31

153 5 1
                                    

Izz Zakwan melangkah masuk ke dalam bilik Affan. Kerusi di tarik lalu punggunnya di labuhkan. Report yang telah di betulkan di berikan kepada Affan.

Tanpa bersuara Affan menyemak report tersebut.

"Good". Kata Affan.

"Belanja aku makan kalau company kau dapat projek ni. Aku dah banyak tolong kau ni". Sambung Affan lagi.

"Ceh. Tolong konon". Perli Izz Zakwan.

Affan tersengeh lihat wajah kelat Izz Zakwan.

Izz Zakwan terus bangun dari duduknya.

"Cepat betul kau nak blah.." kata Affan.

"Nak duduk sini  hadap muka kau lama-lama buat apa.. baik aku blah". Balas Izz Zakwan.

Kaki Izz Zakwan mula melangkah ke arah pintu.

"Amani.." Affan berjeda.

Langkah Izz Zakwan terus terhenti. Badannya di pusing menghadap Affan yang masih lagi duduk. Keningnya di angkat sebelah.

"Jaga dia elok-elok. Jangan sakitkan dia". Ucap Affan.

"Tu bukan urusan kau". Balas Izz Zakwan dingin lalu terus beredar.

Affan lepaskan keluhannya perlahan. Rambutnya di selak ke belakang.

Izz Zakwan masuk ke dalam keretanya, enjin di hidupan.

"Amani, Amani. Entah apa yang bagus sangat dekat perempuan ini. Sampai semua orang nak suruh aku jaga dia". Omel Izz Zakwan.

"Semak betul". Sambungnya lagi lalu mula pandu keretanya keluar.

---

Amani Haura nampak sosok badan Izz Zakwan yang sedang berjalan ke arah bilik kerjanya.

Amani Haura lari anak untuk dapatkan Izz Zakwan.

"Encik Izz". Panggil Amani Haura sebaik sahaja jaraknya sudah dekat dengan Izz Zakwan.

Izz Zakwan tidak endahkan Amani Haura, kakinya masih lagi mengatur jalan.

"Err.. macam mana tadi? Affan terima tak proposal tu?". Tanya Amani Haura. Amani cuba kejar langkah Izz Zakwan.

"Terima". Jawab Izz Zakwan ringkas.

Amani Haura dengan gembiranya, terus melompat ke depan Izz Zakwan sehingga  jalan Izz Zakwan  terhenti.

Senyuman lebar sehingga menampak gigi putih di berikan kepada Izz Zakwan.

"Alhamdullilah" Ucap Amani Haura.

"Malam ni saya masak special untuk Encik Izz. Encik Izz cakap jer, Encik Izz nak makan apa?". Tanya Amani Haura dengan nada suara gembiranya.

"Tak payah." Jawab Izz Zakwan ringkas lalu terus beredar meninggalkan Amani Haura.

Amani Haura tersenyum kelat. Tapi hati Amani tidak putus-putus beri kata-kata semangat untuk dirinya.

--

Amani Haura lihat jam di dinding yang sudah tunjuk tepat jam 10.30 malam.

"Mana Encik Izz ni? ". Keluh Amani Haura.

Tit tik tik

Klakk

Amani Haura terus bangun dari duduknya, kakinya berjalan ke arah Izz Zakwan. Sempat Amani Haura mengemas rambutnya untuk sambut kepulangan suaminya.

Izz Zakwan pandang pelik ke arah Amani Haura. Amani Haura permerkan senyuman lembut kepada Izz Zakwan.

"Encik Izz nak makan? Saya dah masak special untuk Encik Izz". Kata Amani Haura dengan nada lemah lembutnya.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now