Dengan tekun Haniy menyiapkan kerjanya di komputer riba. Dia teliti satu per satu apa yang di taipnya adalah betul tanpa sebarang kesalahan.
Dia meneliti semua tarikh-tarikh penting yang Haris mempunyai mesyuarat. Dia juga perlu sediakan semua fail yang patut dibawa oleh Haris.
Haniy mengangkat mukanya, dia nampak Haris sedang leka melihat telefon bimbitnya. "Jangan kacau aku sudah," bisik Haniy sendiri. Biarkan je orang tua tu dekat situ. Hari ini dia tidak membancuh air untuk Haris lagi. Mungkin dia dah tak nak minum sebab aku buat tawar air dia!
Dia menongkat dagu di mejanya sambil melihat setiap sudut wajah Haris. Sempurna tak ada sedikit cacat cela pun. Perempuan dekat kampung ni ramai yang tergila-gila kan Haris. Tapi, aku juga yang Haris kejar. Walaupun hari-hari kena marah dengan aku? Dia tak pernah mengalah. Kadang-kadang kesian pun ada dengan dia ni sebab selalu kena marah.
"Apa kata aku buatkan kopi untuk dia," bisik Haniy sendiri. Dia bangun dari kerusi lalu berjalan menuju ke pantri untuk membancuh kopi untuk Haris.
"Buat air untuk kesayangan ke?" tegur Zharif.
"Ye, kesian kesayangan saya dahaga." balas Haniy sambil menjelingkan matanya ke arah Zharif.
"Saya pun nak rasa juga kesayangan buatkan air, apa kata buatkan untuk saya satu." kata Zharif. Dia mengangkat keningnya ke arah Haniy.
"Aku tengok kaki dengan tangan kau elok je lagi, buat la sendiri." balas Haniy lagi. Mengada-ngada pula dia ni. Ingat aku dibayar gaji untuk bancuhkan air kepada pekerja ke? Tak ada dalam skop kerja aku pun buat air untuk dia ni.
"Hari ini rasa terseliuh sikit, tak larat nak angkat sudu." Sempat juga dia mengoyangkan pergelangan tangannya untuk meminta simpati.
"Aku patahkan tangan kau betul-betul baru kau tahu!" kata Haniy sambil menunjukkan buku limanya ke arah Zharif.
"Penumbuk kecil macam ni, patut la Haris suka." ketawa Zharif. Lalu pergi meninggalkan Haniy seorang diri di pantri. Haniy menepuk meja makan di situ dengan tangannya. Geram!
Selesai sahaja membancuh kopi untuk Haris dia terus berjalan membawa kopi itu ke pejabat Haris.
"Cik, cik kena buat appointment dulu kalau nak jumpa Encik Haris!" jerit Alia kepada seorang gadis di situ. Gadis itu memakai skirt hitam paras lutut dan juga kemeja berwarna merah jambu. Kasut tingginya juga tak boleh lawan. Kalau kena kepala, memang benjol seminggu.
Gadis itu hanya membiarkan sahaja segala arahan yang telah diberikan. Dia tetap bertegas mahu berjumpa dengan Haris. Laju dia berjalan, Haniy yang berada di beli Haris terus menegur.
"Cik, boleh saya bantu?" tanya Haniy dengan lemah lembut. Dia tak nak terus terjah orang marah-marah. Eloknya layan orang yang tengah marah dengan elok agar dia reda.
"I nak jumpa boyfriend i boleh?" tanya gadis itu. Haniy mengerutkan dahinya. Boyfriend? Siapa? Haris?
"Siapa boyfriend cik ye?" soal Haniy.
"You ni siapa?" tanya gadis itu pula.
Eh, dia tanya kita pula. "Saya PA kepada Encik Haris. Kalau cik datang sini untuk berjumpa dengan Encik Haris, cik tunggu dulu ye. Saya takut cik menggangu Encik Haris. Saya cuba tanyakan dia sebentar ye." jawab Haniy dengan tenang.
Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Gadis itu di bawa oleh Alia untuk ke tempat menunggu. Haniy nampak dia duduk di sofa sambil mengurutkan kepalanya. Siapa perempuan ni? Betul ke girlfriend Haris?
"Bukan Haris single ke?" soalan itu bermain di fikiran Haniy. Aish! Sudah la, lebih baik pergi hantar kopi ni dan beritahu dia ada orang menunggu dia di depan.
