14

99 4 0
                                    

Dalam jam 1.55 petang, Amani Haura menuju ke tempat kerja setelah selesai makan tengah hari dengan Kak lin.

Mata Amani Haura memandang sekuntum bunga ros bewarna merah yang berada mejanya.

Amani Haura meletakkan beg tangannya lalu tangan kanannya mengangkat bunga ros tersebut dengan riak wajah kehairanan.

Tingg

Satu pesanan masuk ke dalam telefon milik Amani Haura. Amani melabuhkan punggungnya lalu dikeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg.

Terpapar nama Razi di skrin telefon milik Amani Haura. Amani Haura membuka pesanan yang di terima dari Razi.

Razi

The rose speak of
Love silently,
In a langguage
Known only to the heart

Amani Haura abaikan pesanan Razi. Bunga rose yang berada di tangannya di masukkan ke dalam begnya.

"Amani, ikut aku jap". Kata Izz Zakwan yang baru pulang dari waktu makan

Izz Zakwan terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Amani Haura bangun dari duduknya lalu berjalan masuk ke dalam bilik Izz Zakwan.

"Ada apa En. Izz?". Tanya Amani Haura kepada Izz Zakwan.

"Ni, semua ni aku dah sign.. kau pergi bagi balik dekat pic". Kata Izz Zakwan.

Mata Izz Zakwan fokus memandang Iphone miliknya.

"Okay". Jawab Amani Haura lalu mengambil dokumen-dokumen yang berada di atas meja Izz Zakwan.

Amani Haura berjalan bersama dengan dokumen lalu mula berikan kepada pemiliknya kembali.

Amani Haura menjenguk kepalanya ke dalam jabatan jurutera sebelum melangkah masuk.

"Nasib baik dorang tak masuk lagi". Kata Amani Seorang diri.

Amani Haura meletakkan satu dokumen di atas meja En. Rosli. Langkah Amani Haura terganggu kerana di halang oleh Razi.

"You suka tak dengan bunga yang I kasi?". Tanya Razi.

"En. Razi, saya banyak kerja nak kena buat. Minta tolong ke tepi sikit". Balas Amani Haura .

Razi tidak membalas Amani sebaliknya Razi hanya merenung wajah Amani Haura. Amani Haura beranikan diri untuk memandang wajah Razi yang berada di depannya.

"En. Razi.. "

"Amanii..". Razi berjeda sebentar.

Kakinya mula melangkah ke arah Amani Haura. Amani pula mula mengundur ke kebelakang.

"You ni cantik sangat.. sampai I rasa macam nak..."

"Haihhh.. back to work". Kedengaran satu suara garau mengeluh.

Razi menghentikan langkah lalu memusingkan wajahnya memandang En. Rosli.

"Awal kau masuk Razi. Bukan tadi kau keluar lambat ke?". Tanya Rosli kepada Razi.

"Banyak kerja tak siap lagi bos". Balas Razi bersahaja.

"Errr. Ni Amani nak jumpa bos tadi". Sambung Razi sambil menujuk ke arah Amani yang masih lagi berdiri kaku.

"Ehh.. ada Amani, tak perasan".

"Kenapa Amani cari saya?". Tanya Rosli kepada Amani Haura.

"Err.. saya dah letak report En. Rosli dekat atas meja.. Err saya pergi dulu". Jawab Amani Haura lalu mula beredar.

"Owhh.. okay.. thanks Amani". Ucap Rosli.

Amani Haura hanya balas dengan anggukkan dan melangkah keluar dengan pantas.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now