Bab 1

56 2 0
                                    

Setelah tamat sesi persekolahan tingkatan 5, Haniy memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu. Niatnya untuk sambung belajar terpaksa ditangguhkan dahulu kerana ibu bapanya tidak dapat menampung yuran perbelanjaannya. Ibu bapanya hanya mampu menampung yuran kakaknya yang sedang belajar di Universiti Malaya (UM) ketika itu. Baginya cukuplah dia yang meringankan beban ibu bapanya. Ada yang nasihatkan Haniy untuk mengumpul duit supaya dapat sambung belajar juga di kemudian hari. Perempuan sekarang mestilah pandai berdikari dan juga berilmu supaya tidak mudah ditipu dan dipermainkan.  

        Haniy hanya memilih untuk mencari rezeki di kampung halamannya sahaja walaupun peluang pekerjaanya terhad, dia tetap memilih untuk teruskan kehidupannya di kampung sambil menjaga ibu bapanya. Dia seorang sahaja yang bersama ibu bapanya kerana dia anak bongsu dari keluarga itu. 

        "Awal keluar rumah hari ni, nak pergi mana?" tegur Puan Aimi iaitu ibu kepada Haniy. Dia yang kelam kabut terus mencapai tudung sarung berwarna biru muda lalu memakainya sambil menilik diri di cermin. "Nak pergi jeti awal hari ni, ibu. Kelmarin Haniy tak dapat banyak hasil, sebab tu hari ni nak keluar awal." Haniy terus mencapai tangan ibunya untuk bersalaman sebelum keluar rumah. 

        "Hati-hati, Haniy! Cuaca macam tak elok je hari ni, kalau ada apa-apa balik terus ye!" jerit ibu Haniy supaya anaknya itu dapat mendengar arahannya daripada luar rumah. Haniy hanya membalas, "Ye, ibu. Ibu doakan Haniy dapat hasil ye." Dia terus mencapai basikalnya di bawah tapi tiang rumahnya. 

        Pagi itu dia leka dengan keindahan udara ketika itu, sejuk dan nyaman. "Waktu subuh macam ni udaranya segar sebab orang yang rajin solat subuh je bangun waktu macam ni," kata Haniy dalam hatinya sendiri. Banyak kelebihan bagi mereka yang mendirikan solat subuh antaranya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Orang yang ingin mencapai kejayaan kuncinya adalah dengan menunaikan solat subuh. 

        Keadaan di jeti pagi itu begitu tenang dengan bertemankan kicauan burung di dahan-dahan pokok. Haniy menyandarkan basikalnya di tepi pokok buah pelam disitu sambil memerhati keadaan sekeliling mencari sosok tubuh seseorang. "Mana pula Pak Samad ni?" sambil tercari-cari sosok tubuh Pak Samad.

        Pak Samad ialah pemilik bot di jeti tersebut. Nelayan yang tiada bot untuk memancing boleh sewanya pada Pak Samad. Tapi disebabkan Haniy tidak mampu membayar sewa bot tersebut pada setiap hari, Pak Samad tidak mengambil sedikit pun bayaran sewa bot tersebut. 

        Awalnya dia tidak yakin yang Haniy mampu membawa bot seorang diri ke tengah laut. Dia selalu menyekat Haniy untuk memancing. Baginya hanya lelaki sahaja yang boleh buat kerja lasak begitu. Lama juga Haniy memujuk Pak Samad untuk memberikan peluang untuk membuktikan bahawa dirinya mampu melakukan perkara yang lasak begitu. Lihat pada fizikal Haniy dia seorang yang pendek 158 cm dan berbadan kurus langsing membuatkan semua orang tidak yakin dia mampu menjadi nelayan. Mustahil seorang gadis seperti dia mampu melakukan kerja lasak begitu.

        Disebabkan semua tidak yakin dengan kebolehan Haniy ketika itu, dia bercadang untuk menunjukkan pada Pak Samad dengan menghidupkan enjin bot tersebut dan pergi memancing seorang diri. Ketika itu, ibu bapaya juga risau tentang anaknya. Namun, kepulangan Haniy ketika itu menggembirakan hati yang melihat akan kebolehan dirinya. Dia membawa pulang ikan-ikan yang diperolehinya. Ramai yang kagum dengan kebolahan semula jadi Haniy. Dia sendiri tidak percaya yang dia mampu lakukannya seorang diri. 

