Amani Haura tersedar, tangan kananya memegang dahinya kerana rasa ada sesuatu yang tertampal di dahinya.
"Kool fever?". Guman Amani Haura di dalam hatinya. Kool fever di letak di meja lampu.
Amani Haura ubah posisi ke duduk, tangan kanannya memicit dahinya kerana berasa pening.
"Dah sedar?". Suara Izz Zakwan menerpa di telinga Amani Haura.
Amani Haura pandang ke arah Izz Zakwan yang sedang membawa dulang. Dahi Amani Haura berkerut.
Izz Zakwan meletakkan dulang di hujung katil. Kool fever yang berada di meja lampu di ambil.
"Kenapa cabut kool fever ni?". Cool fever di letak kembali di dahi Amani Haura.
Amani Haura hanya pandang pelik wajah suaminya itu.
"Aku ada beli bubur MCD. Nah makanlah". Bubur tersebut di berikan kepada Amani Haura.
"En-Encik Izz, dah makan ke?". Tanya Amani Haura dengan suara perlahannya.
"Dah. Nah makanlah bubur ni". Jawab Izz Zakwan.
Amani Haura cuba ambil bubur dengan tangan yang masih lagi mengigil.
"Tak apa. Aku suap kau". Izz Zakwan tarik semula bubur tersebut kerana lihat tangan Amani Haura.
"T-takpe. Encik Izz saya boleh makan sendiri". Tolak Amani Haura.
"Makan". Arah Izz Zakwan. Sudu yang berisi bubur di suakan ke bibir Amani Haura.
Amani Haura memandang mata redup milik Izz Zakwan dengan perasaan takutnya. Di sebabkan takut Amani Haura akur, mulutnya di buka. Bubur di kunyah dengan berhati-hati.
"Lebam dekat pipi kau, aku yang buat ke?". Bubur di suapkan lagi ke dalam mulut Amani Haura.
Takut-takut Amani Haura anggukan kepalanya.
"Lain kali kalau aku mabuk, suruh Harith bawak aku naik bilik." Kata Izz Zakwan dengan nada suara dinginnya.
"Sa-saya tak percaya nak ba-bagi Encik Harith masuk dalam rumah". Jawab Amani Haura.
"Habis tu dengan aku, kau percaya?". Tanya Izz Zakwan kembali.
"Sa-saya lebih percayakan Encik Izz dari Encik Harith. En-Encik Izz suami saya". Balas Amani Haura.
Izz Zakwan terkedu. Sudu di suakan ke mulut Amani Haura. Amani Haura buka mulutnya lalu dia mengunyah.
"Sa-saya nak Encik Izz tahu, yang saya tak salahkan Encik Izz. Sa-saya takut tapi Sa-saya anggap ini sebagai ujian Allah untuk kita."Terang Amani Haura.
Izz Zakwan hanya diamkan dirinya, sudu yang berisi bubur di suakan ke bibir Amani Haura dengan riak wajah dinginnya.
---
Izz Zakwan merebahkan tubuhnya di atas katilnya yang empuk itu. Nafas beratnya di lepaskan.
"Takkan selama ini, aku salah anggap pasal Amani Haura". Desisnya di dalam hati.
Kalau di ingatkan balik, Amani Huara juga terpaksa berkahwin dengan dirinya. Semua ini, terjadi kerana ulah papanya.
Izz Zakwan bangun dari baringnya, kotak rokok dan pemetik api di capai lalu dia berjalan ke arah sliding door.
Sebatang rokok di keluarkan lalu di bakar dengan pemetik api. Kotak rokok dan pemetik api di campak ke arah meja kecil berhampiran.
Rokok di hisap lalu di hembuskan asap melalui hidung. Wajah lebam Amani Haura muncul di kotak fikirannya.
"Dua kali aku dah pukul dia". Izz Zakwan bermonolog di dalam hatinya.
Tingg
Satu pesanan masuk di Iphone milik Izz Zakwan.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Romance♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...