3

116 3 0
                                    

Seawal jam 7 pagi, Amani Haura telah bersiap-siap untuk pergi bekerja di tempat baru. Hati Amani Haura berkobar-kobar untuk memulakan kerja baru sebagai PA kepada Izz Zakwan.

Untuk hari pertama bekerja, Amani Haura memilih untuk mengenakan sepasang baju kurung bewarna hijau muda. Baju tersebut di padankan sekali dengan tudung bewarna nude.

"Pagi, Akak Raudah." Ucap Amani dengan nada suara gembiranya.

"Pagii.. waaa lawanya Amani. Ni mesti excited nak pergi kerja dekat tempat barukan". Usik Raudah.

Amani hanya pamerkan senyuman manisnya kepada Raudah yang sedang membacuh air.

"Eeee.. tengok tu hidung Amani dah kembang sebab kena puji". Usik Ayu.

"Elehh.. Kak ayu jelous laa tu.. biar laa kembang pun yang penting cantikk". Balas Amani Haura sambil menjelir lidah.

"Eeeee Amani tak malu ke angkat bakul sendiri". Balas Ayu lagi.

"Oitt.. dah dah laa bergaduh macam budak-budak.. ni tolong aku hidang sarapan ni". Celah Hanim yang baru sahaja dari dapur.

"Okayy kak Hanimm". Balas Amani.

Setelah siap sarapan, Amani terus menyalami kakak-kakaknya. Amani meminta diri lalu dia berjalan keluar.

Amani buka pagar rumahnya dan berjalan ke arah kereta viva yang di letakkan di luar pagar. Setelah itu keretanya mula meluncur laju menuju ke tempat kerja.

---

Amani Haura baca agreement bekerja sebelum tanda tangan. Dalam hati Amani Haura mengucap rasa syukur kerana gaji yang di tawar tinggi dari kerjanya sebelum ini.

"Kamu kena ingat, kamu bekerja dengan saya bukan Izz Zakwan. Jadi jangan takut dengan dia". Kata Tan Sri Zamru.

"Kalau Izz Zakwan ada buat benda tak elok dekat kamu, kamu boleh lapor dekat saya terus. Job Scope kamu ialah pastikan Izz Zakwan buat kerja dia dengan baik". Sambung Tan Sri Zamru lagi.

"Baik Tan Sri Zamru. Saya akan buat yang terbaik". Balas Amani dengan suara semangatnya.

"Mari, saya bawak kamu ke bilik Izz Zakwan". Ajak Tan Sri Zamru.

Amani memberikan salinan agreement kepada Kak lin, lalu mula mengikuti langkah Tan Sri Zamru.

Tan Sri Zamru menekan butang lift. Lift tersebut khas untuk Tan Sri Zamru.

Ting

Pintu lift terbuka.

Amani Haura dan Tan Sri Zamru masuk ke dalam lift tersebut.

"Bilik Izz Zakwan ada di tingkat bawah.. satu tingkat jer dari bilik saya.." kata Tan Sri Zamru.

"department bawah jagaan Izz Zakwan iala Project management, Engineer dan juga Admin". Terang Tan Sri Zamru.

Ting

Amani Haura dan Tan Sri Zamru melangkah keluar dari lift. Amani hanya ekori langkah Tan Sri Zamru.

Sampai sahaja di satu ruangan, Amani nampak ada sebuah meja kerja kosong di depan bilik. Nama yang tertera di pintu bilik tersebut ialah Izz Zakwan.

"Ni tempat duduk kamu, jom saya kenalkan dengan Izz Zakwan". Kata Tan Sri Zamru.

Amani Haura hanya anggukkan kepalanya. Tan Sri Zamru buka pintu bilik tersebut. Terpacul wajah terkejut Izz Zakwan yang sedang berborak dengan rakan sekerjanya.

"Hai, Morning papa.." Sapa Izz Zakwan.

Izz Zakwan dan Harith terus berdiri dari duduk mereka.

"Don't call me papa when we are at the office." Jawab Tan Sri Zamru dengan suara tegasnya.

AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWANWhere stories live. Discover now