42

159 7 1
                                    

Amani Haura menguap kerana berasa mengantuk. Sudahlah semalam dia tidur lewat, hari ini pula Izz Zakwan ajaknya untuk bertemu client baru.

"Tutup mulut kau tu". Tegur Izz Zakwan yang duduk di sebelahnya.

Amani Haura terus menutup mulutnya. Mata yang berair di lap.

"Mana client Encik Izz ni?". Tanya Amani Haura.

"Kenapa lambat sangat dia sampai?". Tanya Amani Haura.

Izz Zakwan lihat jam di tangannya. Sudah dekat 10 minit mereka tunggu tapi tidak sampai.

"Jomlah kita balik Encik Izz. Kerja saya banyak tak siap lagi". Ajak Amani Haura.

"Sabarlah". Balas Izz Zakwan.

"Maaf saya lambat".  Kata lelakinya baru sahaja sampai.

Izz Zakwan dan Amani Haura terus bangun dari duduk kerana lelaki tersebut menghulur tangan kepada Izz Zakwan.

"Its okay". Tangan lelaki itu di sambut.

Amani Haura jadi kaku lihat wajah lelaki yang berusia lewat 30-an. Jantungnya mula mengepam darah dengan laju.

"This is my PA. Amani Haura. Amani this is Encik Borhan". Ucap Izz Zakwan.

"Nice to meet you, Amani Haura. I'm Borhan ". Balas lelaki tersebut. Senyuman di berikan kepada Amani Haura.

Amani Haura tidak balas senyuman Borhan. Matanya bulat pandang wajah Borhan.

"Silakan duduk". Pelawa Izz Zakwan.

Izz Zakwan, Borhan dan di ikuti Amani Haura terus melabuhkan punggungnya. Sepanjang tempoh itu, Amani Haura hanya diamkan diri.

Hatinya gelisah bila berdepan dengan lelaki yang bernama Borhan. Hilang terus fokusnya.

♡ 30 minit kemudian ♡

Pelayan menghidang makanan di atas meja. Izz Zakwan pelawa Borhan untuk menjamu selera.

"Saya harap Encik Izz Zakwan terima projek ni." Kata Borhan.

"Projek ni bagus, saya kena bincang dulu dengan Tan Sri Zamru." Terang Izz Zakwan.

"Saya harap dapat dengar berita yang baik dari Encik Izz Zakwan". Balas Borhan.

Izz Zakwan hanya anggukkan kepalanya perlahan.

"Err.  PA kamu ni memang jenis pendiam ke?". Tanya Borhan.

Izz Zakwan pandang wajah Amani Haura sekilas. Baru dia perasan Amani Haura tidak banyak bicara. Wajahnya juga di tundukkan.

"Owhh.  PA saya ni memang macam ni. Dia malu-malu orangnya". Terang Izz Zakwan.

"I see. Pemalu orangnya. Saya dengar Encik Izz Zakwan dah berkahwin. Betul ke?". Tanya Borhan kepada Izz Zakwan.

"Yup." Jawab Izz Zakwan ringkas.

"Baguslah kahwin awal. Jangan jadi macam saya, bujang terlajak". Balas Borhan bersama sengehanya.

"Takpe jodoh Encik Borhan tak sampai lagi tu.  Encik Borhan jangan risau."

"Kalau kahwin awal-awal tapi tak ada perasaan cinta pun rugi sebenarnya. So, Encik Borhan kena bersabar". Kata Izz Zakwan.

Amani Haura tahu Izz Zakwan sedang memerlinya. Nasi di suapkan ke dalam mulutnya.

"Betul juga tu. Hahahaha.. ni PA kamu ni dah berkahwin ke?". Tanya Borhan kepada Izz Zakwan.

"Eh.. kenapa tanya saya. Tanyalah dengan tuan badan sendiri". Balas Izz Zakwan.

Amani Haura hanya diam. Wajahnya di tundukkan. Izz Zakwan menyiku lengan Amani Haura.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now