37

158 10 2
                                    

Amani Haura memeluk erat tubuh ibu mertuanya. Senyuman manis di pamerkan kepada Puan Sri Suraya.

"Balik pun, Anak menantu mama ni". Kata Puan Sri Suraya.

Izz Zakwan menyalami tangan mamanya. Senyuman di berikan kepada wanita yang telah melahirkanya.

"Sorry mama. Izz busy sikit lately ni". Kata Izz Zakwan.

"Tak apa. Mama faham. Kamu berdua pergi rehat dulu. Lepas ishak, baru kita makan." Terang Puan Sri Suraya.

"Okeyyy". Jawab Izz Zakwan dengan suara yang di buat-buat manja.

Selepas minta diri dari Puan Sri Suraya, Amani Haura mengikuti Izz Zakwan untuk masuk ke bilik.

Gulp

Air liurnya di telan, kerana perasaan nervousnya mula menerpa.

Tangan Amani Haura menutup semula pintu bilik. Kakinya kaku berdiri di depan pintu. Izz Zakwan rebahkan badannya di atas katil tanpa pedulikan Amani Haura.

"Kau berdiri dekat situ lagi, kenapa? Kalau nak mandi pergilah mandi dulu". Kata Izz Zakwan dengan nada suara dinginnya.

"Hah? Haah. Sa-saya mandi dulu". Kalut Amani Haura jawab.

Amani Haura letakkan beg sandangnya di lantai, punggungnyajuga di labuhkan di lantai. Baju tidurnya di keluarkan dari dalam beg lalu di letakkan di tepi.

Izz Zakwan perhatikan perilaku Amani Haura dalam diam. Pin di tudung di cabut satu persatu, lalu di simpan di dalam sebuah kotak pin.

Tudung dan anak tudungnya di tanggalkan. Ikatan rambutnya di rungkaikan, rambut hitam mayang di rapikan dengan jari jemarinya. Amani Haura masih tidak sedar Izz Zakwan merenung ke arahnya.

Bajunya di angkat, lalu Amani Haura bangun dari duduknya untuk masuk ke dalam bilik mandi.

15 minit kemudian

Amani Haura mengeringkan rambut yang basah dengan tuala. Baju tidurnya di kemaskan sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik mandi.

Amani Haura terjerit kecil dan secara automatik badannya di pusing ke belakang. Terkejut kerana lihat badan sasa Izz Zakwan yang tidak berbaju itu.

Bibir Izz Zakwan tersengeh senget, tuala di lilit di pingangnya lalu seluarnya di cabut. Perlahan-lahan Izz Zakwan jalan ke arah Amani Haura yang masih berdiri di depan pintu bilik mandi.

"Kau nak mandi dengan aku ke?". Bisik Izz Zakwan ke telinga Amani Haura.

Amani Haura geleng kepalanya berkali. Tuala di tangan di cengkam erat.

"Aku kira sampai 3, kalau kau tak ke tepi, kita mandi sekali". Bisik Izz Zakwan lagi.

Terbutang bulat mata Amani Haura tapi Amani Haura tidak berani toleh kebelakang kerana Izz Zakwan terlalu dekat denganya.

"Satu". Izz Zakwan mula menghitung.

"Dua".

Laju Amani Haura bergerak ke kanan sedikit untuk beri laluan kepada Izz Zakwan. Izz Zakwan tersengeh puas.

Lalu kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Tap

Bunyi pintu bilik air di tutup, Amani Haura melepaskan nafas leganya. Jari jemari yang mula mengigil di pandang.

"Tenang Amani. Kawal perasaan takut kau. Kau, kena ingat Encik Izz Zakwan tu suami kau". Kata Amani Haura untuk tenangkan dirinya.

---

Amani Haura gantung semula telekungnya. Rambut yang sudah kering di ikat.

"Encik Izz, saya turun dulu boleh?". Pinta Amani Haura.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now