Bab 10

17 2 0
                                    

Seperti yang dijanjikan oleh Zharif, Haris menunggu kehadiran rakannya di jeti itu. Dia duduk di bangku sambil jarinya menekan-nekan skrin di telefon. Macam biasa, kehidupan orang terkenal dengan kekacakkan yang dia ada mesti lah dia melayan peminat di setiap komen yang ada di instagram miliknya. 

        Sambil membalas pujian daripada para gadis sempat juga dia menjuihkan mulutnya kerana geli dengan pujian itu. Belum lagi dengan yang perempuan sanggup jual maruah dirinya hanya untuk memikat Haris. 

        "Hoi, termenung apa tu?" tegur Haniy. Daripada tadi dia hanya memerhati pelbagai reaksi yang ada di wajah Haris. Pelik betul mamat ni.

        "Suka hati aku la nak buat apa pun." balas Haris tanpa memandang wajah Haniy. Dia masih ralit dengan telefon bimbitnya di tangan.

        "Aku tanya je, tak boleh ke?" Sempat juga dia memusingkan bola matanya ke atas. 

        "Tak boleh, aku tak suka. Kau pergi main jauh-jauh la budak kecil," balas Haris. 

        "Suka hati kau la." Haniy terus berjalan meninggalkan Haris seorang diri di situ. Malas la dia nak bertegur dengan orang macam tu. Semalam baik je, hari ini dah meroyan balik. Gila ke? 

        Haris yang melihat Haniy berjalan meninggalkannya hanya menghadiahkan sebaris senyuman. "Seronok la pula buat dia marah, kan?" bisik Haris. Dia terus tersenyum.

        "Ouh baru datang sini dua hari dah jumpa girlfriend ke?" tegur Zharif sambil menepuk bahu sahabatnya itu. 

        "Girlfriend?" Tiba-tiba sahaja Haris berdiri. Haris membulatkan matanya. 

        "Ye la, kan?" soal Zharif sambil mengangkat sebelah keningnya. Sempat juga dia ketawa kerana geli hati melihat riak wajah Haris. 

        "Macam tu nak jadi girlfriend aku? Buat spare part dekat kampung ni boleh la," balas haris selamba. Mereka berdua ketawa geli hati.

        "Bila kau sampai? Dah lama la kau perhati aku ya?" sambung Haris sambil tersengih. Dia menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket seluar sebelah kanan.

        "Baru je, sempat la aku tengok kau tak layan perempuan tu," balas Zharif. Haris hanya ketawa kecil. 

        "Aku ni saje lah nak cari spare dekat kampung ni, yela bosan kan? Perempuan kampung senang je nak dapat sebab diorang dekat sini miskin. Mereka suka tengok kita yang kaya ni," sambung Haris lagi. Zharif yang dengar hanya ketawa kecil, sempat juga dia mengganguk tanda setuju. Betul-betul support kawan ni. Sahabat sejati.

        "Macam mana papa boleh ambil kau kerja ni?" Haris sengaja menukar topik perbualan mereka. Tak nak la dia sepanjang masa nak sembang pasal perempuan je.

        "Aku ada pergi interview dekat satu syarikat tu, tak sangka pula tu syarikat kawan papa kau. Kebetulan syarikat papa kau ada tempat kosong, so aku la yang masuk tempat kosong tu." kata Zharif sambil tersengih. Suka la dia dapat kerja dengan kawan baik sama-sama. Lepas ni boleh bekerjasama ke mana-mana.

        "Ouhhh..." jawab Haris sambil menggangukkan kepalanya.

        "Bulan depan kita dah nak start projek dekat sini so yang kerja dekat seni kena pindah ke jeti lain. Tapi jauh juga jeti tu dekat hujung kampung sana tak silap aku," sambung Haris. 

        "Jadi?" tanya Zharif lagi. Dia memandang muka Haris sambil menunggu jawapan.

        "Aku nak perempuan tu kerja dengan aku, tak payah kerja nelayan dah," balas Haris. 

        Zharif terus memandangnya dengan pelik. Habis tu aku kena buang kerja ke ? Suka hati dia je nak ambil pekerja baru.

        "Dia kerja dengan kau? Habis tu aku kena berhenti ke?" soal Zharif.

        "Ish, mana ada! Kau memang partner aku. Aku ambik dia sebagai PA dekat pejabat pun okay kan?" sambung Haris. Boleh la dia mengarah Haniy untuk turut segala permintaan dia.

        "Mak ai! Jadi PA kau? Ingat nak suruh jadi cleaner je. Ye la dia ada kelulusan SPM je pun," kata Zharif. Kelulusan SPM tapi dapat kedudukan sebagai PA. Ish, gaji PA mahal tau berbanding pekerja pejabat yang lain!

        "Tak nak la jadi cleaner, aku nak dia ada depan mata aku. So, kena jadi PA aku," kata Haris sambil senyuman segaris di bibirnya. 

        "Suka hati kau la, Haris." balas Zharif. 


Haniy menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Pelik betul, sekejap baik sekejap garang tak tentu pasal. Sah mamat tu uzur agaknyaa. Emosi berubah-ubah kalah perempuan. Aku yang perempuan pun pening tengoknya. 

        Haniy membetulkan tudungnya yang dah senget ke kiri akibat tiupan angin yang kencang tadi. Pernah juga dia pakai tudung sampai nak tercabut dibuatnya dengan ombak yang deras lagi. Topi dekat kepalanya pun pernah jatuh ke dalam laut. Sekarang tudungnya penuh dengan jaruh di kepala supaya tak terbang lagi. Pakai topi pun sempat juga dia selitkan jarum peniti dengan tudungnya agar lekat di kepala.

        Bukan senang jadi nelayan, banyak cabaran yang dia lalui seorang diri. Banyak perkara yang dia hadapi dengan sukar. Tapi dia memilih untuk memendam nya dan jadikan pembakar semangat untuk hari yang seterusnya. Kalau cerita kan kisah sukarnya di laut kepada ibu dan ayah, pasti dia tak dapat teruskan pekerjaan ini lagi. Jadi dia memilih untuk hadapinya seorang diri. Dia masih muda, masih banyak perkara yang perlu dia lalui dengan kuat dan tabah.

        Semakin meningkat umur, semakin meningkat juga cabaran dalam hidup. Tuhan dah rancang yang terbaik untuk kita, kita yang perlu laluinya dengan kuat dan tabah. 

        Belajar? Mestilah dia nak belajar. Dia pun nak jadi orang yang educated. Bak kata orang "biarlah cantik dan berilmu juga, baru lah tidak dipandang rendah oleh orang sekeliling". 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now