"Haris, bangun! Dah lewat ni." jerit Datin Naimah di depan pintu bilik anaknya itu. Tangannya daripada tadi mengetuk pintu bilik. Masih tiada sahutan daripada anaknya itu.
"Ye mama, Haris dah bangun ni!" sahut Haris. Dia yang baru bangun dari lenanya itu terus memerhati ke arah jam dindingnya.
"Hoi! Dah pukul 10?" jerit Haris. Dia terkejut melihat jam di dindingnya. "Patut lah mama dah bising." kata Haris sendiri. Dia terus bangun dari katilnya dan terus menuju ke bilik air untuk bersiap ke kerja.
Anak bos memang macam ni. Dah lewat pun masih boleh bertenang. Cuba jadi kuli? Memang kena potong gaji dia kalau lewat macam ni.
Haniy mengenakan t shirt berlengan panjang berwarna merah jambu dan juga tudung bawal berwarna krim. Sempat juga dia mencapai topi berwarna putih untuk mengelakkan mukanya dari terkena panas terik matahari.
Haniy lewat ke jeti hari ini sebab semalam dia leka layan perasaan sampai pukul tiga pagi. Sampai sahaja di jeti dia terus mendekati Pak Samad.
"Assalamualaikum, pak cik." sapa Haniy.
"Waalaikumussalam, ha sampai dah kamu ni. Lewat hari ni, kenapa?" balas Pak Samad. Haniy hanya membalasnya dengan senyuman. Dia terlajak tidur tau, kalau dia beritahu nanti mesti Pak Samad akan melabelnya anak dara pemalas pula. Lebih baik senyum je kan?
"Pak cik, semalam ayah kata ada orang nak bangunkan jeti ni. Betul ke?" tanya Haniy.
"Haah, esok dia datang ke sini. Pak cik dah jumpa dengan orangnya. Dia kata anak dia akan bangunkan projek dekat sini. Dia nak jadikan kawasan ni sebagai kawasan pelancongan." balas Pak Samad.
"Semoga kampung kita ni semakin maju la lepas ni." jawab Haniy. Bila kampung tu dah maju mesti akan bertambah peluang pekerjaan di kampung itu. Boleh la dia mencuba dalam bidang lain pula kalau ada rezekinya nanti.
"Katanya dia nak buat hotel dekat kawasan sini dan jeti ni pun akan dibaik pulih. Kamu tengok la jeti ni dah lama, kayu pula tu. Tunggu masa nak roboh je." kata Pak Samad. Jeti itu sudah tiba masanya untuk dibina yang baru. Kayu di jeti tu pun dah mula mereput. Bahaya juga kalau satu hari nanti roboh pula.
"Tapi ni la tempat sumber orang kampung cari rezeki yang halal, pak cik. Haniy pun suka tempat ni. Haniy harap lepas tempat ni dah cantik, makin ramai orang nak berkunjung ke sini. Selalunya orang datang sebab nak beli ikan segar je." jawab Haniy.
"Bila tempat ni makin maju, makin banyak pendapatan yang kita dapat nanti." tambah Pak Samad. Haniy hanya mengganguk setuju.
"Haniy pergi mengail dulu ye, pak cik." kata Haniy sambil melambai ke arah Pak Samad. Dia terus berjalan menuju ke tempat di mana botnya diletakkan. Dia terus menghidupkan enjin botnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tangannya terus menyelok ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon dan menjawab panggilan tersebut.
"Ye, siapa ni?" tanya Haniy kepada pemanggil tersebut.
"Ni aku lah, Aariz!" jawabnya. Haniy terus menekup mulutnya dengan tangan apabila mulutnya sudah menjerit dengan nyaring. Dia terkejut bila dapat panggilan daripada si dia.
"Ish kau ni, kenapa call aku ni?" tanya Haniy. Dia dah melompat terkinja-kinja. Nasib tak ada orang dekat kawasan tu. Kalau tak, orang kata dia gila nanti.
"Aku balik kampung hari ni, esok kalau aku free aku pergi jumpa kau kat rumah. Boleh?" tanya Aariz.
"Kau datang jeti la petang nanti." jawab Haniy.
"Okay, jumpa nanti." kata Aariz. Lalu, menamatkan panggilan telefon tersebut. Sekali lagi Haniy menjerit. "AAAARGHHHH!" Terus dia menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Gembira betul dia dengar berita yang Aariz balik kampung.
Aariz Danial merupakan kawan yang temannya bermain ketika kecil di kampung itu. Lepas sahaja Aariz tamat sekolah rendah, dia memilih untuk ke sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Sejak dari itu dia jarang sekali bertemu dengan Aariz.
Dalam banyak kawan lelaki yang dia ada, hanya dengan Aariz sahaja dia boleh berkawan dengan begitu rapat sekali. Ada juga perasaannya suka akan Aariz tetapi dia hanya memilih untuk simpan sahaja isi hatinya. Dia tak nak putuskan hubungan persahabatan mereka.
Cukuplah sekadar menjadi teman rapat sahaja. Nanti kalau bercinta mesti timbul rasa awkward pula kan? Tak apa boleh kawan sampai kahwin kan? Tak perlu pun bercinta, nanti jaga jodoh orang pula.
Tanpa berlenggah Haniy terus menghidupkan enjin botnya. Gembira hatinya tak terkata. Sepanjang perjalanannya bertemankan senyuman di bibir sehingga menampakkan lesung pipitnya di pipi. Manis sungguh senyuman dia, kalau Aariz tengok mesti cair! Ketawa riang Haniy memikirkan dia yang gatal tiba-tiba.
Haniy terus berhenti di tengah-tengah laut dan mula melemparkan jalanya. Sambil menunggu ikan, sempat juga dia membuka telefonnya untuk membalas pesanan daripada Aariz.
"Haish, esok nak jumpa Aariz. Tapi, aku malu la pula sebab dah lama tak jumpa dia. Mesti dia dah hensem kan sekarang? Ye la, dia duduk bandar. Aku ni budak kampung je." bebel Haniy sendiri. Dia mengeluh seketika.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...