43

107 4 0
                                    

Satu notifikasi masuk ke dalam telefon milik Amani Haura. Amani Haura buka pesanan yang di terima. Group sweet girls di buka.

K. Ayu
Amani, jadi tak mlm ni?

                                                         Amani, x tanya lagi..
                                                         Kjp, Amani tanya..

Aplikasi Whatapps di matikan, pintu bilik Izz Zakwan yang terbuka di pandang. Dengan lafaz bismillah, Amani Haura bangun dari duduknya.

Tok tok tok

Amani Haura melangkah masuk ke dalam tanpa tunggu balasan dari Izz Zakwan.

"Nak apa?". Tanya Izz Zakwan tanpa pandang wajah Amani Haura.

"Errr...". Ragu-ragu Amani Haura mahu bertanya.

Izz Zakwan angkat wajahnya, keningnya di angkat sebelah.

"Saya nak minta izin dengan Encik Izz". Tutur Amani Haura.

"Malam ni, akak-akak yang dekat bakery tu nak jumpa dengan saya. Dorang ajak pergi makan". Terang Amani Haura.

"So?". Tanya Izz Zakwan.

"Errr.. boleh tak saya pergi?". Tanya Amani Haura.

Izz Zakwan renung wajah polos Amani Haura dengan riak wajah dinginnya.

"Saya dah lama tak jumpa dorang". Sambung Amani Haura.

"Kan aku pernah cakap sebelum ni. Kau nak pergi mana pun, tu kau punya pasal. Aku tak kisah". Balas Izz Zakwan.

"Errr.. kalau saya tak masak malam ni tak apa ke? Encik Izz nak makan apa nanti?". Tanya Amani Haura. Perasaan terkilannya di sorokkan.

"Aku ni bukan budak kecil, sampai tak tahu nak cari makan". Matanya kembali fokus pandang lap topnya.

"Ermm.. baiklah. Terima kasih Encik Izz". Ucap Amani Haura.

Izz Zakwan tidak endahkan Amani Huara. Dingin sahaja air muka yang di tayang kepada sang Isteri.

Amani Huara melangkah keluar dari bilik Izz Zakwan. Telefon pintar di capai, lalu Amani Haura memaklumkan kepada groupnya.

---

Amani Haura melangkah masuk ke dalam kedai bakery. Senyuman mesra di berikan kepada Hanim yang masih duduk di kuanter untuk closing.

"Amanii". Kedua tangannya di buka luas.

Amani Haura berjalan menghampiri Hanim, pelukkan di berikan kepada Hanim.

"Ermmm.. rinduuuu kak Hanimm". Ucap Amani Haura.

"Eeeee.. tak rindu dekat akak ke??". Suara Raudah mula bergema.

Amani Haura dan Hanim toleh ke arah Raudah, pelukkan di lepaskan. Amani Haura mendapati Raudah lalu di peluk erat

"Mestilah rinduuu, rindu nak dengar bebelan akak-akak". Luah Amani Haura.

"Apa ni, main peluk-peluk tak ajak sekali". Kata Ayu bibirnya di muncungkan.

Amani Haura dan Raudah terus jalan lalu di peluk Ayu dengan erat.

"Ishh.. kau ni. Aku taknak kena peluk dengan kau lah". Tangan Raudah di tepis, lalu pelukkan Amani Haura di balas.

"Elehh.. macamlah aku nak peluk kau sangat" . Omel Raudah.

Ayu jelirkan lidahnya kepada Raudah. Bibir Amani Haura mengukir senyuman lihat telatah yang di rinduinya.

"Hah. Dah dahlah. Cepat settlekan kerja korang. Boleh kita pergi makan cepat." Kata Hanim.

"Amani ni, dah jadi isteri orang. Dia tak boleh balik lambat". Sambung Hanim.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now