16

91 4 0
                                    

Mata Izz Zakwan dan Amani Haura bertembung. Amani Haura berikan senyuman kepada Izz Zakwan.

"Morning, En. Izz". Tegur Amani Haura.

"Hmm.. Morning". Balas Izz Zakwan seraya melangkah masuk ke dalam biliknya.

Lekas Amani Haura bangun dari duduknya untuk membacuh kopi panas untuk Izz Zakwan.

Amani Haura meletakkan secawan kopi di atas meja Izz Zzkwan.

"Duduk jap". Kata Izz Zakwan.

Amani Haura hanya akur mengikuti arahan Izz Zakwan. Matanya bulat memandang wajah Izz Zakwan yang sedang menikmati kopinya.

Izz Zakwan meletakkan cawannya kembali matanya membalas pandangan mata milik Amani Haura. Dengan pantas Amani Haura melarikan pandangannya.

"Kau.. dah okay?". Izz Zakwan mula berbicara.

"Saya okay En. Izz.." Jawab Amani Haura.

"Betul ni?"

"Kalau tak okay lagi, kau boleh ambil cuti. Jangan paksa diri tu". Kata Izz Zakwan.

"Tak. Saya tak paksa. Saya betul-betul okay.." Jawab Amani Haura.

"Okay..

" kalau dah okay pergi sambung buat kerja kau". Arah Izz Zakwan.

"Ermm.. Terima kasih lagi sekali En. Izz". Ucap Amani Haura sambil bangun dari duduknya.

Izz Zakwan menganggukan kepalanya perlahan.

"Saya sambung buat kerja dulu". Pamit Amani Haura.

Izz Zakwan memetik jarinya.

Pap

"Hampir lupa.. pukul 10 nanti Tan Sri nak jumpa kita dekat bilik dia". Kata Izz Zakwan

Amani Haura mengangguk tanda faham  sambil tanganya mengambil cawan kopi lalu di bawa keluar dari bilik Izz Zakwan.

Amani Haura basuh cawan tersebut di pantry.

"You buat apa dengan Razi? Sampai dia kena masuk penjara and buang kerja?". Tegur Helena yang baru sahaja muncul.

Amani Haura tidak menghiraukan Helena. Selesai basuh cawan Amani Haura meletakkan cawan di tempatnya kembali.

"Heyy.  I cakap dengan you ni . You pekak ke?". Marah Helena.

Helena menghalang laluan Amani Haura. Amani Haura hanya mempamerkan riak tiada perasaan kepada Helena.

"Helena, tolonglah jangan kacau saya.  Saya malas nak layan awak." Kata Amani Haura dengan suara tegasnya.

"Kau ingat aku suka layan kau?".

"Semenjak kau masuk sini, habis hancur department ni kau buat. Kau buat Izz Zakwan busy sampai dia tak ada masa layan aku.."

"Lepas tu, kau buat pulak Razi berhenti and masuk penjara.. aku rasa kau ni pembawa sial dekat sini". Marah Helena.

"Baguslah Izz Zakwan tak layan awak Helena.  Kalau tak bertambah dosa dia sebab buat maksiat dengan awak". Balas Amani Haura dengan nada sinisnya.

"HEYY!! Jaga mulut kau perempuan". Bentak Helena.

"Mulut awak pun kena jaga Helena.. " Perli Amani Haura lantas terus beredar meninggalkan Helena.

---

Tepat jam sepuluh pagi, jari telunjuk Izz Zakwan mengetuk meja kerja Amani Haura. Fokus Amani terganggu.

Tap

Tap

"Jom"  ajak Izz Zakwan.

"Hah?"  Balas Amani Haura dengan riak wajah blurnya.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now