41

121 8 0
                                    

Izz Zakwan melangkah masuk di dalam sebuah premis. Izz Zakwan berjabat tangan dengan seorang lelaki.

"Jemput duduk". Pelawa lelaki tersebut.

"Agak-agak lama tak nak buat benda ni?". Tanya Izz Zakwan sejurus duduk.

"Depend dengan kualiti video bro." Jawab lelaki tersebut.

"Mana video tu? Dah send dekat aku?". Tanyanya lagi.

"Jap. Aku send sekarang". Izz Zakwan keluarkan Iphonenya.

Video Amani Haura di hantar di nombor telefon lelaki terbabit.

"Bro, aku tengok pun dah tahu video ni edit. Kau tengok kulit muka dengan badan perempuan ni berbeza". Terang lelaki tersebut.

"Bukan sebab effect cahaya ke?". Tanya Izz Zakwan.

"Jap bro. Aku tunjuk kau nanti. Senang jer ni. Tak ambil masa. Orang yang edit video ni tak adalah pro mana". Kata lelaki tersebut sambil tangannya mengetik kekunci lap top.

Izz Zakwan hanya diam. Dirinya terpukul untuk siasat tentang kesahihan video ini setelah kejadian Amani Haura tayang badannya.

Iya, dia akui yang dia masih tidak percaya dengan Amani Haura sebab itu dia perlu cari pakar untuk bukti kepada dirinya.

Tunjuk badan sahaja tidak cukup bagi Izz Zakwan. Dia harus selidik untuk kepuasan hatinya.

"Siap". Lelaki tersebut terbalikan lap topnya ke arah Izz Zakwan.

"Jangan terkejut". Butang enter di tekan.

Bulat mata Izz Zakwan lihat video di depan matanya.

"Aku dah send dekat kau sekali video ni". Terang lelaki tersebut.

"Okay."

"Aku nak kau tengok video lagi satu ni". Izz Zakwan tekan layar Iphone miliknya.

"Okay. Jap aku check and tunjuk dekat kau". Lelaki itu mula mengetik lap topnya.

5 minit kemudian lap topnya di arahkan ke arah Izz Zakwan.

"Video ni ori. Tak ada edit". Terang lagi itu.

"Okay. Thanks bro". Balas Izz Zakwan dompetnya di keluarkan.

"Video yang aku send tu, tolong delete bro". Dua keping duit kertas bernilai 50 ringgit di hulur kepada lelaki itu.

"No problem. Aku delete sekarang." Lelaki itu ambil duit dari tangan Izz Zakwan.

Lelaki tersebut mahu berikan baki kepada Izz Zakwan tetapi Izz Zakwan tolak. Sebelum Izz Zakwan beredar dia sempat pastikan lelaki tersebut padam video-video yang tersebut.

---

Izz Zakwan berjalan ke arah Amal dan juga Harith yang sedang bermain snooker. Bahu Harith di sentuh perlahan lalu Izz Zakwan duduk.

Harith beri isyarat mata kepada Amal, lalu mereka habiskan permainan mereka.

"Whats up bro". Sapa Amal.

Punggungnya di labuh di sebelah Izz Zakwan. Harith pula duduk bertentangan Izz Zakwan.

"Wahh.. muka lu banyak stress. Banyak ketat. Ada masalah ka bro?". Usik Amal.

"Kepala aku tengah serabut". Keluh Izz Zakwan.

"Lek ah.. cer citer". Balas Amal. Gelas kosong di isi dengan minuman keras.

"Nah minum dulu. Bagi hilang serabut". Pelawa Amal.

"Benda ni tak boleh hilangkan serabut. Buat aku makin serabut adalah". Cebik Izz Zakwan.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now