatu. Troll dan lain hanya mengerutkan wajah melihat perilaku Emilia ketika itu. Emilia cuba membongkok kan tubuhnya melihat sama ada lelaki itu menyorok dibawah katil.
"Woi kau dah kenapa tertunduk tunduk, ". Tegur Eggie melihat perilaku aneh sahabatnya Emilia.
"Tak.. semalam semalam dia ada, and now dia hilang, ". Seperti orang sasau Emilia menjawab soalan Eggie. Menggaru kepala melilau di seluruh ruang bilik sebelum memandang kearah mereka.
"Apa yang ada?, ". Soal Anastasia pulak. Penasaran dengan kata kata Emilia.
"Someone, ". Balas Emilia lalu merenung mereka.
"Aduh kau ni, ni mesti mimpi tak basuh kaki nih, dah dari kau buat muka macam kena sampuk hantu baik sekarang..., ". Ditolak tubuh Emilia kearah pintu bilik air.
"Mandi!, ". Sambung Troll. Troll menutup daun pintu apabila Emilia sudah berjaya ditolak masuk ke dalam bilik air.
Tak sampai beberapa saat daun pintu bilik air dibuka.
"Wehyy... macam mana aku nak mandi?, ". Soal Emilia kepada mereka yang sedang menunggu dirinya didalam bilik hotelnya.
" Dah kenapa pulak kau nih apa yang tak kene lagi, ". Pening Anastasia melayan kerenah minah seekor nih.
"Hee please give me that towel pleasee, cemana lah kejap lagi i nak mandi bila towel i takda disisi..". Diajuk kan nadanya sambil membuat muka comel. Semua yang ada disitu membuat muka sebal. Troll mengambil tuala yang berada di atas kerusi meja solek bersebelahan katil.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...