Bab 21

19 2 0
                                    

"Haniy nak berhenti kerja," kata Haniy dengan nada yang sayu. Dia mencuba untuk mengawal nafasnya semula. Daripada keluar sahaja daripada pejabat, nafasnya tercungap-cungap. Dadanya turun dan naik dengan laju tanpa berhenti.

        Puan Aimi dan Encik Firdaus yang sedang menjamah selera terhenti seketika. "Kenapa?" tanya mereka berdua serentak. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka juga terkejut dengan kehadiran Haniy pada waktu tengah hari ini. Sedangkan waktu kerjanya masih belum tamat.

        "Haniy nak sambung belajar," balas Haniy dengan tenang. Dia sebenarnya kecewa dengan perangai Haris. Dia tak nak beritahu kepada ibu dan ayah apa yang telah terjadi di pejabat. Biarlah dia sendiri yang hadap. Kebetulan dia ada memohon di universiti awam untuk meneruskan pengajiannya semula.

        "Kenapa balik kerja awal?" soal Puan Aimi.

        "Haniy kerja separuh hari je hari ini," balas Haniy.

        "Kalau ye pun nak beritahu nak sambung belajar, duduk lah dulu." tegur Encik Firdaus. Sampai sahaja ke rumah terus di terjahnya ke dapur dan beritahu niatnya ingin belajar.

        Haniy menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Lupa pula nak cover line. Kalau ibu ayah tahu pasal dekat pejabat tadi, mesti ibu dan ayah kecewa.

        "Haniy dah dapat tawaran sambung belajar ke?" soal Puan Aimi.

        Haniy menganggukkan kepalanya. Ya, kebetulan keputusan tawaran belajar di universiti awam telah keluar semalam. Jadi, hari ini dia buat keputusan untuk teruskan niatnya sekarang. Duit simpanannya juga telah mencukupi untuk menampung kos perbelanjaannya di sana. Kini, dia hanya memerlukan restu ibu dan ayah sahaja. 

        "Kalau itu yang Haniy nak, kami setuju sahaja." kata Encik Firdaus sambil memandang ke arah isterinya. Mereka ikut sahaja apa yang Haniy inginkan dalam hidupnya. Dia tak mahu mengongkong kehidupan anaknya. Dia juga mahu melihat anaknya berjaya suatu hari nanti. 

        "Terima kasih ibu dengan ayah," ucap Haniy lalu memeluk erat mereka berdua. 


"Apa masalah you ni sampai pergi terjah dekat pejabat i?" jerit Haris. Dia menarik-narik rambutnya yang sudah mulai kusut itu. dan menghentak-hentak tangannya di stering kereta.

        "Lebih baik i buat macam ni daripada i tunggu you dekat KL," balas Tiara sambil merenung wajah Haris dengan serius. 

        "I tunggu you dekat sana macam orang bodoh, i tak tahu apa yang jadi dekat you. Senyap je macam dah mati!" tambah Tiara lagi.

        "Dekat mama dengan papa pun you tak update apa-apa dekat mereka. Inikan lagi dengan i kan?" Jari terlunjuk Tiara menunjuk-nunjuk ke arah muka Haris. 

        "Papa beritahu i yang you ambil pekerja perempuan dekat kampung ni untuk jadi PA you. Perempuan tu ke yang i jumpa tadi?" tanya Tiara. 

        "I tanya tu, jawablah!" jerit Tiara. Dia dah mula hilang sabar kalau Haris masih memilih untuk berdiam diri. Dia tak suka hanya dia sahaja yang beria dalam hubungan yang mereka bina ini. Kalau Haris tak nak dengan dia sekali pun, dia tidak peduli. Yang penting dia mahu kejujuran daripada Haris bukan terus menipunya dalam diam. 

        "Aku dah tak perlukan kau," balas Haris dengan suara yang sedikit tinggi. 

        "Kalau jujur daripada awal kan senang," balas Tiara dengan sinis. Dia menjelingkan matanya ke arah Haris. Ikutkan hati mahu sahaja dia naik tangan ke arah Haris. Tapi, dia tak mahu buat begitu. Dia masih bersabar.

        "Siapa yang berjaya ambil hati you ni? I nak tahu juga," kata Tiara lagi. Dia mengangkat keningnya ke arah Haris. 

