Bab 15

16 2 0
                                    

"Haniy bangun! Dah masuk waktu asar ni, bangun!" Berkali-kali dia mengejut anaknya itu. Penat sungguh anaknya hari ini. Apa lah yang dia buat sampai penat macam ni. Bukan fizikalnya sahaja yang penat, mentalnya juga penat. 

        "Bangun lah, Haniy. Nanti dah lewat pula kamu keluar tu." puas dia menepuk-nepuk bahu anaknya itu. Akhirnya, bangun juga Haniy dari lenanya.

        "Dah pukul berapa ni, ibu?" soal Haniy dengan keadaanya yang masih mamai. 

        "Pukul 5," jawabnya sambil menolak-nolak lagi badan Haniy agar sedar dari lenanya. 

        "Ye ibu, dah bangun ni. Haniy pergi siap kejap ye." jawab Haniy. Dia duduk di birai katilnya sambil memandang ke arah tingkap biliknya. Puan Aimi yang sedar Haniy sudah bangun, dia terus melangkah keluar daripada biliknya. 

        "Ibu dengan ayah tak ingat birthday aku ke?" bisik dia sendirian. Sayu sahaja wajahnya hari ini. Seperti tidak bermaya. Pucat sahaja, semua yang dia lakukan hari ini tidak ada yang dapat memulihkan semangatnya hari ini. 

        Dengan tidak bermaya, dia bangun dari birai katilnya dan bergerak ke bilik air untuk bersiap berjumpa Pak Samad. Ikutkan perasaan malas memang dia malas dah nak keluar dari rumahnya. Tapi, tak apa boleh jalan-jalan pada waktu petang begini untuk menghirup udara segar. Dia juga dalam keadaan yang tidak bermaya, dia perlu cari semula tenaga untuk dia gembira pada hari seterusnya.

        Baru sahaja satu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air, telefon bimbitnya berdering. Haniy menggarukan kepalanya yang tidak gatal. "Siapa pula yang call ni?" rungut Haniy. Nak atau tak nak dia tetap pergi melihat siapakah gerangan yang menelefonnya. 

        Tertera nama Pak Samad di skrin telefonnya. "Lah, Pak Samad rupanya." 

        "Ye, pak cik." jawab Haniy. 

        "Nak datang ambil duit gaji hari ini kan?" tanya Pak Samad. 

        "Ye, kejap lagi saya sampai ye." balas Haniy.

        "Tak perlu la datang sekarang, pak cik tak ada dekat jeti. Kamu datang lepas maghrib nanti ye?" larang Pak Samad.

        "Tapi Haniy tak boleh keluar malam kalau ibu dengan ayah tak ada," jawab Haniy dengan nada sayu. "Ataupun Haniy ambil esok pagi je boleh?" kata Haniy lagi. Dia takut nak berjalan dalam kawasan kampung tu kalau malam-malam. Takut pula kalau jadi apa-apa yang kita tak dapat nak di sangkakan. Lebih baik mengelak daripada pergi juga.

        "Datang je, ajak ibu dengan ayah sekali ye. Pak cik tunggu dekat jeti," arah Pak Samad. Dia terus mematikan panggilan telefonnya. Malas nak bercakap banyak, Haniy hanya ikut sahaja apa yang diminta. 

        Dia melangkah keluar daripada biliknya untuk memberitahu ibu apa yang Pak Samad pesankan sebentar tadi. Dia nampak ibunya di dapur sedang menyusun semua karipap di dalam bekas putih yang bertutup itu. 

        "Ibu, Pak Samad tu suruh ambil duit lepas maghrib dekat jeti, Dia suruh ibu dengan ayah temankan Haniy. Boleh ke?" tanya Haniy. Dia kena tanya awal-awal supaya ayahnya tidak lah ke masjid lama sangat untuk menunaikan solat. 

        "Boleh je, Haniy pergi je bersiap apa semua okay? Pakai abaya warna putih ye, kita nak pergo kenduri kejap lepas ambil duit Haniy dekat Pak Samad," kata Puan Aimi. Haniy hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. 

        Lepas sahaja anaknya berpaling daripada dia, dia terus tersenyum kegembiraan. Namun ada juga dia selitkan perasaan kesian akan anaknya itu. Hari ini mukanya muram sahaja. Sudah la hari ini hari kelahiran anaknya itu. Tapi dia hanya biarkan sahaja, malas nak cakap apa-apa.

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now