22

106 4 0
                                    

Izz Zakwan buka pintu biliknya dengan dalam keadaan marah. Amani Haura menoleh ke arah wajah tegang Izz Zakwan. Sejadah di lipat.

"Kau cakap apa dekat papa tadi?". Tanya Izz Zakwan.

"Kau bagi tahu papa yang aku tak balik semalam?". Tanyanya lagi.

"Saya minta maaf Encik Izz.. saya terpaksa bagitahu". Jawab Amani Haura.

Izz Zakwan menapak ke arah Amani Haura. Matanya menikam tajam wajah Amani Haura yang masih bertelekung.

"Tak habis-habis mengadu jer kerja kau. Kau tahu sebabkan kau, aku kena marah teruk dengan papa tadi. Kau ni bawak siallah dalam hidup aku".

"Tak habis-habis menyusahkan aku". Marahnya lagi.

"Sorry, En. Izz. Papa tanya tadi, saya tak tahu nak cakap apa.." Amani Haura bela dirinya sendiri.

"Ni last warning, lagi sekali papa atau mama marah dekat aku, kau pun akan terima nasib yang sama atau lebih teruk dari tu". Jari telunjuk di tunjuk ke wajah Amani Haura tanda amaran.

"Ba-baik". Takut-takut Amani Huara jawab.

Izz Zakwan palingkan badannya ke belakang. Nafasnya di atur untuk hilangkan perasaan marah.

"Berambus kau dari bilik aku. Jangan pandai-pandai masuk selagi aku tak benarkan".

"Kau faham tak?". Bentak Izz Zakwan.

"Faham Encik Izz". Jawab Amani Haura.

Faham dengan situasi sekarang, Amani Haura akur dengan arahan Izz Zakwan. Amani Huara tidak mahu menyimbah minyak ke api yang sedang membara. Dia tidak mahu ambil risiko.

Tanpa berlengah, Amani Huara terus lipat telekungnya dan jalan keluar dari bilik Izz Zakwan.

Sepanjang petang itu, Amani Haura luangkan masa bersama Puan Sri Suraya, Irdina Zahara dan juga Tan Sri Zamru.

Manakala Izz Zakwan pula hanya terpuruk di dalam bilik tidurnya. Amani Haura berkira-kira mahu ketuk pintu bilik Izz Zakwan kerana teringat pesanan Izz Zakwan.

"Dah masuk waktu Asar, telekung aku dekat dalam.. aduhh macam mana ni..

"Ketuk ke tak?". Amani Haura berdialog di dalam hatinya.

Saat kaki Amani Haura mahu berlalu pergi, pintu bilik Izz Zakwan terbuka.

Klakkkkk

Mata mereka bertembung.

"Sorry, Encik Izz.. saya nak ambik telekung dekat  dalam". Jelas Amani Haura sebelum Izz Zakwan marah kepadanya.

Izz Zakwan berdehem perlahan.

"Kau dah boleh masuk.. tapi jangan usik barang aku". Kata Izz Zakwan.

"Baik.. terima kasih Encik Izz". Ucap Amani Haura.

Izz Zakwan tidak pedulikan Amani Huara, kakinya mula melangkah keluar dari biliknya.

Amani Haura menoleh ke belakang kerana terdengar suara Irdina Zahara.

"Along nak pergi mana?". Tanya Dina kepada Izz Zakwan.

"Along nak keluar kejap.. ambil angin". Jawab Izz Zakwan.

"Ooo.. esok along cuti lagikan?". Tanya dina.

"Ya adikku.. kenapa dina tanya?". Tanya Izz Zakwan kembali.

"Lusa Dina dah nak balik.. Esok along teman dina shopping boleh ke?". Pinta Dina.

"Boleh.. untuk adik kesayangan along ni, semua benda along boleh buatkan". Balas Izz Zakwan.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now