        "You tak perlu sibuk hal i dengan dia tu," balas Haris. "Sekarang ni i nak hantar you balik," kata Haris lagi. 

        "Eh tak perlu, i datang sendiri. Biar i balik sendiri." Tiara menolak tawaran Haris untuk menghantarnya pulang. 

        "Up to you," Haris hanya membiarkan sahaja apa yang Tiara inginkan. Dia malas nak fikir tentang Tiara, sekarang dia fikir tentang perasaan Haniy sahaja.

        "Terima kasih sebab tipu i. Terima kasih juga atas perkenalan kita, i dah halalkan segala benda atas apa yang i bagi dekat you. I harap you halalkan juga makan minum yang pernah you bagi." ucap Tiara dengan nada yang sayu. Dia sendiri sebenarnya tak kuat nak hadap perpisahan itu. Sedangkan hubungan mereka sebelum ini sangat akrab. Tapi dia tak ada hak untuk halang keputusan Haris dan untuk memilih dirinya. 

        Manusia hatinya cepat berbolak-balik. Kita tak dapat nak menahan dia untuk menerima kita. Jika dia inginkan perpisahan, dengan rela hati kita juga perlu meninggalkannya. Teruskan kehidupan dengan perkara yang dapat membahagiakan kita. Sebagai perempuan, kita juga ada maruah, tak perlu mengemis cinta lelaki yang tak pasti. Cukup lah di tipu sekali, tak perlu berkali-kali. 

        "I dah halalkan. Terima kasih," balas Haris. Tiara hanya menganggukan kepalanya lalu dia terus membuka pintu kereta dan menghadiahkan sebaris senyuman ke arah Haris buat kali terkahir. Selepas ini dia tak mahu lagi ada hubungan dengan Haris. Dia akan biarkan Haris mencari kebahagiaanya sendiri dan dia juga akan terima dengan redanya.

        "Jaga diri," ucap Haris lagi sambil melambaikan tangannya ke arah Tiara. 

        "Jaga hati perempuan tu baik-baik," kata Tiara. Lalu terus berjalan meninggalkan Haris. Sambil berjalan air matanya berjurai turun. Daripada tadi dia tahan air matanya agar tidak berjurai untuk membuktikan di depan Haris yang dia kuat sebenarnya. Akhirnya, berjurai juga tangissannya. 

        Dia masuk ke dalam keretanya, dia meraung sepuas-puasnya. "Aku benci kau!' jerit Tiara. 

        "Penipu!" jerit Tiara lagi. Baginya tiada guna lagi untuk perbaiki hubungan jika Haris sendiri merelakan perpisahan antara mereka berdua. Walaupun dalam keadaan sedih dia tetap cuba untuk kuat. Dia menghidupkan enjinkeretanya. Dia membuka radio dan tinggikan suaranya agar dia boleh bertenang sambil mendengar lagu yang dia minati. 

        "Kau kuat, Tiara!" Dia memberikan semangat kepada dirinya sendiri walaupun air matanya masih deras mengalir. Dia abaikan sahaja dan terus memulakan perjalanannya untuk pulang ke rumah sambil bertemankan air matanya yang berjurai.


Haris mencapai telefon bimbitnya. Dia melihat pesanan yang dikirim kepada Haniy masih tidak dibalasnya. Banyak kali juga dia menelefon Haniy untuk ajak berbincang. 

        "Sabar la bro, dia perlukan masa. Jangan desak dia," tegur Zharif. Dia sendiri serabut tengok kawannya yang kehulu-kehilir tunggu pesanan daripada seorang gadis. Memang mabuk cinta betul!

        "Aku nak pergi rumah dia," kata Haris. Lalu, terus bangun dari sofa dan berjalan untuk mengambil kunci keretanya.

        "Hoi! Gila ke pergi rumah anak dara orang waktu malam macam ni? Tak perlu la, kau chill la.  Jumpa esok je dekat pejabat," marah Zharif. Kawan dia ni kadang-kadang bertindak luar akal betul kalau dah stres.

        "Aku tak sedap hati la," kata Haris.

        "Kalau kau sayang dia, bagi dia masa. Dia terkejut lagi dengan apa yang jadi hari ini. Kau jangan rumitkan keadaan dia." kata Zharif sambil menepuk bahu rakannya itu. Dia pun tak sangka apa yang terjadi di pejabat tadi sungguh memalukan. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now