11

115 4 0
                                    

"Amani, hari ni kau kena tolong aku, check BQ ni sampai siap".

"Aku nak kena buat slide untuk present dengan client esok pagi. Banyak lagi tak settle". Arah Izz Zakwan sambil berikan Bill of quantities kepada Amani Haura.

"Okay En. Izz." Balas Amani Haura.

Tangan Amani Haura ambil BQ dari Izz Zakwan.

Izz Zakwan melihat jam di tangannya yang menunjukkan sudah pukul 4.00 petang.

"Kau nak buat dekat sini sorang atau nak join kita orang sekali dekat bilik meeting?". Tanya Izz Zakwan kepada Amani Haura.

"Saya boleh join sekali ke?". Tanya Amani Haura kembali.

"Terpulang dekat kau. Kalau kau rasa nak buat kerja sorang-sorang dekat sini sampai malam. Aku tak kisah". Balas Izz Zakwan

"Hurmm.. bosan pulak duduk sini sorang-sorang. Saya ikutlah. Baru rasa macam kerja dalam kumpulan". Kata Amani Haura dengan suara terujanya.

"Okay. Jom.. bawak lap top". Kata Izz Zakwan Ringkas.

"Okayyy". Amani Haura terus capai lap top dan juga bill of quantities.

Tanpa mbuang masa Amani Haura berjalan mengikuti Izz Zakwan yang sudah pun berjalan dahulu darinya.

Sebelum langkah masuk ke dalam bilik perbincangan, Amani Haura perasan Helena dan geng-geng admin pandang ke arahnya.

Amani Haura hanya berikan senyuman segaris kepada mereka tetapi di balas dengan jelingan.

Amani Haura tahu geng-geng Helena tidak menyukainya kerana mereka selalu menyindirnya saat mereka berselisih.

Kadang-kadang mereka akan memerli Amani Haura apabila Izz Zakwan bercakap kasar dengannya.

Iya, banyak gosip-gosip yang sudah tersebar di office mereka tentang kelancangan Amani Haura yang sering melawan arahan Izz Zakwan.

Bukan niat Amani Haura untuk melawan Izz Zakwan tetapi dia hanya mengikuti arahan Tan Sri Zamru.

Layanan Izz Zakwan terhadapnya juga sudah berubah seratus peratus dari mesra kepada kasar.

Mata Amani Haura bulat apabila masuk ke dalam bilik mesyuarat

"Ehh. Semua lelaki.. aku sorang jer perempuan dalam bilik ni." Kata Amani di dalam hatinya.

"Amani, kau duduk situ". Arah Izz Zakwan sambil menunjukkan kerusi yang paling hujung kepada Amani Haura.

Amani Haura angguk perlahan lalu terus berjalan ke hujung. Meja dalam bilik perbincangan panjang boleh muat dalam 12 orang.

Izz Zakwan duduk di depan sekali bertentangan dengan Amani Haura.

"Amani join sekali?". Tegur harith.

"Iya.. En. Harith. saya tolong check BQ." Balas Amani Haura.

"Terima kasih Amani. Kesian, Amani tak pasal-pasal kena stay back". Balas Harith.

"Tak payah nak kesianlah. Bukan dia tak dapat gaji". Selit Izz Zakwan.

Amani Haura mengerutkan keningnya sambil memandang ke arah Izz Zakwan. Izz Zakwan balas dengan riak wajah tegangnya.

"Gaji kenalah jalan.. kalau tak mesti Amani taknak buat. Betul tak Amani?". Tanya En. Rosli kepada Amani Haura.

"Betul." Jawab Amani Haura sambil tersenyum kepada En. Rosli.

"Cantik betul Amani ni ya.." puji En. Rosli.

"Kalau hari-hari Amani join macam ni mesti semangat nak buat kerja bertambah."

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now