10

105 3 0
                                    

"AMANIIII". Jerit Izz Zakwan dari dalam biliknya.

"Iyaaa". Jawab Amani Haura sambil bergegas ke dalam bilik Izz Zakwan.

"Buat 3 copy report ni ". Arah Izz Zakwan.

Izz Zakwan mencampakkan report tersebut di atas mejanya. Amani Haura ambil report tersebut.

"Baiklah.. ada apa-apa lagi ke?". Tanya Amani Haura.

"Kau buat dulu benda bodoh ni, lepas tu, baru kau tanya..". Jawab Izz Zakwan dengan kasar.

Amani Haura terdiam sejenak.

"Kau tercegat apa lagi dekat sini.. kau PERGI SEKARANG". Bentak Izz Zakwan.

Bahu Amani Haura terangkat kerana terkejut dengan teriakan Izz Zakwan. Segera Amani Haura keluar dari bilik Izz Zakwan.

"Tak perlulah nak jerit-jerit". Keluh Amani Haura perlahan.

Amani Haura terus melakukan perintah dari Izz Zakwan. Hatinya sedikit terkilan kerana Izz Zakwan mula menaikkan suara.

Amani Haura tahu, Izz Zakwan pasti marah kepadanya kerana paksa Izz Zakwan mendengar penjelasan Harith semalam.

Amani Haura ambil nafas panjang, tangannya ketuk pintu bilik Izz Zakwan sebelum melangkah masuk.

Terpacul wajah Izz Zakwan dan juga Harith. Mereka berdua memandang ke arah Amani Huara.

"Ni ya.. reportnya". Amani Haura bersuara

Amani Haura meletakkan report di atas meja Izz Zakwan.

"Malam ni, kau kena stayback.." kata Izz Zakwan dengan suara kerasnya tanpa pandang wajah Amani Haura.

"Encik Izz cakap dengan saya ke?". Tanya Amani sambil jari telejuknya menunjuk ke arah wajanya.

"Eh taklah.. aku cakap dengan dinding tu." Perli Izz Zakwan.

"Lembab". Sambung Izz Zakwan perlahan.

"Maaf.. tapi kenapa saya nak kena stay back.. kerja saya semua dah settle". Tanya Amani Haura.

"Kerja kau dah settle.. tapi kerja aku tak settle lagi. So, selagi aku tak benarkan kau balik, kau jangan pandai-pandai nak balik". Balas Izz Zakwan.

"Mana boleh macam tu En. Izz.. saya.."

"Apasal pulak tak boleh?". Potong Izz Zakwan.

"Cuba kau explain dekat aku.." sambung Izz Zakwan.

Mata Izz Zakwan pandang tajam ke arah wajah Amani Haura.

"Saya tak ada kerja nak buat Encik.. kerja saya semua dah siap.. " Jawab Amani Haura.

"Tak ada kerja kau cakap?" Balas Izz Zakwan dengan suara sinisnya.

"Habis, kertas-kertas dekat meja aku ni apa? Sampah? Hiasan?". Tanya Izz Zakwan kepada Amani Haura.

"Bro.. biarlah..".

"Kau diam Harith. Aku tak habis cakap lagi" potong Izz Zakwan.

" kau dengar sini baik-baik Amani, kerja kau kena tolong aku.. sebab Kau Pa aku." Kata Izz Zakwan dengan nada suara kerasnya.

"So, kau kena dengar arahan aku. Aku suruh kau stayback. Kau kena stayback.. jangan nak melawan atau nak bantah.." kata Izz Zakwan.

"Aku bos kau dan kau PA aku. So, do your job properly". Sambung Izz Zakwan.

Amani Haura terkedu, kepalanya di angguk perlahan tanda setuju.

"Ada apa-apa lagi?". Tanya Amani Huara.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now