Bab 25

16 2 0
                                    

"Cepat lah mama!" panggil Haris. Dah hampir dua jam dia menunggu mamanya bersiap. 

        "Sabar lah, mama tengah pin tudung ni. Senget lah pula tudung ni," bebel Datin Naimah. Haris menepuk dahinya. 

        "Bagus lah Haris pilih Haniy tu jadi calon isteri. Dia bersiap cepat tau mama. Dah la cantik pula tu," kata Haris sambil mulutnya tersengih-sengih.

        "Fine, mama tak jadi pergi pujuk cinta hati kamu tu," Datin Naimah menjeling anaknya. Bukan nak puji aku, sibuk puji cinta hati dia.

        "Masalahnya mama dah cantik! Kurus pula tu siap dengan package nama datin lagi." puji Haris untuk mengambil hati mamanya semula. Dia sudah la tidak sabar mahu berjumpa dengan cinta hatinya. Selepas sahaja Haniy berhenti kerja di pejabatnya, dia masih lagi tidak mencari pekerja baru untuk menggantikan tempat Haniy. Baginya, hanya Haniy sahaja yang layak menjadi pembantu peribadinya. 

        "Puji la lagi," tambah Datin Naimah. Dia sengaja kata begitu. Sekali-sekala dia menyakat anaknya. 

        "Okay mama siap cepat. Lepas balik daripada rumah Haniy, Haris bawa mama pergi beli gelang emas nak?" Haris mengumpan Datin Naimah. Tapi apa salahnya dia belanja mamanya gelang emas. Mama memang gemar dengan perkhiasan emas. Banyak gelang emasnya di buat sebagai koleksi. Katanya itu sebagai aset dia. 

        "Mama nak gelang harga 10 ribu," kata Datin Naimah. Dia sengaja kenakan anaknya.

        "20 ribu pun boleh mama, demi mama Haris boleh belikan apa sahaja." balas Haris.

        Datin Naimah memandang anaknya dengan pandangan yang pelik. Tak percaya pula gurauannya menjadi serius. "Ini mesti sebab nak bodek mama kan?" 

        "Sebagai hadiah ataupun upah sebab mama tolong Haris," balas Haris. 

        Datin Naimah memandang anaknya dengan muka yang tidak puas hati. Nasib lah dia sayang anaknya yang seorang ini.  

        "Papa ikut kita tak?" soal Haris. Dia tertanya-tanya apabila tidak kelihatan bayang-bayang papa.

        "Tak, dia ada meeting sebentar lagi. Kita pergi berdua je." balas Datin Naimah. Dia masih lagi di depan cermin menilik tudungnya itu. 

        Haris hanya menggangukkan kepalanya. 

        "Haris jangan malukan mama ye," pesan Datin Naimah.

        "Janji! Ibu dan ayah Haniy tu baik orangnya mama. Mereka lemah lembut je bila bercakap. Senang berurusan dengan ibu dan ayah Haniy tu." kata Haris. 

        "Itu urusan lain , sebab tu senang. Urusan kita hari ini sebab nak pujuk kekasih hati kamu tu! Berat rasanya urusan hari ini," jawab Datin Naimah.  

        "Pastikan niat yang baik, kalau kita bawa niat yang baik pasti berjalan dengan lancar sahaja." tegur Dato Latif ketika berjalan mendekati mereka berdua.

        "Haris ada niat yang baik tak untuk perempuan tu?" soal Dato Latif.

        "Ye, Haris nak kahwin dengan dia." balas Haris. 

        Dato Latif mendekati anaknya lalu menepuk bahu, "Insyaallah," 


"Nak merisik Haniy?" tanya Puan Aimi dengan riak wajah yang terkejut. Tak sangka pula ada seorang lelaki yang datang merisik anaknya.

        "Dia bukan hak orang kan?" soal Datin Naimah. Dia takut juga kalau dia merisik hak milik orang.

        "Setakat ini, ini lah pertama kalinya ada orang yang merisik anak saya. Cuma saya tak pasti anak saya ada pilihannya sendiri ataupun tidak." jawab Puan Aimi dengan tenang. 

        "Anak saya yang suruh saya  datang merisik anak awak," kata Datin Naimah sambil memandang ke arah Haris. Haris hanya menunduk malu.

        "Anak puan baik sangat, dia pernah ajak kami buat kejutan hari jadi anak saya. Ketika itu, saya sendiri tak pernah kenal dengan dia. Tapi dia cuba sedaya upaya untuk meyakinkan kami. Malam itu, anak saya gembira dan terharu dengan apa yang anak puan lakukan. Saya sendiri tak sangka ada orang yang mampu buat anak saya gembira macam tu." luah Puan Aimi. 