        "Termenung apa tu anak dara oi!" laung Pak Samad. Haniy yang tersedar akan lamunannya terus mengukir senyuman manis buat Pak Samad. Dia terus berlari mendekati Pak Samad. "Awal kamu datang hari ini, Haniy. Kenapa?" Tanya Pak Samad kepada Haniy. "Saya nak cari rezeki lebih awal pagi ni." kata Haniy sambil garu kepalanya yang tidak gatal. 

        Kelmarin dia hanya pergi tangan kosong dan pulang juga tangan kosong. Sedih? Mestilah sedih dia sampai menangis dekat atas bot seorang diri kerana tiada rezekinya semalam. Hari ini dia tekad untuk tidak berputus asa kerana Allah SWT suka hambanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan. 

          "Haih kamu ni Haniy, pak cik suka betul semangat yang kamu ada ni. Sudah la masih muda tetapi semangat kamu tak padan dengan umur kamu. Pak cik sentiasa doakan semoga Haniy ada rezeki lebih dan dapat sambung belajar ke universiti semoga masa depan kamu cerah. " katanya sambil tersenyum ke arah Haniy. Haniy hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Pak Samad. 

        "Ni kunci bot, kalau cuaca hari ini tak elok terus balik ye. Pakcik takut ombak kuat nanti." kata Pak Samad sambil menghulur kunci kepada Haniy. Dia hanya mengambil kunci tersebut dan mengganguk kepalanya tanda faham. 

        Tanpa berlenggahkan masa Haniy terus berjalan mendekati botnya yang terletak di tepi jeti tersebut. "Ya Allah, kau kurniakanlah cuaca yang baik hari ini semoga aku dapat mencari rezeki dalam redha mu." doa Haniy dalam hatinya.


Haris mencapai telefon bimbitnya di atas meja yang terletak bersebelahan katilnya. Seperti biasa dia terus menelefon buah hatinya setiap kali bangkit dari lenanya. Menjadi rutin setiap kali dia bangun dari tidur pasti memberitahu buah hatinya dahulu. Biasalah orang tengah bercinta semuanya manis belaka. Nanti dah putus nangis la tepi katil. 

        "Good morning sayang, i baru bangun ni. Kejap lagi jom kita breakfast sama-sama dekat cafe." kata Haris. Awalnya dia meluat juga nak telefon buah hati setiap hari tapi disebabkan makin lama dia sendiri makin suka buat begitu. Orang bercinta kan memang macam tu, lain lah kalau yang bujang terlajak, tak ada siapa pun ambil tahu pasal kau. 

        Selesai bergayut dengan buah hatinya dia terus bersiap untuk bertemu janji. Mesti lah pakai hensem-hensem. Nanti buah hati lari, penat pula nak kejarnya. Dia mengenakan kemeja berwarna putih sebab buah hatinya suka warna putih. 

        "Morning, mama!" sapa Haris setelah melihat Datin Naimah sedang membancuh kopi di dapur. Setiap pagi rutin mamanya ialah membancuh kopi untuk Dato' Latif sebelum pergi kerja. 

        "Kamu tak pergi kerja ke hari ini ?" soal Datin Naimah apabila melihat anaknya tidak mengenakan blazer.

        "Pergi mama, tapi Haris masuk lambat sikit. Haris nak pergi jumpa Tiara kejap, ma."

        "Jangan la selalu bawa anak dara orang tu keluar sana sini, Haris. Mama risau la kalau jadi bukan-bukan. Apa kata Haris halalkan dia, senang nak keluar mana-mana pun mama tak risau dah. Betul tak?" soalnya. Ye la anak dia tu dah cukup mampu untuk tanggung gadis tu. 

        "Tak nak lagi la mama, Haris sibuk tak sempat nak fikir semua ni lagi." katanya.

        "Sampai bila nak enjoy sana-sini? Dah 5 tahun bercinta tak ada ikatan pun. Bertunang pun belum. Tak elok biarkan anak dara orang lama macam tu." Geram Datin Naimah dibuatnya. 

        "Entah la, Haris tak ada fikir pun nak jadikan dia isteri." kata Haris selamba. 

        "Eh! Nak buat isteri pandai cari yang elok, kamu mainkan perasaan si Tiara tu macam tu je! Cukuplah Haris buat anak dara orang berharap. Kalau tak ada niat nak jadikan dia isteri, kamu tinggalkan dia. Kecewa dia kalau dengar apa yang Haris cakap ni. Mama yang dengar pun cukup kecewa sangat-sangat dengan perangai Haris ni." 

        "Suka hati mama la, Haris pergi dulu." Balasnya sambil mencapai sekeping roti di atas meja makan tersebut. Malas dia bersembang dengan perkara remeh begitu. Dia terus mencapai kunci keretanya dan bergegas keluar dari rumah itu. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now