Debaran untuk menunggu saat menjadi isteri sukar untuk dijelaskan ketika itu. Dalam beberapa minit lagi dia akan sah menjadi yang halal buat Haris. Dia memandang raut wajah Haris yang tenang. Tapi dia yakin Haris juga merasa perasaan yang sama sepertinya.
Dengan sekali lafaz, Haniy sah menjadi isteri kepada Haris Iskandar bin Dato Latif. Saat semua mengatakan sah, dia terus mengangkat tangan mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas pernikahannya ini. Dia melihat ibu dan ayah juga sudah berlinangan air mata.
Dengan gembira melihat kakak dan rakan-rakannya yang sibuk mengambil semua gambar pada setiap saat untuk diciptakan sebagai memori dalam hidupnya.
Tatkala saat membatalkan air sembahyang, Haniy mencium tanggannya serta air matanya juga turut mengalir. Wajah ibu dan ayah memandang kami dengan perasaan yang terharu. Giliran Haris pula mencium dahinya. Dia tak sangka yang Haris kini sah bergelar sebagai suaminya. Tak sangka bahawa dia akan berkahwin dengan orang yang baru sahaja dikenalinya.
"Janganlah nangis, nanti sayang saya tak cantik dah." bisik Haris di telinganya.
"Ouh, kalau saya nangis rupa saya macam beruk ke?" jawab Haniy. Haris tergelak. Ada sahaja masa dia melawan tak kira masa. Tapi, comel.
"Tapi, sayang saya version beruk yang high class." balas Haris sambil ketawa perlahan.
"Nanti saya balas, orang tengah tengok kita." jawab Haniy sambil tersenyum.
"Kakak, jauhnya ambil gambar. Sini, dekat sikit." tegur Haniy. Jauh betul kakak mengambil gambar dia dan Haris kerana tiada ruang untuk dirinya. Ye la, ramai tetamu yang mendekati mereka berdua.
"Terima kasih mama dengan papa sebab percayakan Haris." ucap Haris lalu memeluk erat mereka berdua. Haniy juga turut bersalaman dengan Datin Naimah dan juga Dato Latif.
Puan Aimi dan Encik FIrdaus juga mendekati mereka berdua. "Tahniah, sayang." ucap Puan Aimi lalu memeluk anaknya dengan erat.
"Terima kasih juga ibu dengan ayah sebab percayakan Haris. Haris janji akan jaga Haniy dengan baik walaupun tak sama cara layanan ibu dan ayah. Tapi Haris cuba," ucap Haris. Dia bersalaman dan memeluk erat ibu bapa mentuanya itu.
"Kalau dah tak boleh jaga Haniy satu hari nanti, pulangkan Haniy dengan cara baik. Jangan sakiti dia dari apa cara sekali pun. Jaga mental dan fizikalnya juga." Encik FIrdaus memesannya kepada Haris sambil menepuk bahu menantunya itu.
Haris menggangukkan kepalanya. "Faham, ayah."
"Sayang, nak pergi honeymoon dekat mana?" soal Haris.
"Saya nak tidur, penat lah." balas Haniy dengan riak wajah yang selamba. Dia penat melayan tetamu daripada pagi sampai petang.
"Cepatlah, sayang!" Haris menarik-narik tangan Haniy. Geram je dia ni, suka bergurau. Kadang-kadang bergurau tak kena dengan masa. Nasiblah dia sayang isterinya yang seorang ini.
"Awak nak pergi mana?" soal Haniy.
"Saya tanya awak lah, sayang. Tempat apa yang awak teringin sangat nak pergi? KIta pergi sama-sama nanti." kata Haris sambil merenung raut wajah isterinya itu.
"Hmmmmm..." Haniy memuncungkan mulutnya. Kepalanya sedang berfikit. Ikutkan hati dia nak pergi bercuti di banyak negara. Tapi dia rasa macam melampau lah pula.
