Kejadian seminggu yang lalu
"Ye tuan saya bergerak sekarang, ". Emilia cuba berlagak biasa apabila bergerak keluar dari suit nya yang bernombor 204 di Alaska Resort. Topi yang cantik terletak dikepalanya diperbetulkan bersama cermin mata hitam dimatanya,
Rambut yang sudah diikat kuda diperbetulkan. Dia memakai pakaian kasual seperti tidak berada didalam pekerjaanya. Dress putih parat pinggang dengan dihiasi sedikit renda disitu dipadankan bersama seluar jean bewarna biru pekat.
Sebenarnya ia merupakan salah satu agenda untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh klien nya Engku Mahadi. Sedap kan nama nya ada Engku namun orang nya sudah lanjut umurnya sayang kan?.
Dia disuruh untuk memasuki suit yang bernombor 202. Ketua Surendran memberi lampu hijau untuk nya membuka pintu suit tersebut. Seperti yang dijangka pintu itu tidak berkunci. Ketua Surendren telah menghantar anak buahnya untuk memblock password pintu tersebut. Dengan mudah mereka boleh mengawal pintu tersebut sama ada mahu di 'access' masuk mahupun tidak.
Dengan langkah yang pantas dia terus menutupi pintu suit tersebut. Secara tidak langsung pintu itu automatik di kunci. Emilia meliarkan padangan disetiap sudut ruangan bilik itu sama seperti didalam ruangan suitnya. Matanya cuba mencari dokumen yang dikatakan oleh Engku Mahadi. Di terjah semua ruang didalam bilik itu namun hampa. Benda yang mahu dicarinya tidak dijumpai.
Hanya terdapat dua buah beg baju dan satu pengecas telefon pintar terletak elok diatas katil. Hatinya bungkam. Di mana letaknya dokumen itu. Fikirnya. Sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal ditutupi dengan topi jerami. Baru sahaja dia ingin menundukkan tubuhnya ke bawah melihat buat kali kedua di ruangan bawah katil. Seakan ada suara yang semakin mendekat ke suit tersebut dari arah luar.
Dengan mudah pintu itu dibuka menggunakan access card. Tangan kirinya masih melingkar kemas dipinggang Helena. "Jom masuk sayang?, ". Bisiknya di telinga kanan wanita itu. Helena tersenyum senyum. Diusap lembut tangan Ilham yang berada dipingangnya. Setelah menutup pintu suit tersebut Ilham terus mencempung tubuh kecil itu untuk berada didalam dakapanya. Dibaringkan tubuh itu diatas katil bersaiz King itu.
YOU ARE READING
NADA RINDU ♔
RomanceEmilia Catrine♔ Kehadiran lelaki itu semula seakan mengucar kacirkan hidupnya berbanding di awal perkenalannya. William Alexandar♔ " i will be your nightmare, ". Setelah setahun berlalu, dia bertemu semula dengan lelaki yang dulu dia kenali sebag...