45

88 7 6
                                    

Amani Haura berikan senyuman nipis kepada Helena yang sedang bancuh air. Helena balas dengan jelingan.

Tangan Amani Haura capai cawan. Cawan di basuh bersih sebelum serbuk kopi di isi ke dalam.

"Macam mana kehidupan you dengan Izz? Bahagia ke?". Helena mula bersuara.

"Itu bukan urusan awak". Balas Amani Haura. Tin susu pekat di capai. Di tuang dua sudu  ke dalam cawan.

"I tahu. Tapi I pelik Sebab Izz selalu cari I. You know, he want me." Kata Helena dengan gaya gediknya.

"You ni tak pandai layan suami you ke? Sampai dia cari I? Ke you ni dah tak ke.."

"HELENA!". Amani Haura mula keluarkan suara tegasnya.

"Dahlah. Saya tak nak dengar pasal semua ni. Awak tak tahu apa-apa pasal saya. Jadi, jangan cakap pasal benda ni lagi". Marah Amani Haura.

"I? Tak tahu?" . Balas Helena.

"Untuk pengatahuan you, Amani. Izz selalu share about his life with me. Termasuk dengan hal perkahwinan korang."

"So, I know everything. I know that you dah tak ada dara since remaja lagi right?". Kata Helena dengan riak wajah poyo.

"Cukuplah. Saya rasa tiada keperluan untuk jawab soalan merepek awak." Amani Haura cuba kawal emosinya. Air panas di isi kedalam cawan milik Izz Zakwan.

"Merepek? Apa yang merepek? I cakap benda yang betul. You dah tak ada dara. Kenapa you nak berlagak suci lagi?". Helena sengaja mahu pancing emosi Amani Haura.

Amani Haura diam, tangannya kacau air panas yang baru di isi ke dalam cawan dengan sudu.

"I tak sangka you ni, lagi teruk dari I. Since remaja dah layan banyak lelaki. Sangat.."

"Kau jangan nak bandingkan diri aku dengan diri kau. Kita jauh beza. Aku tak tahu status diri aku dan kau tahu status diri kau". Amani Haura sudah bertukar cara cakapnya. Wajah Helena di tatap dengan riak marahnya.

"Kau memang tak ada harga diri. Sebab tu dengan bangga kau bagitahu aku hubungan haram kau dengan  Izz Zakwan. Sebab kau tak ada perasaan malu". Sambung Amani Haura.

"KURANG AJAR KAU!". Helena tolak bahu Amani Haura.

"Kau jangan nak belagak suci depan aku. Kau tu pelacur, suami kau sendiri tak suka dengan kau". Kata Helena.

"Kalau aku yang terpaksa ni, di anggap pelacur. Habis kau yang buat atas kerelaan diri ni apa?".

"Perempuan dari syurga ke? Eh silap, syurga yang di buat-buat untuk jadi objek pemuas nafsu lelaki". Lawan Amani Haura.

Helena terkedu, giginya di ketap.

"Sampai bila kau nak hidup macam ni? Sekadar jadi tempat untuk lempias nafsu lelaki. Bertaubatlah, sebelum terlambat". Amani Haura angkat cawan kopi untuk beredar.

Helena halang jalan Amani Haura, tangan Amani Haura di tepuk kuat sehingga cawan terlepas dari pegangnya.

Pishhh

Bunyi serpihan cawan yang telah jatuh ke lantai.

"Arghh panas". Air kopi terkena ke betis Amani Haura.

"What happen here?". Izz Zakwan muncul dari belakang. Serpihan kaca di pandang.

"Izz!! Isteri you, tiba-tiba baling cawan tu dekat I". Helena terlebih dahulu bersuara.

"She did what?". Wajah Izz Zakwan sudah mula berubah.

"I tak tahu. I cuma tanya khabar. Lepas tu tiba-tiba dia mengamuk. Dia cakap I pelacur. Lepas tu, dia baling cawan tu dekat I". Air mata palsu sudah berjaya di keluarkan oleh Helena.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now