7

92 4 0
                                    

Dua minggu sudahpun berlalu, Izz Zakwan banyak ikuti arahan dari Amani Haura tanpa bantahan.

Kerja-kerjanya juga banyak diselesaikan sendiri tanpa bantuan dari pekerja yang lain.

Demi memikat Amani Haura, Izz Zakwan berkoban masa seronoknya kepada fokus membuat kerja.

Dia perlu buat Amani Haura percaya akan dirinya berbanding Papanya. Supaya wanita bernama Amani Haura tuduk kepadanya.

Lamunan Izz Zakwan terhenti apabila bahunya di sentuh oleh Amal

"Jauh termenung.. mana Harith?". Tegur Amal.

Amal mengambil tempat sebelah Izz Zakwan. Kunci kereta di letakkan di atas meja.

"Toilet". Jawab Izz Zakwan ringkas.

"Kau dah order ke?". Tanya Amal lagi.

"Dah.. kau punya pun aku dah order". Balas Izz Zakwan.

"Cantikkk.." balas Amal sambil tersengeh.

Tak lama kemudian, Harith sampai dengan riak wajah cemberutnya. Tangannya memegang perutnya.

"Lega sikit perut aku". Kata Harith sambil menarik kerusi dan terus duduk.

"Cirit ke bro?". Tanya Amal.

"Tak adalah.. macam biasa nak buang hajat". Jawab Harith.

"Owhh.. wehh harith, asal member kau ni.. muka macam orang tak ada semangat nak hidup". Tanya Amal sambil memandang ke arah Izz Zakwan.

"Mana aku tahu. Kau tanya lah tuan badan sendiri". Balas Harith.

"Kau asal bro? Muka ketat semacam". Tanya Amal kepada Izz Zakwan.

Izz Zakwan ambil nafas panjang sambil mengeliat kecil.

"Khai mana? Dia tak lepak sekali?". Tanya Izz Zakwan.

"Biasalah.. orang dah ada bini.. malam jumaat macam ni, mesti laa dia duduk rumah.. layan bini". Jawab Amal.

"Hoii.. kau tak jawab aku lagi.. kau asal dohh?". Tanya Amal kembali.

"Penat siall.. busy gila nak mampus aku minggu ni.. tak rilek bai.. hari-hari kena stay back". Luah Izz Zakwan.

Harith tersenyum puas mendengar keluhan Izz Zakwan.

"Baru kau tahu rasa penat.. aku sebelum ni banyak kali kena stay back sebab nak cover kau punya kerja." Kata Harith.

"Hek elehh.. mengungkit pulak kau ni". Kata Izz Zakwan.

"Hahahah.. chills laa korang.. benda kecik pun nak gaduh ke?". Selit amal.

"Tapikan function juga ehh PA baru kau tu.. sampaikan Izz Zakwan berubah jadi rajin buat kerja."

"Patut lah aku tak nampak muka kau dekat club. Kiranya Papa kau berjaya laa kan?". Sambung Amal lagi.

"Cepat betul kau buat assumption.. plan aku still in progress lagi.. just wait and see". Balas Izz Zakwan.

"Apa plan kau?". Tanya Amal lagi.

"Buat dia percaya dekat aku.. lepas tu baru senang dia nak dengar cakap aku". Jelas Izz Zakwan.

"Owhh sebab tu kau beriya buat kerja.. nak bagi dia percaya dekat kau?". Kata Harith.

Izz Zakwan hanya menayangkan senyuman sinisnya kepada kawan-kawannya itu. Tak lama kemudian pelayan datang untuk hidang makanan mereka.

"Terbaik laa plan kau.. tapi aku teringin lah nak tengok awek tu..bila kau nak bawak dia jumpa aku?". Kata Amal sambil menyuapkan makanannya

"Asal kau nak jumpa dia? Kau nak try dia lah tu". Balas Harith.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now