33

185 8 3
                                    

Amani Haura mengambil keputusan tidak masuk kerja hari ini kerana luka di bibir dan juga mata sembab akibat terlampau banyak menangis.

Telefonnya berdering, nama yang terpapar di layar phonenya ialah Raudah. Punat jawab di angkat.

"Waalaikumusalam". Jawab Amani Haura.

"Alhamdullilah, Amani okay kak. Cuma selsema sikit". Tipu Amani Haura.

Puas borak dengan Raudah, Amani Haura turun ke bawah untuk kemas apa yang patut dan juga masak.

Kerana mood yang tidak beberapa elok menu yang jadi pilihan hanya ayam sambal. Siap masak Amani Haura naik ke bilik untuk tunai solat Zohor.

Bibirnya yang pecah di pandang melalui pantulan cermin. Mata tertumpu dengan kesan-kesan ciuman di leher miliknya.

Mata Amani Haura mula berkaca. Air matanya di kesat kasar, wajahnya di basuh lalu Amani Haura ambil wuduk.

Amani Huara gantung telekung. Laci solek di buka, satu pil di telan untuk hilangkan rasa resahnya.

Kesan pengambilan pil tersebut buatkan, Amani Haura tertidur.

---

"Izz, asal Amani tak masuk office?". Tanya Harith sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Tak sihat". Jawab Izz Zakwan ringkas.

"Sakit apa?". Tanya Amal pula.

"Entah". Jawab Izz Zakwan acuh tak acuh.

Harith dan Amal pandang ke arah Izz Zakwan dengan wajah kehairanan.

"Jangan cakap, kau dah buat something dekat dia?". Duga Harith.

"Wehh.. Izz kau buat apa dekat Amani?". Tanya Amal.

"Pasal aku dengan Amani, korang tak payah masuk campur. Apa aku buat dekat dia, tak ada kena mengena dengan korang". Balas Izz Zakwan.

"Satu jer aku nak nasihat dekat kau Izz. Jangan menyesal nanti". Kata Harith.

"Entah kau ni. Kesianlah dekat Amani tu. Dia tu dah lah sebatang kara. Kau sepatutnya tempat untuk dia berlindung." Pesan Amal.

Izz Zakwan tidak endahkan nasihat kawan-kawanya itu. Dia hanya menikmati makananya.

---

Izz Zakwan fokus menyiapkan kerjanya. Fokusnya terganggu kerana pintu biliknya di ketuk.

"Hai, babyyy". Helena melangkah masuk ke dalam bilik Izz Zakwan tanpa di pelawa.

Izz Zakwan tidak balas, matanya kembali fokus lihat lap topnya.

Helena jalan ke menghampiri Izz Zakwan. Jari telunjuknya menyentuh lengan Izz Zakwan sehingga ke bahunya .Bahu Izz Zakwan di urut lembut.

"Jangan kacau I. I banyak kerja ni". Kata Izz Zakwan.

"But I miss you". Ucap Helena. Tangannya masih bermain di bahu Izz Zakwan.

"Fuck off lah bitch." Jerit Izz Zakwan.

Helena tergamam. Belum pernah dirinya di tengking oleh Izz Zakwan.

"GET OUTT FROM MY ROOM". Bentak Izz Zakwan.

Laju Helena langkah keluar dari bilik Izz Zakwan. Izz Zakwan campak pen nya ke lantai untuk lepaskan perasaan geramnya.

Mukanya di raup kasar. Sudahlah dirinya tengah serabut, datang pula si Helena menambahkan lagi masalahnya.

---

Tit tit

Pintu rumah di buka perlahan. Kasut di tanggalkan lalu di letakkan di dalam almari kasut.

Izz Zakwan melangkah masuk,  melewati ruang tamu yang sunyi sepi. Kakinya menapak ke arah tangga.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now