Bab 28 : Reaction ♔

74 8 0
                                    

Mata William terarah kepada Emilia. Kelihatan gadis itu sedang asyik menikmati sarapan di satu kedai yang berdekatan dengan kelab malam tempat dimana dia dan gadis itu tidur malam tadi. Ia sangat memalukan dimana gadis itu melihat dirinya dalam keadaan yang menyedihkan saat dia menghadapi mimpi itu. Mimpi yang seboleh bolehnya dia menyahkan dalam tidurnya.

   William menghirup sup cendawan yang terhidang. Aromanya menusuk ke indra penciumannya sedikit sebanyak mengoda seleranya. Dia membaca bismillah di dalam hati sebelum menikmati sarapan yang sudah terhidang di dalam pinggan. Hari ni dan seterusnya mahupun selamanya dia mahu situasi begini terjadi lagi didalam hidupnya. Di mana dia berada semeja dengan wanita itu. Yang semakin hari membuat dia hanyut didalam perasaanya. Lagi lagi bila reaksi Emilia malam tadi membiarkan dia memeluk batang tubuh kecil milik gadis itu langsung tidak mahu menolak kemahuannya.

Memekar kan lagi perasaannya yang tersedia ada buat wanita itu. Sekaligus membuat dia nekad untuk mencari jalan bagi menghalalkan hubunganya dengan gadis itu.

  "Kejap lagi kita nak bergerak ke apartment aku kan?,". Soal Emilia setelah mengelapkan mulutnya dengan napkin yang sudah tersedia tersisip di tepi pingganya.

  William yang juga sudah selesai mengangguk tanda mengiyakan soalan Emilia. Mereka beredar dari ruang restoran dan bergerak ke tempat parking kereta Bugatti edisi tunggal La Voiture Noire ditempatkan. Seperti yang kita sedia tahu dimana keberadaan William pasti diekori oleh anak anak buahnya. Tika itu anak buah William sedang berada di tempat parking kenderaan yang tidak jauh dari tempat kereta mewah yang diparkir oleh William.

  Salah seorang dari mereka keluar dari perut kereta dan laju bergerak kearah William sambil memanggil nama tuanya itu yang baru mahu masuk kedalam perut kereta bersama Emilia. Tindakan William terhenti menunggu kehadiran anak buahnya mendekati dirinya yang berdiri tegak di sebelah pintu pemandu yang sudah terbuka.

   "Kenapa ?,". Soal William. Terasa ada sesuatu info penting yang ingin diberitahu oleh lelaki berbadan sasa bersut dan berkaca mata hitam itu. Termegah sekejap anak buahnya sebelum berdiri tegak dihadapan William membetulkan tubuhnya yang tegap.

"Ada panggilan dari Malaysia dia kata dia kawan tuan namanya Jefry Ilham,". Ucap anak buahnya lancar lalu memberi telefon pintar syarikat kepunyaanya kepada William. Telefon bertukar tangan.

Mata William memandang Emilia yang sudah berada di perut kereta tempat duduk bersebelahan pemandu. Di jauh kan sedikit tubuhnya dari kenderaan dan anak buahnya. Mahu mencari ruang sebentar.

"Zaf! bonda kau kena culik! Ni aku Jef,". Belum sempat William ingin bersuara pantas suara si pemanggil berkata. Terus memberi seribu satu rasa dalam hati William Alexander.

"What!,". William terkejut. Dia betul-betul tidak percaya dengan kata kata Jefry merangkap kawanya. Ia terlalu cepat dan sangat tidak boleh diterima oleh akal fikirannya yang waras. Alexander sudah berjanji dengan dirinya untuk tidak mengapa apakan Tengku Fatimah. Sekiranya dia mengikut arahan Alexander. Tapi apa yang terjadi sekarang ni?. Adakah Alexander sengaja mahu mengingkari perjanjian diantara mereka?.

"Are u really sure... yang...bonda aku kena...culik??,". William mempersoalkan kembali. Sengaja mahu memastikan kesahihan kata kata sahabatnya itu. Dia meraup mulutnya dengan kasar. Sudah tidak betah disitu.

"Uwais yang bagi tahu aku tadi, dia minta tolong dengan aku untuk aku inform kat kau, dia nak kau tolong cari Tengku Fatimah,". William sudah seperti hilang arah sekejap. Yang hilang itu insan yang sangat ikhlas menjaga dirinya suatu ketika dahulu. Satu satu masalah menimpa dirinya. Baru dua hari lepas Emilia diculik lelaki bertopeng dan sekarang bondanya pulak yang diculik. Tapi siapa?. Siapa lagi yang nak menculik insan insan sekelilingnya yang dia sayangi?. Kenapa nak kena target orang penting dalam hidup dia?.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now