Bab 7

20 2 0
                                    

Tiba sahaja di jeti, Haniy terlihat seorang lelaki berkaca mata hitam sedang berbual dengan Pak Samad. Nampaknya dia kena tunggu Pak Samad habis berbual dulu.

        Haniy memandang Aariz yang berada di sebelahnya. "Pak Samad tengah bersembang tu, kita pergi duduk dekat tepi jeti tu nak?" tanya Haniy.

        "Aku ikut je kau." jawab Aariz. Mereka berdua berjalan menuju ke tepi jeti.

        Baru sahaja kaki mereka melangkah ke tepi jeti, ada satu suara yang memanggil Haniy. "Haniy! Sini." panggil Pak Samad apabila ternampak kelibat Haniy.

        "Haniy, Pak Samad panggil kau tu." kata Aariz bila Haniy dah makin laju jalan ke depan.

        "Ye ke? Jom teman aku." ajak Haniy. Aariz di belakang hanya menurut sahaja. Mereka berdua berjalan menuju ke arah Pak Samad.

        "Ye pak cik, kenapa pak cik panggil saya?" tegur Haniy.

        "Ni la Haris yang nak bangunkan kawasan jeti ni." kata Pak Samad sambil tangannya menujuk ke arah seorang jejaka di sebelahnya. Haniy hanya membalas dengan senyuman.

        "Haris, ni la Haniy. Dia seorang je nelayan perempuan dekat kampung ni." tambah Pak Samad. Haris hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia terus menghulurkan tanggannya ke arah Haniy untuk berjabat mesra.

        Terkejut Haniy apabila lelaki tu hulurkan tangannya untuk berjabat mesra. Haniy hanya membalas dengan senyuman. Dia ingat ni dekat luar negara ke nak salam-salam bagai?

       Aariz yang berada di belakang Haniy turut terkejut. Lain macam cara orang kaya berkenalan. Dah la nak salam dengan cinta hati aku.

        Haris yang sedar tangannya tidak di sambut terus menarik tangannya semula. "Sombong betul nelayan hodoh ni." kata Haris perlahan tapi cukup jelas di pendengaran Haniy. Dia ni tak tahu halal dengan haram ke?

        "Pak cik saya datang ni nak ambil duit gaji semalam, boleh ke?" sengaja Haniy tujukan soalan kepada Pak Samad untuk memecahkan suasana yang sunyi tadi.

        "Tunggu sini kejap ye, pak cik pergi ambil" balas Pak Samad lalu berjalan meninggalkan mereka bertiga di situ.

        "Orang kampung memang berlagak sombong eh? Dah la miskin, tak sedar diri rupanya." kata Haris lalu memandang Haniy dengan sinis sekali.

        "Tu bukan sombong la, tapi cara kau tadi salah. Mana boleh lelaki yang bukan mahram salam dengan perempuan yang bukan mahramnya." laju Aariz membalasnya.

        "Aku cakap dengan perempuan ni, bukan dengan kau! Kau tak payah masuk campur." balas Haris. Terkejut Haniy dibuatnya. Apa salah aku ni? Eh mamat ni berlagak betul cara bercakapnya.

        "Ye? Encik ada masalah lagi ke dengan saya?" tanya Haniy. Dia malu sebab aku tak balas salam dia ke? Dia ni tak belajar agama eh?

        "Baru hari pertama aku datang sini, aku dah benci orang kampung macam kau. Berlagak, padahal kerja nelayan je." jawab Haris.

        "Aku tak minta duit daripada kau pun!" laju Haniy membalas. Sakit pula hatinya. Dia terus memandang Aariz yang daripada tadi berdiam diri.

        "Bukan setakat rupa je buruk, bau pun busuk ni!" tambah Haris.

        "Biar tak ada rupa, janji ada adab." balas Aariz. Dia merenung tajam mata Haris yang memakai cermin mata hitam. Dia ingat cool la kalau pakai cermin mata hitam tu? Memang tak la.

        "Aariz, jom pergi dekat Pak Samad. Sakit mata la duduk sini tengok orang buta pakai spek hitam ni." tambah Haniy. Mereka berdua terus berjalan menuju ke arah Pak Samad dan meninggalkan Haris seorang diri di situ.

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now