        "Anak saya dah banyak kali mendesak saya jumpa keluarga Haniy untuk merisik. Dia takut kalau anak puan jadi hak milik orang lain." cerita Datin Naimah lagi. 

        "Saya minta maaf pak cik dan mak cik. Saya dah lukakan hati anak mak cik dan pak cik," kata Haris. Dia menundukkan kepalanya, takut untuk bertatap mata dengan ibu dan ayah Haniy.

        "Apa yang Haris buat dekat dia? Mak cik pun pelik dia balik kerja terus dia beritahu dia nak sambung belajar. Esoknya dia tak pergi kerja dah. Dia berhenti katanya," tanya Puan Aimi. Anaknya itu tak pernah cerita hal yang buruk tentang Haris kepadanya. 

        "Haris tipu dia mak cik," jawab Haris dengan sayu. Datin Naimah hanya biarkan sahaja anaknya berlaku jujur. Biar dia sedar bahawa apa yang dia lakukan itu salah.

        "Haris tak sangka pula yang perkara ni akan berlaku," tambah Haris lagi.

        "Perkara apa?" tanya Puan Aimi. Dia mengerutkan dahinya tanda tidak faham apa yang dikatakan oleh Haris.

        "Haris dah ada girlfriend, masa tu girlfriend Haris datang buat kecoh dekat tempat kerja. Haniy terkejut lepas tahu yang itu girlfriend Haris. Sebab selama ini Haris hanya sibuk memikat hati dia. Dia pun yakin yang Haris ni bukan milik orang. Selepas itu, Haniy terus keluar daripada pejabat dan terus beri notis berhenti kerja. Barang dia dekat pejabat pun masih ada. Dia tak datang jejak kaki lepas apa yang jadi," cerita Haris dengan sayu. Dia sendiri malu untuk ceritanya. Tapi, lebih baik dia jujur. Dia sendiri yang buat kesilapan ini, dan dia perlu kuat untuk tempuhi segala cabaran.

        "Patut lah dia banyak diamkan diri dan sibuk buat persiapan nak sambung belajar," jawab Puan Aimi.

        "Haniy tak ada la sekarang ni?" soal Haris.

        Puan Aimi menggelengkan kepalanya. 

        "Kita berilah masa Haniy habiskan pelajarannya dulu, selepas ini Haris datang semula membawa hajat yang hari ini. Pak cik tak tolak Haris, cuma kita tunggu sahaja jawapan daripada tuan badan. Kalau Haris rasa lama untuk tunggu Haniy, pak cik izinkan sahaja Haris untuk mencari kekasih hati yang lain." Encik Firdaus menyampuk perbualan mereka berdua. Dia hanya biarkan anaknya untuk membuat keputusan. Dia tak mahu seksa diri anaknya untuk terus memilih Haris sebagai calon imamnya.

        "Kalau boleh biarkan Haniy seketika. Berikan masa untuk dia tenangkan fikiran dan fokus pada pelajarannya. Pak cik harap sangat Haris tak ganggu dia." tambah Encik Firdaus.

        "Haris janji, Haris tunggu dia." kata Haris dengan yakin. Dia melihat mamanya dan mengukirkan senyuman. 

        "Kalau rasa tidak mampu, jangan berjanji ye Haris. Pak cik takut kalau Haniy yang dengar," kata Encik Firdaus.

        "Baik pak cik, Haris cuba untuk tebus segala kesalahan Haris." jawab Haris. Dia mendekati mama, lalu memeluk mama dengan erat. 

        "Terima kasih Aimi dan Firdaus kerana menyambut kedatangan saya dan Haris dengan baik sekali," ucap Datin Naimah.

         "Nanti kalau ada urusan di sini, singgah je datang rumah. Boleh makan-makan di rumah saya." pelawa Puan Aimi. 

        "Kalau nak datang, Haris beritahu la mak cik. Boleh Mak cik masak sedap-sedap." kata Puan Aimi lagi.

        "Tak perlu susah-susah mak cik. Nanti kalau Haris tak sibuk, Haris singgah ye melawat pak cik dengan mak cik," kata Haris. Dia mengukirkan senyumannya ke arah mama. Betul katanya, ibu dan ayah Haniy akan menyambut kehadiran mereka dengan baik. 

        "Jangan lupa gelang emas mama," bisik Datin Naimah ke telinga anaknya. Haris hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Ikut je la kehendak mak yang satu ini. Cuma, meraung sedikit sahaja duitnya.  

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now