Bab 19 : Jealous ♔

172 16 16
                                    

    
      Matanya di buka serentak dengan itu tubuhnya terus dibangunkan. Tubuh di pusing melihat keadaan di sekelilingnya. Sunyi. Tiada sesiapa pun disitu. Nafas dihela berat. Tangan kananya dibawa ke wajah meraup keringat yang telah membasahi dahinya. Dia seakan mengalami mimpi ngeri dan lebih ngeri bila 'si dia' tiada didalam mimpinya.

Resah. Ya dia resah sudah hampir seminggu sejak kejadian dirumah agam William bersama Maya tempoh hari. Kenapa dia seperti ini. Sunyi itu sangat menyesakkan.

Sejak itu dia telah mencabut cctv yang dipasang oleh William di kipas dalam biliknya itu. Dan dihancurkannya. Bila difikirkan balik mungkin lelaki itu ada melihat benda yang tak sepatutnya dilihat. Dia merungut. Nak marah lelaki itu pun tak guna. Tapi lelaki itu juga dah banyak kali selamat kan dia dari sesuatu yang memudaratkan dirinya.

     "Mimpi yang paling memenatkan...,".Rungut Emilia. Dia cuba menolak rasa sedih yang mula mahu menyapa hatinya tika itu. Dia tidak mahu hanyut dengan kisah hidupnya yang sendu. Dia harus terus berjalan. Itulah kehidupan. Tegasnya dalam hatinya.

Mata cuba dipejamkan semula. sambil memicit micit dahinya yang terasa sakit disitu. Dia seakan memikirkan sesuatu. Ya bermacam perkara yang berlaku didalam hidupnya tanpa sempat dia mempredikskan dengan lebih mendalam. Segala situasi yang pernah dia tempuh sebelum ini, dan saat itu dia cuba mengolah segala apa yang pernah berlaku.

     'Siapa William ? Siapa Carl Zafran ?',. Sunyi hanya persoalan yang berlalu tanpa jawapan. Namun fikirannya sangat bising tika itu cuba mencari namun masih gagal.

'Siapa ibu kandung dia?,'. Datang lagi soalan yang menerpa akal sihatnya .

'Maya Robert itu adik dia tapi kenapa dia gilakan William?,'. Makin pening otak dia dibuatnya. Kusut.

'Kenapa dia mahu menjadi Encik Daniel, kenapa dia nak pasang cctv dalam bilik aku dan... sejak bila dia pasang,'. Serabut karang author pon mabuk nak menulis ni ha. Sorry sorry gurau author kena habiskan penulisan ni juga, karang ada yang banned cerita ni haa. Naya pak karim. Hehe sekadar bercanda.
'Bila aku soal kenapa dia jadi Daniel dan cctv tuh dia mengamuk, but why?,'. Fikirnya lagi lelaki tu sangat sukar dijangka. Perlakuan dia mengikut perasan kadang. Kelihatan lelaki itu seakan takut akan sesuatu.
Dan dia teringat akan apa yang telah diperkatakan oleh Carl Uwais tempoh hari yang syarikat Milando Sdn bhd bukan suatu kemalangan tapi telah dirancang namun kesahihan nya telah dihapuskan oleh suatu pihak yang tidak tahu siapa. Yang memungkinkan segalanya pihak tersebut adalah orang yang sangat berbahaya. Itu pasti.

Dia perlu mencari tahu. Dia perlu menyiasat juga siapa William Alexander, Carl Zafran , Tiger serta kes di tempat kerja lamanya dulu seakan ada sesuatu disitu yang tidak kena. Dan hatinya seakan bersemangat semula. Iya dia mahu kuat untuk merungkaikan misteri yang berada disekelilingnya. Ia seakan puzzle namun penyelesaiannya memerlukan sedikit usaha sampai ia berjaya mendapatkan jawapanya yang sebenar.

Sakit hatinya sewaktu dipersalahkan tempoh hari masih terasa namun dia tidak lagi mampu menipu hatinya tika itu. Iya perasaan asing ini. Semakin hari semakin tidak terbendung. Walau sehabis boleh dia menidakkan. Namun makin kuat lagi ia mengetuk tangkai hatinya. seakan rentak mahupun nada. Rindu.

                    ◇◇◇

      William berkurung dibilik dalam villanya. Seleranya pun sudah tidak difikirkan. Kosong dirasakan olehnya bila berada didalam kamarnya tika itu. Matanya memandang laptop silver yang berada disisi katilnya. Tiada lagi ruang bilik Emilia yang sentiasa dipaparkan pada skrin laptop itu. Dia menumbuk numbuk mukanya yang masih membiru kesan lebam yang diperoleh dari anak buah ayahnya sendiri. Layak ke lelaki berhati binatang seperti Alexander itu dipanggil ayah?.

NADA RINDU ♔Where stories live. Discover now