Bab 5 : Tiger ♔

306 20 2
                                    

"Ibu sakit ke?, " Puan Merander Julian hanya menganguk lemah. Melihat sahaja wajah itu seakan merawat sedikit kedukaanya sebelum ini. Namun ia tidak berhasil apabila dia mendapat tahu. Bahwa penyakit bundanya semakin parah. Emilia memegang erat kedua dua tangan ibunya.

"Ibu dah makan?,". Wajahnya seakan sembab disedari oleh mata tua itu. Perlahan tangan kiri yang sudah berkedut yang kejap tadi dipegang erat oleh Emilia di bawa mengusap lembut pipi kanan Emilia. Lembap bisiknya. Emilia yang baru sahaja bertemu dengan doktor membincangkan perihal sakit ibunya melakarkan sedikit senyuman. Namun mudah ditebak oleh ibunya bahawa senyuman itu hanya sekadar pemanis untuk menutup segala kedukaan yang sedang ditanggung oleh anak nya itu Emilia Catrine.

Puan Merander Julians telah didapati menghidapi Hepatoma, kanser hati tahap empat. Dia sudah menghantar ibunya membuat rawatan susulan dan kimoterapi serta pelbagai macam cara sudah di lakukan namun usahanya seakan buntu bila doktor mengesahkan masa serta waktu ibunya untuk bernafas di muka bumi sudah tidak lama. Ia membuat kan dirinya seakan mati akal untuk mencari jalan yang terbaik lagi bagi mengubati penyakit yang ditanggung oleh Merander Julians ibunya.

Setelah lama menumpah kan air mata tadi sewaktu bertemu dan berbicara dengan doktor. Dia berpura pura kuat dan segera menghapuskan air matanya pabila memasuki ruang bilik sakit Puan Merander Julian. Dia tidak mahu menambah beban sakit yang sedang dihidap oleh salah satu wanita tabah yang sangat dicintai olehnya tika itu. Segala perit bahagia sudah banyak dikongsikan rasa bersama dengan wanita itu siapa lagi kalau bukan Merander Julians. Salah satu ahli keluarga yang dipunya tika ini. Tiada lagi yang lain. Sekira bondanya itu meningalkanya nanti. Tingallah dirinya berseorangan sebatang kara.

"Ibu sayang kamu ingat tuh Catrine," katanya perlahan dengan segaris senyuman. Dia redhah dengan ujian yang sedang tuhan berikan kepadanya. Saat dia mengetahui sakit yang dihidapi olehnya. Dia seakan hilang arah namun akhirnya dia cuba belajar bersedia menerima hakikat untuk menghadapi segala situasi serta keadaan seperti saat saat sebegini. Kalau begitu pengakhiranya dia perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu terus menerus menghabiskan masanya meratapi kedukaan saat mengetahui dirinya sudah tidak mempunyai masa yang banyak. Untuk saat akhir ini dia mahu ia berakhir dengan sedikit kegembiraan. Gembira melihat anaknya masih setia berada disampingnya. Suaminya yang sudah dijemput ilahi memberikan dia semangat supaya dia dapat berjumpa semula dengan insan yang sentiasa dia rindui.

Emilia melihat wayar wayar yang berselirat ditubuh ibu nya menambahkan lagi luka dihati . Dipegang erat tangan ibunya. Shawl yang sudah menutupi separuh rambut dibiarkan. Yassin dikeluarkan. Seperti hari sebelumnya dia akan membacakan surah yassin untuk sekian kali memberi ketenangan disegenap bilik tempat dimana ibunya dirawat serta harapan agar ibunya cepat sembuh. Walaupun tipis.

Perlahan mata ibunya tertutup. Setelah tamat bacaan yassin. Disisipkan semula yassin tersebut didalam beg sandangnya dipandang semula wajah redup ibu yang berada dihadapan. "Ibu dah tidur ye, ". Bisiknya perlahan. Di pegang tangan kiri ibunya. Sejuk. Dia melihat semula wajah ibunya untuk sekian kali. "Ibu..., ". Di gerak tubuh ibunya untuk memastikan sesuatu.Tiada sahutan.

Dia memeriksa nadi ibunya dipergelangan tangan. Air matanya yang baru berhenti mengalir tadi tumpah lagi yang ntah keberapa kalinya ia datang. Dia terus menekan butang kecemasan. Terus dipeluk erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Seakan tidak mahu melepaskan. Tangisanya berterusan. Wajah redup bondanya ditenung sebelum satu kucupan hangat singgah didahi ibunya yang sudah pergi menghadap ilahi. Lama bibirnya melekap disitu. 'Pergi lah ibu, kirimkan salam buat ayah ye,'. Berharap semoga ibunya sentiasa berada dibawah jagaanNya disana.

Innalilahiwainallilahirajiun...

Kubur yang masih merah itu direnungi dalam dalam. Setelah peristiwa kebakaran satu tahun yang lalu yang melibatkan syarikat Milando Sdn Bhd. Dia telah banyak menghabiskan waktunya dirumah keluarganya. Namun hidup yang diharunginya tidak seindah yang dia sangkakan kehilangan ibunya Puan Merander Julians meragut semangatnya seperti kematian ayahnya dulu tumpas sewaktu menjadi askar pertahanan di Lahad Datu beberapa tahun yang lepas . Dilapkan air mata yang sudah acap kali tumpah bersama derita yang dia hadapi. Semoga masih ada sinar untuk dirinya mengubat rindu yang bersarang dalam hatinya untuk kedua dua arwah ibu dan ayahnya.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now