Seperti biasa Amani Huara mulakan rutin pagi dengan mengemas sedikit bilik kerja Izz Zakwan sebelum kedatangan bosnya itu.
Walaupun, Amani Haura baru sahaja 3 hari bekerja sebagai Pa Izz Zakwan, tapi dia cukup faham rutin yang perlu dia buat setiap pagi.
Setelah selesai, Amani Haura kembali ke tempat duduknya. Matanya fokus melihat email-email baru yang di terimanya.
"Morninggg". Tegur satu suara serak-serak.
"Morning". Jawab Amani Haura.
Amani Haura angkat kepalanya sedikit untuk memandang Izz Zakwan.
Izz Zakwan berikan senyuman nipis kepada Amani Haura lalu terus melangkah masuk ke dalam biliknya.
Amani Haura terus bangun dari duduknya lalu turut melangkah masuk ke dalam bilik Izz Zakwan.
Sebelum masuk Amani Haura mengetuk pintu untuk memberitahu dia akan masuk ke dalam.
"Yes?". Tanya Izz Zakwan sambil pandang ke arah Amani Haura yang sedang berjalan ke arahnya.
Izz Zakwan melabuhkan punggungnya. Iphone miliknya di keluarkan dari kocek seluarnya lalu Izz Zakwan buka whatapps.
"Hari ini, Pukul 2.30 petang ada progress meeting dengan Tan Sri Zamru untuk projek dekat melaka." Terang Amani Haura.
"Progress meeting? I kena attend sekali ke?". Tanya Izz Zakwan.
"Iya. En. Izz. Hari jumaat lepas saya ada bagitahu En. Izz. En. Izz dah lupa ke?". Balas Amani Haura.
"I ingat lah.. Sebelum ini, I tak pernah masuk progress meeting. Biasa Harith yang akan pergi bukan I". Kata Izz Zakwan.
Matanya masih fokus lihat Iphone miliknya. Sesekali, bibir Izz Zakwan mengukir senyuman baca whatapps yang diterima.
"Ini arahan dari Tan Sri Zamru, mulai sekarang En. Izz kena datang progress meeting. En. Harith pun akan datang sekali". Jawab Amani Haura.
Izz Zakwan pandang ke arah Amani Haura. Iphone miliknya di letakkan di atas meja.
"Kalau macam tu.. I nak minta tolong dekat you sikit boleh?". Pinta Izz Zakwan dengan nada suara lembutnya.
"Minta tolong apa?". Tanya Amani Haura.
"Untuk kali ni jer. I nak you gantikan I pergi progress meeting tu.. boleh?". Balas Izz Zakwan.
"Saya? Pergi progress meeting?". Tanya Amani Haura kembali.
"Yup. Please untuk kali ini jer.." pujuk Izz Zakwan.
"En. Izz biar betul.. nanti Tan Sri Zamru tanya, apa saya nak jawab". Balas Amani Haura.
"You cakap laa I tak sihat, ataupun you cakap I pergi jumpa client.. please Amani, kali ni jerr". Pujuk Izz Zakwan.
"Maaf saya tak boleh menipu Tan Sri Zamru. En. Izz kena datang juga.. meeting ni kejap jer En. Izz.". Tolak Amani Haura dengan nada suara lembutnya.
Riak wajah Izz Zakwan berubah sedikit dingin apabila Amani Haura tolak permintaanya.
Izz Zakwan menghela nafas panjang.
"Susah betul you nak tolong I kan?.. never mind I'll attend that meeting." Jawab Izz Zakwan dengan suara pasrahnya.
"Terima kasih En. Izz.. En. Izz nak minum kopi ke? Kalau nak saya buatkan..". Tanya Amani Haura dengan nada suara gembiranya.
"Tak perlu. You can go now". Arah Izz Zakwan dengan suara dinginnya.
Amani Haura hanya menundukkan kepalanya lalu terus keluar dari bilik Izz Zakwan.
Amani Haura mengucap rasa syukurnya kerana jaga Izz Zakwan tidak lah sesusah yang lin khabarkan.
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Любовные романы♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...