Dia menilik mukanya di cermin meja solek. Dia mencapai bedak mukanya dan menyapu di muka supaya mukanya tidak kelihatan pucat. Seterusnya, dia mengambil gincu dan memakai sedikit di bibirnya.
Dia mengenakan baju kurung pahang berwarna hijau pastel dan tudung bawal berwarna hijau emerald.
"Haniy, dah siap ke? Nanti lewat pula," panggil Puan Aimi.
"Dah," sahut Haniy dari dalam biliknya. Dia mencapai beg tanggannya yang berwarna hitam dan melangkah keluar dari biliknya. Dia ke dapur untuk menjamah sarapan pagi bersama ibu dan ayah.
"Ibu, Haniy nak makan roti telur je ye. Tak nak makan nasi," kata Haniy. Puan Aimi yang mendengarnya sudah tahu. Dari awal dia sudah sediakan roti telur itu untuk anak gadisnya.
"Ye, ibu dah siapkan." jawab Puan Aimi sambil menghulurkan sepinggan roti telur.
"Nanti dekat pejabat, hati-hati. Cuba beramah mesra dengan orang. Jangan bodoh sombong dengan orang," pesan ayah. Haniy hanya mendengarnya dengan teliti sambil menjamah roti terlurnya.
"Kita orang baru masuk tempat orang, kena jaga adab ye." tambah ayah lagi. Kali ini Haniy menggangukkan kepalanya.
"Jaga maruah diri ye, sayang." pesan Puan Aimi.
Haniy berdiri di depan pintu masuk pejabatnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni?"
Dia melangkahkan kakinya dan menolak pintu masuk pejabat itu menggunakan tangan kanannya.
Sampai sahaja, dia terus di sapa oleh seorang wanita di kaunter hadapan itu. "Selamat datang, boleh saya bantu?"
"Saya Haniy, pekerja baru dekat sini." balas Haniy segan silu. Haniy memandang pekerja perempuan di kaunter itu atas balik sekali imbas. "Macam ni ke orang perempuan yang kerja dekat sini?" bisik Haniy sendiri. Perempuan itu memakai kemeja warna putih serta skirt pendek berwarna hitam.
"Ouh ini ke perempuan kampung yang jadi PA, Haris?" jawab perempuan itu. Haniy baru perasan yang ada name tag di baju perempuan itu. Namanya Alia.
"Ye, saya." balas Haniy perlahan.
"Macam mana lah si Haris tu boleh ambik kau kerja kan? Level-level SPM je tapi dapat kerja PA." sindir Alia sambil bercakap dengan seorang perempuan yang ada di sebelahnya. Mungkin pekerja dekat sini juga.
"Tu la, aku ada diploma pun kena jaga customer services je," jawab perempuan di sebelahnya. Haniy memerhati juga name tag di bajunya, tetapi tiada.
"Boleh saya jumpa dengan Encik Haris?" tanya Haniy. Dia malas nak layan drama yang menyakitkan hati ni. Pagi-pagi dah kutuk orang. Banyak la dosa kau kak. Orang mulakan pagi dengan dengan sedekah ke, ini tidak. Pagi-pagi mengutuk orang. Macam la dia perfect sangat.
"Boyfriend kau ke Haris tu?" tanya Alia sambil memandang sinis.
"Ye la kan, orang kampung macam ni tak akan la dia nak jadikan girlfriend. Tak ada class langsung," tambah Alia. Rakannya di sebelah sudah ketawa geli hati. Haniy hanya memerhatikan sahaja mereka berdua. Ikutkan mahu sahaja dia terajang, nasib lah dia pekerja baru tak boleh nak tunjuk taring lagi.
"Saya nak jumpa boss awak je, tak perlu la sampai nak judge saya." kata Haniy dengan suara yang sedikit keras. Terus tersembur ketawa dua orang perempuan tu bila Haniy menjawab. Ah sudah! Hari pertama pun dah serabut!

YOU ARE READING
[C] Hati Yang Jauh ✅
RomantizmSemua orang impikan kemewahan dalam kehidupan, begitu juga dengan Haniy. Rezeki kemewahan tidak berpihak kepadanya, dia tidak dapat meneruskan niatnya untuk sambung belajar. Hidupnya hanya dengan keindahan alam semula jadi seperti laut. Gelombang be...