Bab 16

14 2 0
                                    

Haniy terus berlari mendekati ibu dan ayahnya. Dia memeluk erat ibu dan ayah. Tak dapat dia menahan air matanya. DIa terharu akan sambutan hari lahirnya kali ini. Pertama kali dia merasa terharu begini. Sebelum ini, ibu dan ayah hanya sambut secara kecil-kecilan sahaja tapi dia cukup terharu. Kali ini, dia sambut bersama dengan orang yang dia sayang dan nampak sangat mewah walaupun simple.

        "Terima kasih ibu dan ayah," ucap Haniy sambil mencium pipi ibu serta mencium pula pipi ayah. 

        "Haniy sayang ibu dengan ayah sangat-sangat," ucap Haniy lagi. 

        "Jangan lupa ucap terima kasih dekat Haris juga, tanpa dia tak jadi la semua plan ni." kata ayah Haniy. Haniy terus memalingkan mukanya ke belakang untuk melihat Haris. 

        Mereka bertentang mata sebentar. Haniy yang sedar akan perbuatan itu terus menundukkan kepalanya. "Terima kasih sebab buat semua ni untuk aku," ucap Haniy. Dia senyum sebaris ke arah Haris. Sebenarnya dia sendiri tak sangka semua kejutan ini di rancang oleh Haris. 

        "Untuk kau semua aku sanggup buat," kata Haris. Dia nak cakap tak fikir dah dengan keadaan orang sekeliling. Haniy sudah menjengkelkan mukanya, dia malu sebab Haris kata begitu di depan ibu dan ayah.

        "Aku tak suruh pun," balas Haniy. Dia pun tak pernah beritahu tentang hari lahirnya kepada Haris. Eh, tiba-tiba dia yang rancang semua kejutan ni.

        "Macam mana kau tahu hari ni hari jadi aku?" tanya Haniy. Soalan ni daripada tadi bermain dalam fikirannya. Mereka baru sahaja kenal, tak akan lah Haris ni tahu semua benda hal peribadi dia. Sampaikan ibu dan ayah pun dia ajak sekali buat kejutan ni. Pelik betul la dia ni.

        "Pak Samad," jawab Haris sambil memuncungkan mulutnya ke arah Pak Samad. Pak Samad yang memerhati hanya membalas dengan senyuman. 

        "Pak cik mengumpat pasal saya dekat dia ke?" tanya Haniy. Haris dan Pak Samad ketawa serentak. Haniy hanya membiarkan sahaja. Sah si Haris ni korek rahsia aku dengan Pak Samad.

        "Dah la, jom makan dulu. Nanti kita sambung bersembang semula." arah ayah Haniy. Haniy dan yang lain-lain hanya menurut sahaja. Sempat juga dia memberi jelingan maut ke arah Haris. Haris hanya membiarkan sahaja. Geli hati dia melihat gadis itu.

        "Cantik betul kau malam ni," puji Haris perlahan tapi cukup untuk Haniy sahaja yang mendengarnya. 

        "Kenapa tema warna putih eh?" soal Haniy. Termasuk hari ini, baru dua kali sahaja dia memakai warna putih. Baginya warna putih itu tidak sesuai dengan ton warna kulitnya. Dia juga berkulit sawo matang jadi dia tidak yakin untuk memakai warna putih.

        "Warna putih suci, kan?" tanya Haris. Haniy hanya menggangukkan kepalanya.

        "Jadi? Apa kena mengena dengan aku?" tanya Haniy lagi. 

        "Sama la dengan kau, suci juga. Aku harap sangat cinta kita suci macam warna putih ni." balas Haris selamba. Terbuntang mata Haniy seketika. Terkejut dia.

        "Kau bukan nak melamar aku kan?" tanya Haniy. Tersembur ketawa Haris dengan kuat tanpa sedari semua orang di situ memandang mereka berdua. Haniy dah mula meninggalkan Haris seorang diri, dia malu dah nak cakap dengan lelaki tu. 

        "Mari la makan dulu, sibuk bercinta pula dua orang ni." sakat Abang Adi. Dia nelayan juga sama dengan Haniy. Jadi, siapa yang bekerja dengan Pak Samad di jemput juga ke sambutan hari lahirnya itu. 

        "Mana ada, kami kawan je." balas Haniy sambil menjenguk makanan dia atas meja yang telah dihidangkan itu. Dia juga perasan karipap ibunya juga ada di situ. Pandai betul ibu cover line si Haris tu ye. 

