Dia mencapai minyak wangi di atas meja solek dan terus diseburkannya ke pergelangan tangan. Sempat juga dia menghidu bau minyak wangi itu. Wangi.
Haniy terus menapak kakinya ke ruang tamu untuk meminta izin sebelum keluar rumah dari ibunya. Tak elok tau keluar rumah tak minta izin, nanti kalau kena bala. Susah pula.
"Ibu, Haniy nak keluar kejap." kata Haniy kepada Puan Aimi. Ibunya sibuk melipat kain baju di ruang tamu.
"Eh, tak pergi kerja ke hari ni?" tanya Puan Aimi. Pelik pula hari ni anaknya keluar lambat. Sudah la baju yang di pakainya cantik macam nak pergi berjalan.
"Hari ni Haniy cuti, ibu." jawab Haniy. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Aimi.
"Cantik macam ni nak pergi mana? Ibu pelik la." tambahnya. Pelik betul anak gadisnya hari ni. Sudah la cantik sangat pakaiannya hari ni, risau pula dia.
"Haniy nak pergi jumpa Aariz dekat warung hujung jeti tu je. Boleh?" jawab Haniy. Dia dah tersengih-sengih takut ibunya tak bagi dia keluar.
"Patutlah cantik sangat hari ni. Boleh pergi, tapi duduk dekat tempat orang ramai ye. Jangan berdua dekat tempat sunyi. Lagi satu, balik cepat jangan lama-lama dekat luar sana. Tak manis orang tengok anak dara ibu dekat warung tu." balas Puan Aimi. Haniy hanya mengganguk kepalanya tanda faham.
Tiba sahaja di warung yang telah mereka berjanji untuk bertemu di situ, Haniy terus mencari sosok tubuh Aariz.
Aariz yang perasan akan kehadiran Haniy terus bangun daripada tempat duduknya dan melambaikan tangannya ke arah Haniy. Haniy terus menghadiahkan sebaris senyuman lepas nampak kelibat Aariz disitu.
"Lama kita tak jumpa kan, Haniy?" tegur Aariz.
"Yela, aku ingat kau dah lupa aku." balas Haniy.
"Aku tak lupa kau la, aku dekat sana pun ingat kau lagi tau!" balas Aariz.
"Wah kemain manis mulut engkau ye, Aariz!" tambah Haniy. Mesti dekat bandar sana dia ni jadi buaya. Amboi, biasa dia tu!
"Manis mulut dengan kau je, apa salahnya kan?" kata Aariz sambil tersenyum ke arahnya.
Tanpa berlenggah Haniy terus memanggil pelayan untuk memesan makanan.
"Kau nak makan apa ni, Aariz?" tanya Haniy. Dia menghulurkan menu yang ada di tanggannya kepada Aariz.
"Aku ikut kau. Hari ni tekak aku nak ikut selera tekak kau pula." jawab Aariz.
"Kak, saya nak nasi goreng kampung dua ye. Air teh o ais, dua juga." kata Haniy kepada pelayan itu. Pelayan itu hanya mengganguk dan terus meninggalkan mereka berdua.
"Kau ni depan orang kau menggatal pula, malu la aku orang tengok nanti!" marah Haniy. Mulut Aariz ni manis betul. Banyak makan gula agaknya.
"Akak tu single la tu, mesti dia jeles kan?" kata Aariz. Haniy dah mula buat muka menyampah. Makin dilayan menjadi pula dia ni.
"Lama ke kau balik kampung?" segera Haniy menukar topik perbualan mereka.
"Tak lama, dua minggu je aku dekat sini. Kalau boleh hari-hari aku nak jumpa kau. Tapi, aku dapat balik masa cuti sem je. Sebelum ni mak abah aku tak ada masa nak balik sini, sebab tu aku dah lama tak jumpa kau." jawab Aariz.
"Tak apa, aku faham je. Kita boleh je contact walaupun jauh kan?" jawab Haniy. Mereka bertentang mata. Mereka teringat akan kenangan mereka sentiasa bersama suatu ketika dahulu. Rindu di hati Haniy terubat setelah bertemu Aariz. Bahagia sebentar yang dia rasai ketika itu.
"Maaf, ni makanan yang kamu order tadi." tegur pelayan wanita itu sambil mengetuk meja makan mereka berdua.
