Beberapa Hari telah berlalu, Amani Haura berasa lega terhadap layanan baik Tan Sri Zamru terhadap dirinya. Amani Haura sangka Tan Sri Zamru akan pecat atau membenci dirinya selepas tolak pinanganya.
Deringan telefon memecahkan suasana sunyi di tempat Amani Haura. Tanpa buang masa Amani Haura terus menjawab telefon tersebut .
"Baik. Kak lin, saya naik sekarang". Balas Amani Haura.
Sebaik meletakkan telefon, perasaan Amani Haura menjadi tidak sedap kerana suara lin seakan-akan cemas.
Amani Haura cuba buang perasaan itu jauh-jauh. Dengan lafaz bismillah Amani Haura mula melangkah.
Tangan Amani Haura mengetuk pintu bilik Tan Sri Zamru sebelum langkah masuk ke dalam. Saat Amani Haura buka pintu, wajah ketat Tan Sri Zamru menyapa pemandanganya.
Amani Haura pandang sekilas ke arah Kak lin yang hanya menundukkan wajahnya.
"Ada apa Tan Sri panggil saya?". Tanya Amani Haura.
"Cheque yang saya minta kamu bank in ke akaun company, hilang". Terang Tan Sri Zamru dengan wajah ketatnya.
Mata Amani Haura membulat kerana terkejut.
"Betul ke kamu dah bank in ke akaun syarikat?". Tanya Tan Sri Zamru dengan nada suara tegasnya.
"Iya.. saya dah bank in dalam akaun syarikat. Saya ada bagi receipt dekat Tan Sri sebagai bukti". Jelas Amani Haura.
"Saya tak ingat pun yang kamu ada bagi receipt dekat saya. Kamu jangan nak menipu saya Amani". Balas Tan Sri Zamru.
"Amani.. kenapa Amani buat macam ni? Besar jumlah duit tu". Selit Lin.
Jantung Amani Haura mula berdegup laju. Amani Haura keliru dengan situasi yang di hadap sekarang ini.
"Amani tak patut pergi, clearkan cek tu dekat bank. Amani bukan autorize person.. ini dah satu kesalahan berat". Kata lin lagi.
"Tapi Tan Sri Zamru yang suruh Amani buat". Jawab Amani Haura.
Amani Haura memandang wajah Tan Sri Zamru dan juga Kak lin silih ganti.
"Kamu nak salahkan saya pulak?". Kata Tan Sri Zamru.
"Tak.. bukan tu maksud saya Tan Sri. Cuba Tan Sri cari betul-betul receiptntu.. saya yakin saya ada bagi dekat Tan Sri." Balas Amani Haura.
"Receipt apalagi Amani. Kamu tengok sendiri penyata bank ni.. lansung tak ada duit masuk dari cheque yang saya bagi hari tu". Tan Sri Zamru menghempas fail ke atas mejanya.
Amani Haura terus mengambil fail tersebut, matanya memerhati setiap jumlah yang berada di dalam penyata tersebut.
"Tak mungkin." Kata Amani Haura.
"Saya tak sangka kamu macam ni, Amani." Kata Tan Sri Zamru sambil berdiri.
"Saya percaya dekat kamu, ini yang kamu balas dekat saya". Sambungnya lagi.
"Saya rasa Tan Sri dah salah faham. Saya betul-betul..
"Salah faham? Habis mana duit tu pergi Amani? Kamu sendiri dah tengok penyata tu. Kamu masih nak nafikan?". Potong Tan Sri Zamru.
"Kalau saya buat report polis kamu akan di persalahkan Amani.". Katanya lagi.
Amani Haura terkedu.
"Saya bagi kamu masa 3 hari, untuk kamu bayar semula duit syarikat. Kalau tak saya terpaksa buat report". Tan Sri Zamru kembali duduk.
"Tan Sri saya tak ambik duit syarikat. Saya mana ada duit sebanyak tu nak bayar semula. Tolonglah percaya dekat saya Tan Sri". Amani Haura mula berasa panik.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Любовные романы♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...