        "Daripada kawan lama-lama jadi suka," sakat Abang Adi lagi. Ramai yang ketawa dengan telatah Abang Adi. Haniy menundukkan kepalanya tanda malu. Dia segan bila di sakat begitu buat pertama kali. Dia juga takut kalau ibu ayahnya marah sebab dia berkawan dengan lelaki yang mungkin mereka anggap kekasih hatinya. 

        Selesai memilih makanan di atas meja, Haniy berjalan dan mengambil tempat di sebelah ibunya. "Ibu, ibu tak marah ke?" tanya Haniy dengan nada yang perlahan. Puan Aimi terus mencapai tangan anaknya dan mengusapnya sambil berkata "Ibu tak marah, sayang. Janji Haniy tahu batas dan anak ibu ni gembira." 

        Lega Haniy mendengarnya. Dia terus memaut bahu ibunya untuk memeluk ibunya. Tanda mengucapkan terima kasih. Haris hanya memerhati tingkah laku Haniy. Daripada situ, dia menilai keluarga Haniy. Dia terharu melihat keakraban keluarga gadis itu walaupun hidup mereka tak seberapa senang tapi mereka cukup dengan kasih sayang. 

        "Haris, sini." panggil ayah Haniy. Dia nampak Haris sedang mengambil gambar di beberapa sudut yang telah dihias dengan belon-belon itu.

        Haris yang mendengar namanya dipanggil terus berjalan mendekati Encik Firdaus. "Kenapa pak cik?" tanya Haris.

        "Pak cik nak ucapkan terima kasih atas semua usaha yang kamu buat ni," ucap Encik Firdaus sambil tersenyum lebar.

        "Tak ada apa la, pak cik. Saya yang rasa tak cukup sebab simple sangat ni." balas Haris.

        "Ni dah lebih dari cukup dah, simple macam ini pun dan memadai." jawabnya. Macam ni sambutan Hari Lahir anaknya, dia sendiri belum pernah buat begini kepada anak-anaknya. Dia hanya mampu membeli kek dan sambut secara kecil-kecilam di rumah sahaja. 

        "Tak apa, saya suka tengok Haniy gembira macam ni." kata Haris.  

        "Kamu buat ni ikhlas ke?" tanya Encik Firdaus. Dia pun takut juga bila ada lelaki yang baru kenal anaknya sangup layan anaknya dengan baik. 

        "Pak cik bagi ke kalau saya nak kenal lebih lagi dengan Haniy?" tanya Haris. 

        "Asalkan kamu tak buat benda yang tak elok dekat anak pak cik," balas Encik Firdaus. Haris hanya menggangukkan kepalanya tanda faham. Encik Firdaus hanya menepuk bahu kanan Haris dengan lembut. 

        Tanpa sedar mata Haniy tak lepas daripada memandang Haris yang sedang bermesra dengan ayahnya. Dia merasakan yang Haris pandai mengambil hati orang tua serta hatinya sendiri. "Atau dia ada niat jahat? Sebab tu dia buat aku terharu dengan dia kan?" bisik Haniy sendiri. Penat dia berteka-teki dengan perangai pelik Haris. Sudahla semua ni rancangan dia, ibu dengan ayah pun layankan je Haris ni.

        "Awak happy hari ni?" tegur Haris. Tak sedar pula yang Haris dah ada dekat belakang kerusi dia. 

        Haniy menoleh kepala dan badannya kebelakang untuk menghadap Haris. "Terima kasih sebab buat semua ni untuk aku, aku tak mampu nak balas jasa baik kau ni." ucap Haniy. 

        "Saya tak suruh awak balas apa-apa pun," balas Haris.

        "Ke kau nak bagi kerja bertimbun bila aku masuk kerja dengan kau nanti?" Haniy mengerutkan keningnya. Ragu-ragu dia dengan Haris ini. Buatlah baik macam mana pun dia masih baru untuk menilai semua perbuatan Haris. Biasanya, awak-awal je lelaki ni obses dengan kita. Lama-lama dia bosan juga. Harapnya Haris tak macam ni.

        "Tak baik tuduh saya macam ni," jawab Haris dengan sayu.

        "Saya buat baik pun awak masih bersangka buruk dengan saya," tambah Haris lagi. 

        "Bukan sangka buruk tapi aku cuma berhati-hati je," balas Haniy. 

        "Saya pastikan lepas ini awak dah tak sangka buruk dekat saya," kata Haris lagi. Haniy merenung mata Haris. 

        "Yakin boleh?" tanya Haniy. 

        "Saya cuba," jawab Haris.

        Haniy hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Tak nak jawab apa-apa. Tapi dia hanya memberikan senyuman kepada Haris sebagai tanda terima kasih atas semua usaha dia hari ini. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now