Amani Haura mengambil tempat berhadapan dengan Izz Zakwan. Buku notanya di letakkan di sebelah kanan.
Entah mengapa secara tiba-tiba Tan Sri Zamru mengadakan meeting secara mengejut.
"Kenapa agaknya Tan Sri panggil kita?". Tanya Harith kepada Izz Zakwan.
"Tak surelah." Jawab Izz Zakwan ringkas.
"Ada projek baru masuk kot". Balas Encik Rosli.
Tak lama kemudian Tan Sri Zamru masuk ke dalam bilik meeting bersama dengan senyuman di bibirnya.
Tan Sri Zamru berjalan dengan megah ke arah kerusi. Senyuman gembira di pamerkan.
"Assalamualaikum semua". Ucap Tan Sri Zamru.
"Waalaikumusalam". Jawab mereka serentak.
"Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa saya panggil masuk meeting secara mengejut". Katanya lagi.
Izz Zakwan hanya dengar sahaja, hanya rosli, Amani Haura dan juga Harith yang response kepada Tan Sri Zamru.
"Kebiasaanya, saya panggil mengejut macam ni mesti ada kesilapan atau ada yang saya tidak puas hati".
"Tapi kali ini, saya nak mengucapkan tahniah dan syabas kepada kamu semua terutamanya Izz Zakwan".
Izz Zakwan terus pandang wajah Papanya dengan riak wajah keliru.
"Berkat kesabaran dan kesungguhan kamu, alhamdullilah kita dapat projek bersama Megah Berhad".
Harith, Rosli dan juga Amani Haura menepuk tangan mereka. Encik Rosli sudah mula bersorak.
"Cayalah bro". Kata Harith seraya menepuk bahu Izz Zakwan.
"Izz Zakwan". Seru Tan Sri Zamru.
"Iya Tan Sri". Balas Izz Zakwan.
"Syabas dan saya sangat bangga dengan pencapaian kamu. Kamu harus tunjukkan kepada semua staff kita bahawa kamu layak Untuk memimpin Star Berhad untuk terus maju."
"Dengan adanya projek dengan Megah Berhad, keuntungan syarikat kita akan terus naik. Dan saya harap kamu boleh ambil peluang ini, untuk cari lagi projek-projek yang terbaik". Kata Tan Sri Zamru panjang lebar.
"Baik Tan Sri. Saya akan buat yang terbaik untuk naikkan lagi nama Syarikat kita.". Kata Izz Zakwan dengan riak wajah bangganya.
"Bagus. Semangat macam ni lah yang saya nak". Jumaat ini, kita akan ada perjumpaan di hotel swiss bersama CEO dan COO Megah Berhad Pukul 9 malam kita kena ada dekat sana. Kamu semua di jemput hadir.". Terang Tan Sri Zamru.
"Baik. Sebelum pukul 9 saya sampai". Kata Rosli dengan semangat.
"Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Dengan ini, meeting kita bersurai tapi Izz Zakwan dan Amani tunggu sekejap ada yang saya nak cakap dengan kamu berdua". Kata Tan Sri Zamru.
Harith dan Rosli bangun dari duduk lalu beredar. Sempat Harith dan Rosli menepuk bahu Izz Zakwan sebelum mereka keluar.
Tan Sri Zamru pandang wajah Izz Zakwan dan Amani Haura silih ganti. Izz Zakwan dan juga Amani Haura sudah mula gusar.
"Ada apa papa nak jumpa kami?". Izz Zakwan mula bersuara.
"Bila kamu berdua nak balik rumah? Mama kamu dah rindu dengan anak menantu dia". Balas Tan Sri Zamru.
Amani Haura pandang wajah Izz Zakwan untuk dengar jawapan dari Izz Zakwan.
"Nanti ada masa, kami balik". Jawab Izz Zakwan ringkas.
"Baliklah kejap. Jangan di sebabkan kamu marah dekat papa, kamu abaikan mama kamu Izz". Kata Tan Sri Zamru.
"Izz tak abaikan mama. Nanti Izz ada masa Izz balik dan tidur sana sekali". Kata Izz Zakwan.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Romance♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...