Haniy mengetuk pintu bilik itu sebanyak tiga kali. Lalu, dia terus masuk ke dalam. Dia nampak Haris sedang menundukkan kepalanya dia meja.
"Encik, saya bawakan kopi untuk encik." kata Haniy sambil meletakkan secawan kopi itu di atas meja Haris.
Haris mengangkat kepalanya. "Jangan bagi perempuan tadi tu masuk jumpa saya," pesan Haris.
"Baiklah, saya beritahu dia ye." kata Haniy lalau terus tinggalkan Haris sendiri. Dia nampak yang wajah Haris seperti dalam kerisauan. Dia malas nak tanya kenapa keadaanya begitu. Lebih baik dia biarkan sahaja dulu.
Haniy berjalan mendekati gadis itu. "Maafkan saya, Encik Haris tak benarkan sesiapa untuk berjumpa dengan dia pada waktu sekarang. Mungkin cik boleh buat appointment untuk berjumpa dengan dia." kata Haniy. Gadis itu bangun dari duduknya lalu laju melangkah ke arah pejabat Haris.
Semua pekerja di pejabat itu memerhati tingkah laku mereka berdua. Haniy mengejar gadis itu tapi dia tak sempat nak halangnya. Gadis dah berjaya menolak pintu pejabat Haris.
"Maafkan saya, saya dah beritahu dia. Tapi dia tetap bertegas dan melawan untuk berjumpa dengan encik," kata Haniy. Dia menundukkan kepalanya ke arah Haris tanda memohon maaf.
"Tak apa, Haniy." jawab Haris.
"Apa masalah you? I datang sini, nak jumpa you pun tak boleh? Dah la you block i dekat semua social media yang ada. You ada perempuan lain ke?" jerit Tiara.
"Yes! Then you can get out from here! I dah tak nak tengok muka you lagi." balas Haris dengan suara yang tinggi.
Haniy yang masih ada di situ menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Dia tak sangka yang Haris sudah berpunya. Dia rasa dia seperti orang ketiga yang merosakkan hubungan mereka berdua.
"Macam ni je you buang i? Ini yang you balas dekat i, Haris?" soal Tiara sambil mendekati Haris. Dia menolak-nolak dada Haris dengan kasar.
"How dare you treat me like this?! Perempuan mana yang you goda dekat kampung ni?" tengking Tiara. Dia sebenarnya tak peduli pun kalau Haris dah jumpa orang lain. Cuma, dia sedih apabila Haris terus senyapkan diri dan tipu dia.
"I dah pesan dekat you, I tak suka orang menipu!" jerit Tiara lagi. Semakin kuat dia tolak dada Haris. Haris masih diamkan diri.
"You dengar sini eh, I tak hamak pun lah dengan you. I benci you sampai mati!" jeritan Tiara kali ini sungguh kuat. Orang yang berada di luar pejabat juga dapat mendengarnya dengan jelas.
"I benci jantan yang penipu and yang tak pernah cukup satu!" tengking Tiara.
Haniy terkaku di situ. Dia masih terkejut dengan apa yang jadi di depan matanya sekarang.
"And you, why you nangis? I ada terlanggar you ke tadi?" tegur Tiara. Dia perasan ada air mati yang sedang mengalir di mata gadis itu. Dia terus berjalan mendekati Haniy.
"Saya minta maaf," kata Haniy. Dia sendiri tak sedar yang air matanya telah keluar. Baru sahaja tadi dia berlembut hati ingin berbaik dengan Haris. Sekarang? Apa yang jadi ini sungguh dia tak sangka.
"Kenapa you yang minta maaf dekat i, pretty?" tanya Tiara dengan lembut. Dia mengusap-usap bahu Haniy.
Haris terduduk melihat mereka berdua. Dua gadis yang dia kenal sangatlah beruntung. Baik hati kedua-duanya. Tapi sayang sekali, dia akan kehilangan kepercayaan daripada kedua-duanya sekali. Dia dah tahu apa yang akan jadi pada hubungan dia dengan Haniy.
"But the way, nama i Tiara." kata Tiara sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Haniy. "Nama saya, Haniy." sambut haniy.
"Sorry, saya balik dulu ye." ucap Haniy lalu meninggalkan mereka berdua. Haniy terus ke meja kerjanya dan mencapai beg tangannya. Dengan muka yang merah menahan tangis, dia terus berjalan laju keluar daripada situ.
Banyak mata memerhati drama mereka tadi. Haniy hanya diamkan diri dan terus sahaja mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...