Sebelum memulakan aktiviti memasak, Amani Haura ikat rambutnya dengan gaya messy bun. Menu jadi pilihannya ialah ikan siakap tiga rasa.
Hampir sejam Amani Haura bertarung di dapur seorang diri untuk sediakan lauk pauk. Selesai masak Amani Haura hidang makanan tersebut di atas meja.
Leka dengan dunianya, Amani Haura tidak perasan Izz Zakwan sedang memerhatinya dari belakang.
Izz Zakwan perhatikan bentuk badan Amani Haura. Agak sukar, Izz mahu meneka bentuk badan Amani Haura kerana baju dan seluar yang di pakai oleh Amani bersaiz besar dan panjang.
Izz Zakwan jalan perlahan-lahan mendekati Amani Haura. Belakang leher Amani Haura di perhati. Bau wangi dari tubuh Amani mula memenuhi rongga hidung Izz Zakwan.
Amani Haura menoleh kebelakang kerana berasa ada orang berdiri rapat di belakangnya.
"En-Encik Izz, baru balik ke?". Tanya Amani Haura dengan nada polos.
Amani Haura terpaksa dongak untuk pandang wajah Izz Zakwan yang jauh lebih tinggi darinya.
"Hmm". Jawab Izz Zakwan ringkas.
Amani Huara bergerak ke kanan sedikit untuk jaga jarak dengan suaminya itu.
"Encik Izz nak makan? Saya dah siap masak". Pelawa Amani Haura.
Mata Izz Zakwan memerhatikan wajah Amani, dari wajah matanya mula merenung leher gebu milik Amani Haura.
"Encik Izz?". Panggil Amani Haura lagi kerana tiada balasan dari Izz Zakwan.
"Aku nak mandi dulu. Lepas mandi baru aku makan". Kata Izz Zakwan seraya kakinya mula menapak keluar dari dapur.
---
Selesai mandi, Izz Zakwan menyarungkan pakaian ke tubuh tegapnya. Pesanan Harith dan Amal mula bermain dalam ingatannya.
Izz Zakwan keluar dari biliknya, kakinya turuni anak tangga dengan penuh berhati-hati.
Amani Haura yang sedang duduk di ruang tamu terus bangun dan menapak ke meja makan kerana lihat sosok tubuh Izz Zakwan di dapur.
Tudung saji di buka oleh Amani, manakala Izz Zakwan sudah duduk di kerusi. Pingan di isi nasi lalu di berikan kepada Izz Zakwan.
"Saya masak ikan tiga rasa. Harap-harap Encik Izz suka". Amani Haura memecahkan kesunyian di antara mereka.
Izz Zakwan terus mengambil lauk tanpa bersuara. Amani pula menuangkan air ke dalam gelas Izz Zakwan.
Amani Haura perhatikan Izz Zakwan saat dia menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Tiada riaksi yang di pamer dari wajah Izz Zakwan.
"Maaflah, kalau masakkan saya tak sedap atau tak kena dengan selera Encik Izz". Kata Amani Haura sambil tanganya isi nasi ke dalam pingan.
Masih tiada riaksi yang di pamerkan oleh Izz Zakwan. Beku sahaja wajahnya. Amani Haura mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Izz Zakwan bangun dari duduknya untuk cuci tangan.
"Lepas kau makan, datang dekat ruang tamu. Aku ada benda nak cakap dengan kau". Kata Izz Zakwan dengan suara dinginya.
"Baiklah". Jawab Amani Haura.
Selesai makan, Amani Haura angkat pingannya dan pingan Izz Zakwan lalu di cuci. Tudung saji di ambil lalu di tutup lauk.
Amani Haura berjalan menuju ke ruang tamu. Amani Haura labuhkan punggungnya di sebelah Izz Zakwan.
Mereka berdua tidak duduk dekat, masih ada jarak lagi.
"Ada apa Encik Izz?". Tanya Amani Haura.
"Jujur dengan aku, berapa banyak jantan yang kau dah tidur sekali?". Tanya Izz Zakwan.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Romance♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...