Bab 12

15 2 0
                                    

Dia tersengih sendiri sambil menilik mukanya di cermin. Macam biasa sebelum pergi kerja mesti la kena cantik-cantik. Baru la ada orang puji "cantiknya nelayan perempuan tu!". Ketawa geli hati Haniy dibuatnya. Biasa la pagi-pagi kena la ada aura yang positif untuk menjadikan hari kita itu menyeronokkan.

        Selesai bersiap dia terus berjalan ke dapur untuk bersarapan pagi. 

        "Ibu, ibu masak apa ni?" sapa Haniy. Dia menarik kerusi di meja makan dan melabuhkan punggunya disitu. 

       "Ibu masak nasi lemak je, okay?" balas Puan Aimi. Haniy selalunya hanya menjamah kuih muih ataupun roti sahaja. Dia tak suka makan nasi pada waktu awal pagi. 

       "Boleh la ibu, Haniy makan sikit ya." balasnya. Dia berjalan dan mencapai pinggan di rak pinggan. 

       "Ibu dah cakap dekat ayah yang Haniy tak nak kerja dengan Haris tu..." ucap Puan Aimi. Haniy yang sedang mencedok nasinya terus terhenti.

       "Ayah cakap apa?" soal Haniy.

       "Ayah ikut je keputusan Haniy. Kalau Haniy dah penat kerja, Haniy duduk rehat dekat rumah je la sayang. Biar ibu dengan ayah je pergi kerja, ya?" ujar Puan Aimi. Dia pun nak Haniy berehat di rumah dan luangkan masa dengan umurnya yang masih muda ini. Dia tak mahu mengongkong kehidupan Haniy. Cukup lah dia tahu membezakan yang mana baik dan buruk serta pandai menjaga kehormatan dirinya itu. 

        "Nanti Haniy fikir ye, ibu. Meh la makan sekali ibu," jawab Haniy. Selesai membaca doa sebelum makan, dia terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya itu. Puan Aimi hanya tersenyum melihat anak bongsunya itu. 


Sampai sahaja di jeti, Haniy terus menyapa Pak Samad. "Pak cik!"

        "Ye," balas Pak Samad. Dia menghadiahkan sebaris senyuman ke Haniy.

       "Lagi 3 hari je saya kerja dekat sini..." ujar Haniy. Dia berharap selepas ini dia masih dapat memancing walaupun tidak seperti selalu. Cukup untuk mengisi masa lapangnya. 

       "Ye, lepas ini Haniy kerja dengan Haris tu pula. Okay ke?" soal Pak Samad. Dia tahu yang Haniy tak mahu kerja bersama Haris. 

       "Tak okay," balas Haniy. Dia mengeluh panjang. Kerja dengan Haris? Macam tawarkan diri masuk kandang buaya!

        "Dekat kampung ni tak banyak kerja kosong, bila orang dah tawarkan kerja tu. Itupun satu rezeki yang tak disangka-sangka ye Haniy," kata Pak Samad. Haniy yang mendengar hanya mendiamkan dirinya.

        "Tengok nelayan yang lain ni, pak cik pun tak tahu lepas ini apa pula pekerjaan mereka yang seterusnya." tambah Pak Samad.

        "Dekat jeti sebelah sana pun boleh," jawab Haniy. Ada lagi satu jeti yang mereka boleh pergi tetapi agak jauh. Susah juga kalau dia nak ke sana. Sekali sekala boleh la pergi ke jeti tu.

        "Tapi jauh, macam tak berbaloi la orang kampung kita nak ulang-alik ke sana ke sini." jawab Pak Samad. Haniy tahu tentang perkara tersebut. Dia hanya menggangukkan kepalanya tanda faham.

        "Kerja la pejabat pula, ambil pengalaman yang baru ye?" tambah Pak Samad.

        "Nanti Haniy fikirkan ye Pak Samad," jawab Haniy. 

        "Tak perlu la fikir lama-lama, saya tak ada PA dekat pejabat tu," tegur satu suara. Haniy dan Pak Samad menolehkan kepala mereka ke belakang. Ternyata Haris disitu.

        "Aku tak nak jadi PA kau," jawab Haniy. Nak jadikan aku bibik dia ke? Tak nak la!

        "Kerja PA senang je, bukan susah pun." balas Haris. Sempat dia menghadiahkan segaris senyuman kepada Pak Samad.

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now