Bab 17

20 1 0
                                    

Pagi itu dia leka melihat semua gambar-gambar yang dihantar oleh Haris. Banyak gambarnya diambil secara senyap-senyap. Ada mukanya terkejut, menangis, marah dan pelbagai reaksi mukanya di ambil. Seronok dia rasa apabila ada orang yang mengambil gambarnya begini. Dia sendiri tak pernah rasa ada orang yang suka mengambil gambarnya daripada pelbagai sudut.

        Dia rasa seperti dihargai. Tiba-tiba dia terfikir "Apa Haris nak buat dengan gambar aku banyak-banyak tu?" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Takut pula kalau gambarnya digunakan untuk benda yang tak elok.

        Tapi dia hanyak berdoa semoga yang baik-baik sahaja ke atas dirinya. Semoga Allah sentiasa menlindunginya serta maruah dirinya.

        Pintu bilik Haniy diketuk bertalu-talu. Haniy menyahut "Ye, kenapa?"

        Ibu rupanya. "Ada orang datang nak jumpa," kata ibu.

        Haniy mengerutkan dahinya. Siapa pula? Jangan kata Haris pun tahu rumah aku dekat mana. Ish!

        "Siapa?" tanya Haniy.

        "Kawan Haniy la tu, pakai tudung tu." jawab ibu. Dia malas bermain dengan teka-teki hendak meneka siapa di depan rumah. Dia terus mengikat rambutnya yang panjang paras pinggang. Lalu, menyarungkan tudung sarung berwana hitam sahaja.

        Haniy melangkah keluar dari biliknya dan menjenguk ke luar rumah. "Lah kau rupanya," tegur Haniy. Aariz rupanya yang datang ke rumahnya.

        "Kenapa tak cakap nak datang?" tanya Haniy.

        "Tak suprise la nanti, tengok ni aku bawa apa." kata Aariz sambil menghulurkan beg plastik kepada Haniy.

        Haniy mengambil beg plastik yang dihulur oleh Haris. DIa nampak ada kek lapis, kuih cincin dan gelang mutiara.

        "Cantiknya gelang mutiara ni!" jerit Haniy dengan teruja. Aariz tersenyum melihatnya.

        "Kau ni suka la berahsia dengan aku. Tiba-tiba datang, tiba-tiba balik. Ish!" rungut Haniy.

        "Alah, aku nak balik cepat. Hari ni aku nak suprise kan kau. Happy belated birthday Haniy! Sorry aku lambat wish," ucap Aariz.

        "Aku tak kesah pun, janji kau ingat sudah la." jawab Haniy sambil membuka kotak gelang mutiara itu.

        "Meh sini aku pasangkan dekat tangan kau," kata Aariz sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil gelang di tangan Haniy. Haniy hanya memberikan sahaja tanpa banyak soal.

        "Kau labuhkan lengan baju kau ni, aku takut aku terkena tangan kau." arah Aariz. Haniy hanya mengikuti. Haris memasangkan gelang mutiara itu pergelangan tangan kanan Haniy yang beralaskan lengan bajunya.

        "Sesuai dengan kau gelang ni, kau suka tak?" tanya Aariz.

        "Gila ke tak suka? Mesti lah suka!" kata Haniy. Dia memandang Aariz dan ketawa kecil mereka berdua.

        "Eh, ajak la Aariz tu naik." tegur Puan Aimi.

        "Ada pula bersembang dekat tangga je," tambah Puan Aimi lagi. Daripada tadi dia memerhati tingkah laku anaknya itu. Dia risau sebenarnya sebab ada dua lelaki yang sedang mendekati anaknya. Dua-dua lelaki itu cukup baik melayan kerenah Haniy. Dia sendiri tak tahu siapa lah mereka berdua ni di hati anaknya itu.

        "Dekat luar pun tak apa, ibu" jawab Aariz. Aariz dan biasa panggil Puan Naimah ibu sebab masa kecil dia selalu ke rumah Haniy untuk ajak bermain. Kadang-kadang dia main dekat ruang tamu rumah Haniy je. Setiap hari rutinnya lepas balik sekolah petang mesti ke rumah Haniy dan ajak bermain di taman.

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now