Amani Haura capai satu pek tepung gandum lalu di ayak tepung tersebut bersama dengan soda bikarbonat.
Setelah siap, Amani Haura campurkan tepung gandum tadi ke dalam bahan lain yang telah dia sediakan tadi.
Kerja Amani Haura tertangguh, apabila handphone bunyi minta di angkat. Amani tanggalkan sarung tangan plastik lalu tanganya laju menekan butang jawab.
"Hello, Assalamualaikum". Jawab Amani Haura.
"Iya, saya Amani." Katanya lagi.
Mata Amani memandang Raudah yang berada di hadapannya. Bibir Amani mengukir senyuman gembira.
"Baik.. jam 11 saya datang.. terima kasih ya Puan". Kata Amani lalu menamatkan panggilan.
"Akakkk Raudahhh.. Amani dapat interview lagi.." kata Amani dengan suara terujanya.
"Alhamdullilah.. dekat mana?". Tanya Raudah.
"Dekat company Star Berhad". Terang Amani.
Raudah hanya menganggukan kepalanya tanda faham. Amani berjeda seketika.
"Hurmm.. Kak Raudah, Amani nak kena pergi ni.. boleh tak kak Raudah sambung buat kek ni". Pinta Amani.
Sengaja mata dikelipkan untuk minta simpati.
"Boleh Amani. Good luck untuk interview nanti". Balas Raudah.
"Terima kasih Akak". Ucap Amani sambil meloncat kecil.
Amani Haura terus berlari ke dalam tandas untuk tukar pakaiannya. Amani Haura sudah bawa pakaian siap-siap untuk langkah berjaga-jaga, incase dia dapat panggilan untuk temuduga tidak perlu dia balik ke rumah untuk tukar baju.
Setelah siap berbaju kurung, Amani Haura mula pakai seledangnya. Amani merapikan selendangnya. Tangan Amani laju ambil lipstick lalu di calitkan di bibirnya.
Puas dengan penampilan yang ringkas, Amani capai begnya dan juga fail. Langkah Amani Haura terhenti apabila dia melihat Kakak-kakaknya yang sedang sibuk buat persediaan untuk buka kedai bakery mereka.
"Maaf, Akak-akak sekalian. Amani tak dapat tolong untuk opening.. closing nanti Amani tolong". Kata Amani.
"Sokay, Amani.. good luck untuk interview". Kata Hanim.
Amani tidak terkejut bagaimana Hanim boleh tahu tentang interviewnhya, pasti Raudah yang beritahu mereka.
"Macehhhh Akak Hanim". Balas Amani.
"Amani pergi sana naik apa?". Tanya Ayu.
"Naik grab kak. Okay laa Amani gerak dulu". Pamit Amani sambil menlangkah keluar dari kadai.
Amani Haura ada sebuah kereta viva. Kereta tersebut Raudah jual kepadanya kerana Raudah sudah ada kereta baru. Malangnya Amani Haura tidak bawa kereta tersebut kerana dia menaikki kereta Raudah pagi tadi.
---
Amani Haura berikan wang kepada driver grab terbabit sambil ucap terima kasih. Mata Amani Huara membulat melihat bangunan tinggi yang berada di depanya.
"Bestttnya kalau dapat kerja sini". Kata Amani dengan suara terujanya.
Tanpa buang masa Amani Haura melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Amani Haura mula bertanya kepada pengawal keselamatan, pengawal tersebut memberikan kad access kepada Amani sambil tunjuk jalan. Amani Haura angguk kepalanya tanda faham.
Pintu lift terbuka lalu Amani Haura melangkah masuk. Tangan Amani tekan angka 18 dan menekan butang tutup.
Amani Haura menarik nafasnya sambil mengucap bismillah.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Lãng mạn♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...