Dia menghentakkan kakinya tanda protes. Hari ini sahaja dah tiga kali dia buatkan air untuk Haris. Tadi kopi, lepas tu teh. Eh tiba-tiba dia minta air milo pula!
"Kawan awak tu memang kuat minum air ke?" tanya Haniy kepada rakan Haris iaitu Zharif. Dia tak sangka pula lelaki yang dia jumpa dekat taman rekreasi itu juga kerja dengan Haris.
"Sebab awak buat sedap lah tu, dia suka." jawab Zharif sambil ketawa terbahak-bahak. Over tau!
"Biar kena kencing manis!" balas Haniy.
"Tak baik biarkan bakal suami awak sakit. Buat lah air tu kurang sedikit manisnya, biar manisnya tu ada dekat awak je." kata Zharif sambil ketawa lagi. Mulut dia dengan Haris sama je! Memang sahabat sejati ni mulut manis.
"Macam mana awak tahu yang dia tu bakal suami saya?" tanya Haniy. Dia menjelingkan matanya ke arah Zharif.
"Saya ramal je," jawab Zharif. Lalu dia pergi meninggalkan Haniy seorang diri di pantri tersebut.
"Kau ingat, kau nujum pak belalang ke?!" jerit Haniy. Geram dia, sekarang baru pukul 2 petang dah tiga kali dia buat air dan juga tiga kali dia basuh cawan! Ada lagi tiga jam masa dia bekerja, mesti encik boss ni akan order air lagi!
Haniy berjalan menuju ke tempat duduknya. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi, dia mengangkat kepalanya ke hadapan. Ye, setiap kali dia pandang depan, dia akan nampak encik boss yang kacak tu! Apa sahaja yang dia lakukan, encik boss sentiasa tahu dan sentiasa dalam pantauannya. Dia sendiri pun boleh nampak apa yang encik boss buat. Haish! Nak letak kepala pun encik boss nampak aku makan gaji buta nanti. Tapi, kerja dekat pejabat setakat ni tak banyak lagi.
"Apa dia ni pandang-pandang orang macam nak telan," mengomel Haniy sendiri. Dia dah mula menunjukkan mula yang menyampah terhadap encik bossnya itu.
Haniy terus memandang ke arah komputer ribanya, malas dia nak pandang encik boss gatal tu! Lebih baik pura-pura sibuk buat kerja.
Tiba-tiba telefon di meja kerjanya berbunyi. Sah! Mesti encik boss!
Dia memandang ke depan, ye encik boss sedang memegang telefon. Dia memandang Haris yang menyuruhnya mengangkat panggilan tersebut. Haniy mengankat telefon tersebut sambil membuat muka protes. Kakinya dah berkali-kali hentak ke lantai. Geram!
"Nak apa?!" jerkah Haniy. Rakan pejabat yang ada berhampiran dengan Haniy turut mengurutkan dada mereka kerana terkejut. Haris sudah mula cuak. Ha sudah!
"Saya boss awak tau," pesan Haris. Seronok dia gunakan kuasanya di dalam pejabat untuk menyakat Haniy. Kalau dekat luar pejabat dia memang kena dengar cakap Haniy sebab dekat luar pejabat Haniy secara automatiknya bertukar menjadi singa.
"Encik Haris nak apa ye panggil saya?" tanya Haniy dengan lembut. Sebab terpaksa je! Kalau tidak, memang kena jerkah je dia ni. Seronok betul sejak kemenjak ni dia menyakat aku.
"Cuba cakap elok-elok, kan bagus." jawab Haris.
"Elok macam mana lagi, encik?" sambil menjawab sempat juga dia memandang ke depan , dia nampak Haris sedang ketawa. Bila Haris sedar yang Haniy sedang perhatikannya, terus dia tunjukkan muka yang serius.
"Buatkan saya air teh ais" arah Haris. Haniy mengerutkan dahinya. Apa ni? Air lagi?
"Dah tiga kali saya buat air manis untuk encik, cukup lah. Nak kena kencing manis ke?" kata Haniy dengan tegas.
"Awak kurangkan manis la kalau macam tu," jawab Haris.
"Nanti tawar, tak sedap la pula. Tak perlu la air manis. Saya ambil air kosong je, boleh?" soal Haniy.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...