29

149 5 0
                                    

Izz Zakwan goyangkan kepalanya mengikuti alunan musik. Hembusan asap rokok di lepaskan. Sesekali Izz Zakwan meneguk air soda.

"Kau tak minum ni?". Pelawa Amal kepada Izz Zakwan.

Izz Zakwan gelengkan kepalanya, tanda tolak ajakan Amal untuk meneguk air haram itu. Sudah lama dia tidak sentuh air haram tu, semenjak dia berkahwin dengan Amani Haura.

Izz Zakwan hanya datang untuk dengar musik dan cuci matanya. Kadang-kadang dia join menari dengan wanita yang ajak dia.

Harith mencuit bahu kedua orang kawan-kawanya.

"Asal tak join tadi aku dance?". Tanya Harith.

"Aku malas". Balas Izz Zakwan.

"Sama ah". Jawab Amal juga.

Harith menuangkan air haram di dalam cawanya. Kerusi di sebelah Amal di tarik. Matanya fokus memandang wanita-wanita seksi yang sedang leka menari.

"Heyy brooo". Tegur Afiq. Wanita yang berada di pelukkannya di arah duduk.

Izz Zakwan sambut huluran tangan Afiq. Izz Zakwan beri isyarat mata kepada Afiq, bibirnya dijuih ke arah wanita tersebut.

Afiq faham maksud Izz Zakwan lalu mereka berdua tersenyum senget. Kerusi di sebelah Izz Zakwan di tarik.

"Mantap bro". Kata Izz Zakwan.

"Ofcourse lah kena mantap. Baru syokk". Jawab Afiq.

"Mana bini kau? Tak bawak sekali?". Tanya Afiq.

"Kau gila aku nak bawak dia dekat sini. Dia dahlah bertudung". Balas Izz Zakwan.

"Bertudung tak semestinya tak pernah pergi club. Silap-silap dia lagi handal dalam club ni dari kau bro.." Kata Afiq dengan nada sinis.

"Apa maksud kau?". Wajah Izz Zakwan sudah berubah jadi tegang.

"Jap." Afiq keluarkan Iphone miliknya.

"Cer tengok fon kau. Aku dah send". Sambungnya lagi.

Izz Zakwan keluarkan Iphone miliknya. Video yang di hantar oleh Afiq di buka. Rahang Izz Zakwan bergerak-gerak kerana menahan marah.

"Bini kau kan? Hebatkan dia. Siap menari dengan dua lelaki." Afiq panas-panaskan Izz Zakwan.

Mata Izz Zakwan merenung skrin Iphonenya. Walaupun video tersebut kelihatan lama tapi jelas wajah Amani Haura yang tidak bertudung sedang menari dengan lelaki.

"Mana kau dapat video ni?". Tanya Izz Zakwan dengan suara tegangnya.

"Video apa bro?". Tanya Amal.

Izz Zakwan berikan Iphonenya kepada Amal. Amal dan Harith tengok sekali.

"Ehh.. ni bukan Amani ke?". Tanya Amal.

"Owner club ni. Club ni luar KL. Aku datang sana minggu lepas. Owner club ni cakap dulu Amani ni popular dekat sana."

"Dia untung besar sebab bini kau. Lepas bini kau blah, dia rugi." Terang Afiq.

Izz Zakwan mengepal tumbukkannya. Hatinya panas. Perempuan yang di anggap suci selama ini, rupanya sama dengan perempuan pakai buang.

"Izz, ni video lama. Kau tanya elok-elok dulu dekat Amani. Aku tengok dia macam terpaksa dalam video ni". Kata Harith.

"Terpaksa apanya. Banyak lagi video dia. Kalau kau nak tengok, aku boleh mintak dekat owner club tu". Kata Afiq.

Semakin membara api kemarahan Izz Zakwan apabila Afiq terus menyimbah dengan minyak. Izz Zakwan terus rampas Iphone miliknya.

Putung rokok di buang lalu di pijak kuat. Izz Zakwan berjalan keluar dari club tersebut.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now