30

155 8 2
                                    

Hampir dua bulan Amani Haura bergelar isteri kepada Izz Zakwan namun masih tiada tanda- tanda yang mereka akan berbaik.

Amani Haura melepaskan keluhan panjang apabila namanya di seru oleh suamimya. Dari semalam, selepas mereka berjumpa dengan Tan Sri Zamru, ada sahaja benda yang nak di marahinya.

Amani Haura bangun dari duduknya, dengan ucapan bismillah kakinya mula melangkah masuk ke dalam bilik Izz Zakwan.

PAP

Satu report di campak ke lantai oleh Izz Zakwan.

"Bagi dekat harith report tu". Arah Izz Zakwan dingin.

Tangan Amani Haura kutip report tersebut, nasib baik report tersebut sudah siap binding jadi ia tidak bersepah.

"Ada apa-apa lagi ke Encik Izz?". Tanya Amani Haura.

"Tak ada. Berambus kau". Jawab Izz Zakwan.

Amani Haura terus melangkah keluar dari bilik Izz Zakwan dan berjalan menuju ke bilik Harith.

Selesai berikan report kepada Harith, Amani Haura kembali ke tempatnya. Telinga Amani Haura dapat menangkap suara Izz Zakwan sedang bercakap dengan seorang wanita.

"Amani". Seru Izz Zakwan lagi.

Amani Haura bangun lalu masuk kedalam bilik Izz Zakwan. Matanya memandang sekilas ke arah Helena.

"Kau check monthly report ni. Lepas tu bagi balik dekat kak lin". Arah Izz Zakwan.

"B-baik". Akur Amani Haura.

"Make sure semua report tu okay. Jangan ada rosak macam kau". Perli Izz Zakwan.

Amani Haura terkedu.

"Rosak? Dia dah rosak ke Izz?". Tanya Helena.

"Yup. Perempuan rosak dan tak ada maruah. Tapi berlagak macam diri dia suci". Balas Izz Zakwan.

"Seriously? I speechless.. tak sangka". Kata Helena lagi.

"Saya pergi dulu". Pamit Amani Haura.

"Kejap, kejap. Ada aku suruh kau pergi?". Tahan Izz Zakwan.

Amani Haura gelengkan kepalanya.

"Kau malu ke?". Tanya Izz Zakwan dengan gaya sinis.

Amani Haura tidak jawab. Matanya hanya tunduk pandang lantai.

"Perempuan yang dah banyak kali kena tebuk macam kau ni, masih lagi ada perasaan malu?". Tanya Izz Zakwan lagi.

Mata Amani Haura mula berkaca. Harga dirinya terasa bagai di pijak-pijak oleh Izz Zakwan suaminya sendiri.

Tanpa menjawab Izz Zakwan, Amani Haura terus beredar dari bilik Izz Zakwan.

"See.. perempuan biadap". Kata Izz Zakwan kepada Helena.

"Like seriously Izz.. Amani dah tak ada dara?". Tanya Helena dengan riak wajah terkejutnya.

Izz Zakwan hanya biarkan soalan Helena tanpa jawapan. Dirinya sendiri tidak tahu, tetapi kenapa Amani Haura tidak mahu manafikanya?

---

Waktu makan tengah hari sudah hampir tamat. Amani Haura berjalan kearah lift dengan wajah sugulnya.

"Muramnya muka." Tegur Affan sambil tangannya menekan punat naik.

"Affan". Sapa Amani Haura dengan riak terkejutnya.

"Buat apa dekat sini?". Tanya Amani Haura.

"Nak jumpa si bengap tuh". Jawab Affan.

Amani Haura tersenyum sedikit kerana dengar gelaran baru untuk Izz Zakwan.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now