Lamunan Amani Haura terhenti dek kerana bahunya di tepuk oleh seseorang yang amat dikenalinya." Macam mana interview tadi? Okay?". Tanya Raudah kepada Amani Haura.
Kepala Amani Haura yang di tutup selendang di usap lembut.
"Okay kak.. tapi macam biasa laa kak kena tunggu call". Jawab Amani Haura dengan suara sedihnya.
Amani Haura membetulkan duduknya untuk menghadap Kak Raudah yang sedang berdiri disampingnya.
"Alaa.. janganlah sedih Amani.. In Sha Allah adalah rezeki untuk Amani nanti". Pujuk Raudah.
"Aminnnn.. dah tak payah buat muka buruk tu.. ni amek sampah ni lepastu pergi buang.. tu, dekat belakang tu banyak kerja nak kena buat". Selit Ayu.
Amani Haura mengambil bungkusan sampah di tangan Ayu sambil bibirnya di muncungkan
"Eee.. kak Ayu ni.. suka betul potong mood Amani... baru jer nak manja-manja dengan kak Raudah.. dah tak jadi". Kata Amani Haura sambil mengerutkan keningnya.
"Tak payah nak manja-manja sangat lah.. awak tu dah umur 24 tahun.. bukan kecik lagi.. dah boleh kahwin dah pun". Balas Ayu dengan nada suara mengusiknya.
"Yelaa.. kak Ayu pun sama.. dah layak kahwin.. Umur Kak Ayu tu dah 28 tahun. Dah TUA, tapi hampeh boyfriend pun tak ada..". Usik Amani Haura kembali.
"Ishh.. budak ni.. nak kena ni". Kata Ayu sambil melipat lengan bajunya.
Tangan Ayu laju mencubit lengan Amani Haura.
"Aduhh sakit laa kak Ayuuu. Kak Raudahh.. tengok kak Ayu nii". Adu Amani Haura sambil menggosok tempat yang di cubit oleh Ayu.
Raudah hanya tersengeh melihat telatah Amani dan juga Ayu. Ayu menjelir lidahnya kepada Amani apabila melihat Raudah hanya tersengeh.
"Tapi betul cakap Amani, kita dah tua.. lagi 2 tahun nak masuk 30.. hurmm boyfriend tak ada lagii.. apa nak jadi dengan kita ni". Sampuk Hanim sambil menayangkan wajah risaunya.
Amani, Raudah dan Ayu memandang ke arah Hanim yang sedang duduk di kuanter pembayaran.
Amani Haura tersengeh mendengar keluhan Kakak-kakaknya itu manakala Ayu dan Raudah sudah bercekak pinggang memandang Hanim dengan riak tidak puas hati mereka.
"Raudah, kau tengok kawan kau ni.. boleh pulak dia membetulkan kata-kata si Amani ni.." keluh Ayu dengan nada tidak puas hatinya.
"Laa betul laa.. yang kau nak nafikan tu kenapa? Tulaa kau Ayu.. si zamri nak dekat kau dulu, bukan main lagi kau jual mahal.. tup tup sekarang dah melepas. Jadi, andartu laa kau". Balas Hanim.
Ayu membulatkan matanya memandang ke arah Hanim yang sedang membuat kira-kira.
"Kau tengok, kawan kau yang tak sedar diri tu, dok mengata aku". Kata Ayu kepada Raudah.
"Hahaha.. alaa chill laa korang ni". Kata Raudah.
"Tak payah nak chill sangat Raudah. Kau pun sama. Dok main tarik tali dengan si mirul tu.. kalau dah suka tu, kahwin jer laa.. bf dah ada tapi tak kahwin-kahwin lagi". Kata Hanim lagi dengan nada perlinya.
Mata Raudah membulat memandang ke arah Hanim. Lengan tangannya di singsing sehingga ke siku. Raudah memberikan isyarat mata kepada Ayu untuk menyerang Hanim.
"Hahahahaha". Tawa Amani Haura terhambur.
"Amboii.. pandai kau mengata orang ehh Hanim". Kata Raudah dengan nada perlinya.
Tanpa Hanim sedar, Raudah dan Ayu sudah berada di sebelahnya. Laju tangan Raudah kunci pergerakkan Hanim dari belakang.
"Arghhhh.. ehhh apa korangg nii".jerit hanim.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Romance♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...