Izz zakwan tanggalkan kasutnya, kasut dan beg plastik di tangannya di masukkan ke dalam almari kasut.
Izz Zakwan pandang ke arah Amani Haura yang sedang duduk di ruang tamu. Kakinya jalan ke arah Amani Haura.
"Encik Izz nak makan?". Tanya Amani Haura.
"Aku dah makan dekat luar." Jawab Izz Zakwan. Punggungnya di labuhkan di sofa bersebelahan dengan Amani Haura.
Tanganya capai remote, lalu mula menukar siaran lain.
"Encik Izz, kenapa tukar? Saya tengah tengok". Kata Amani Haura dengan nada suara kesal.
"So?". Balas Izz Zakwan.
Amani Haura melepaskan keluhan panjangnya. Sudahlah minggu lepas dia terlepas episode drama kegemarannya.
Hari ini pun sama. Bibirnya di muncungkan. Perasaan aneh mula terpa di hati Amani Haura. Matanya lihat ke arah jam di dinding.
"Baru pukul 9 malam. Biasa masa-masa macam ni Encik Izz tak balik lagi." Omel Amani Haura di dalam hatinya.
"Dahlah jarang makan masakkan aku. Penat aku masak lebih untuk dia". Bebelnya lagi. Mata Amani Haura jeling ke arah Izz Zakwan.
"Kau kutuk aku dalam hati kau ke?". Tembak Izz Zakwan.
Walaupun mata fokus pandang TV, tapi dia dapat rasa Amani Haura pandang ke arahnya.
"Ma-mana ada.." kalut Amani Haura menafikan.
Izz Zakwan mencebik perlahan. Badannya di baringkan.
"Kau tak panas ke pakai tudung dalam rumah?". Tanya Izz Zakwan. Akhirnya, soalan yang lama di pendam terluah jua.
"Errr.. tak.. kan ada aircond". Jawab Amani Haura.
"Aku tahulah rumah aku ni ada aircond. Rumah aku mewah, selesa. Tak macam rumah kau." Izz Zakwan tukar kembali posisi kepada duduk.
"Perempuan jenis tak tahu malu macam kau ni, tahu cara-cara nak dapat kemewahan dengan mudah."
"Cari kerja dekat syarikat-syarikat besar, lepas tu try ambik hati majikan. Majikan suka terus jadikan menantu. Bijak betul kau ni kan." Kata Izz Zakwan dengan nada sinisnya.
"Kenapa Encik Izz selalu tuduh saya bukan-bukan? Encik Izz ada bukti ke saya rancang semua ni?". Amani Haura mula bersuara. Dia tidak boleh tahan lagi dengan tuduhan Izz Zakwan.
"Bukti?". Bibir Izz Zakwan tersenyum sinis.
"Tak payah buktilah. Permainan bodoh macam ni senang jer aku nak baca." Sambungnya lagi.
"Permainan apa ni Emcik Izz? Saya tak faham.". Berkerut kening Amani Haura.
"Ceh.. tak faham konon. Let me explain to you, Amani Haura."
"Mula-mula kau target Affan. Affan tu kira beruntung sebab mak dan ayah dia sedar. Kalau tak mesti Affan tunduk dekat kau."
"Tak dapat Affan, kau target orang lain iaitu akulah. Aku pelik kenapa Si Affan tu boleh suka dekat perempuan macam kau.". Terang Izz Zakwan panjang lebar.
"Kenapa Encik Izz selalu anggap saya ni jahat? Apa yang saya buat semuanya buruk di mata Encik Izz.."
"SEBAB KAU tak pernah nak jelaskan dekat aku apa niat kau sebenarnya SIALLL". Bentak Izz Zakwan.
"Kalau saya bagitahu Encik Izz, Encik Izz akan percaya dekat saya?". Amani Haura cuba mengawal suara sebaknya dari terkeluar.
Izz Zakwan terdiam.
"Saya dah agak yang Encik Izz takkan percayakan saya. Sebab tu saya pilih untuk telan semuanya."
"Kalau Encik Izz lakukan kekasaran dekat saya suatu hari nanti, sekurang-kurang saya sedar yang Encik Izz tak tahu perkara yang sebenar. Jadi, saya tak boleh nak salahkan atau bencikan Encik Izz."
YOU ARE READING
AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
Storie d'amore♡Amani Haura Binti Johan ♡ Amani Haura merupakan seorang gadis kampung yang melarikan diri ke bandar untuk menyelamatkan dirinya dari terus di buru. Walaupun kehidupan Amani Haura penuh dengan dugaan tetapi Amani masih mampu mengaharunginya dengan...