"Muncung-muncung pula mulut tu, serupa itik dah saya tengok." tegur Haris.
"Ish!" marah Haniy lalu memalingkan mukanya ke arah lain.
"Sayang saya merajuk ke tu?" soalnya.
"Mana ada," balas Haniy sambil bermain dengan jari jemarinya.
"Saya tanya ni, awak nak pergi mana sayang?" dia mencapai tangan Haniy dan mengusapnya dengan lembut.
"Saya nak pergi mekah," balas Haniy. Dia memandang wajah Haris. Dia takut juga kalau permintaannya melampau. Dia takut kalau dia membebankan Haris.
"Tapi, kalau awak tak cukup duit lagi tak apa. Kita pergi dekat tempat yang dekat-dekat je dulu." tambah Haniy lagi.
"Sayang, saya boleh bawa awak pergi sana. Nanti kita pergi sama-sama ye?"
"Awak tak rasa permintaan saya membebankan awak ke?" soal haniy dengan perlahan.
"Tak sayang, tapi sebelum tu kita pergi honeymoon tempat lain dulu boleh? Bulan depan kita pergi buat umrah sama-sama." kata Haris sambil itu dia memeluk bahu isterinya. Dia tahu Haniy masih ragu-ragu dengannya. Dia masih takut.
"Saya ikut je, terima kasih cinta hati saya." ucap Haniy sambil tersenyum.
"Awak panggil saya cinta hati awak?!" jerit Haris sambil mengoncangkan badan Haniy.
"Sakit lah," kata Haniy sambil ketawa.
Haris sudah ketawa terbahak-bahak. Tak sangka yang isterinya panggil dia 'cinta hati'. Unik rasanya gelaran itu buat dirinya.
"Terima kasih, sayang." ucap Haris sambil mencium tangan Haniy.
"Sama-sama cinta hati saya," balas Haniy sambil ketawa riang. Malam itu, mereka berdua bertemankan dengan gelak tawa dan gurau senda. Bahagia rasanya.
Pagi itu dia dan Haris menunaikan solat subub bersama-sama. Haniy berdoa agar mendapat jadi isteri yang baik buat Haris. Dia sedar gelaran isteri itu membawa tanggungjawab yang lebih besar dalam dirinya. Dia berharap dia terus kuat untuk menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
"Sampai sekarang saya masih tak sangka yang sayang terima saya." kata Haris. Haniy tersenyum malu seketika.
"Saya pun sama, saya tak sangka yang cinta hati saya tunggu saya selama 2 tahun tanpa berputus asa sedikit pun. Saya kagum dengan effort awak, Haris." balas Haniy. Dia mendekati suaminya, lalu memeluk erat tanpa segan silu. Tenang yang dia rasakan.
"Terima kasih sebab beri saya peluang untuk buktikannya." ucap Haris.
"Saya pun nak ucap terima kasih juga sebab melayan semua kerenah baik dan buruk saya dengan penuh kesabaran. Saya janji, saya cuba jadi isteri yang baik buat cinta hati saya." balas Haniy. Mereka berdua tersenyum.
"Masa sebelum kahwin, awak ego sangat kan sayang? Tapi lepas saya dah kahwin dengan awak, awak tak macam tu pun. Awak lemah lembut orangnya, cuma awak suka tunjuk ego dan berlagak dekat lelaki sebab tu saya suka awak." kata Haris.
"Sifat ego saya menguasai diri, sekarang ego tu dah hilang sikit demi sikit sebab saya dapat suami yang tahu cara nak hilangkan ego saya. Terima kasih." jawab Haniy. Dia tak berhenti mengucapkan terima kasih dan rasa syukurnya kerana hadirnya Haris dapat mengubah dirinya sedikit demi sedikit.
"Teruskan ada sifat ego awak terhadap lelaki lain, kalau dekat saya. Jangan!" pesan Haris. Haniy ketawa terbahak-bahak. Comel je Haris bila dia jeles.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
Любовные романыSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...