Mereka yang daripada tadi leka dibuai pandangan masing-masing terus tersentak. Haniy terus menundukkan kepalanya ke bawah tanda malu. Aariz terus mencapai makanan yang dipesan tadi daripada tangan pelayan tersebut.
"Kau la ni, tenung-tenung aku pula. Malu la aku." kata Aariz.
"Asal aku pula? Kau pun sama tenung aku. Serabut je." jawab Haniy sambil menjeling sedikit matanya ke arah Aariz. Dia terus membaca doa makan lalu menyuap sesudu nasi goreng kampung itu ke dalam mulutnya.
"Kau suka aku kan, Haniy?" tanya Aariz. Haniy yang mendengarnya terus tersedak. Laju tangannya mencapai air terus disedutnya laju.
"Aku suka kau? Memang tak la." jawab Haniy selamba. Dia terus sambung menikmati makanannya. Dia suka Aariz? Mestilah suka. Tapi dia tak nak rosakkan hubungan persahabatan. Baginya jika ada jodoh, mesti dipermudahkan segala urusan mereka berdua.
"Kau jangan menyesal pula reject aku macam ni." jawab Aariz. Tersentak Haniy dibuatnya.
"Bila masa kau confess? Bila masa pula aku reject kau?" tanya Haniy.
"Tadi." balas Aariz.
"Kita kawan je la, awal lagi nak bercintanya. Aku tak suka." jawab Haniy. Dia bukan tak suka Aariz. Tapi, masanya belum tiba lagi. Dia harap sangat Aariz boleh faham perasaannya ketika itu. Dia mahu sahaja ungkapkan rasa rindu dan sayangnya selama ini. Cuma dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk ungkapkan rasa itu. Dia tak mahu ungkapkan kata sayangnya kepada yang belum pasti halal untuknya.
Aariz yang mendengar jawapan daripada mulut Haniy hanya mengganguk dan terus sambung menikmati makanannya itu. Kecewa sedikit hatinya bila Haniy hanya menganggapnya kawan sahaja.
"Kejap lagi aku nak pergi jeti, nak ambil duit gaji semalam dengan Pak Samad. Kau nak ikut?" tanya Haniy. Dia sengaja memecahkan rasa sunyi antara mereka berdua.
"Boleh je." jawab Aariz. Dapat la dia luangkan masa dengan jalan-jalan pusing kampung dengan Haniy.
Selesai sahaja makan, mereka berdua berjalan ke jeti. Ikutkan hati Haniy nak je dia melompat gembira sebab dapat jalan-jalan pusing kampung dengan crush!
"Kau okay ke kerja dekat jeti tu, Haniy?" tanya Aariz.
"Okay je." jawab Haniy. Dia memalingkan mukanya memandang Aariz yang berada di sebelah kanannya.
"Aku risau la kau kerja dekat situ, apa kata cuba kau minta kerja dekat mana-mana kedai runcit ke? Kau kerja sambil bermain nyawa tau!" tambah Aariz.
"Aku okay je kerja dekat situ, sihat lagi ni. Aku sado lagi tau!" kata Haniy sambil menunjukkan lengannya ke Aariz.
"Sado celah mana? Kau tu dah la kurus kering." tambah Aariz lagi sambil ketawa kecil melihat gelagat comel Haniy.
"Hoi! Kurus salah, gemuk salah. Habistu nak yang macam mana?" tanya Haniy sambil matanya menjelig ke arah Aariz.
"Nak yang gila macam kau." jawab Aariz selamba.
"Takut tak tahan je nak hadap hari-hari." balas Haniy. Suka hati dia je cakap aku gila. Tapi ada la sikit. Gila mencintai si dia je.
"Aku cuba la." jawab Aariz.
"Kau merepek apa ni, Aariz!"
"Aku serius la." balas Aariz.
"Suka hati kau la, aku malas nak layan." kata Haniy lalu kakinya mula melangkah laju apabila menghampiri ke jeti.
"Rajin la layan aku,Haniy!" jerit Aariz bila nampak Haniy dah mula berjalan laju ke arah jeti. Haniy yang mendengar hanya diam. Tak mampu untuk membalasnya sekarang.
"Aik, ada orang kaya mana pula ni datang ke jeti ni?" bisik Haniy seorang diri apabila dia ternampak satu kereta mewah di depan jeti itu.
YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomanceSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...