Bab 3

17 2 0
                                    

Pagi itu, Haris bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerjanya. Setelah tamat pengajiannya di Autralia dalam pengajian perniagaan, dia terus bekerja bersama papanya. Buat masa sekarang dia masih belajar mengendalikan hal-hal kecil sahaja di pejabat papanya kerana masih baru di situ. 

        Haris terus berjalan turun ke tingkat bawah untuk ke dapur dan menjamah sarapan pagi yang dihidangkan oleh mama. Datin Naimah yang sedang mengacau air kopi di dalam teko terus memalingkan wajahnya ke belakang apabila terdengar suara anaknya yang satu itu.

        "Mama masak apa pagi ni?" tanya Haris.

        "Mama sempat masak omelet telur je, Haris nak?" tanya Datin Naimah sambil jarinya tunjuk ke arah pinggan di atas meja.

        "Boleh je, mama. Papa mana, ma?" kata Haris sambil tercari-cari kelibat papanya.

        "Ouh, hari ni dia pergi kerja pejabat awal. Katanya ada urusan penting. Lagi satu, dia suruh Haris jumpa dia nanti bila dah sampai pejabat. Ada perkara penting katanya tu, mama pun tak tahu apa yang penting sangat." ucap Datin Naimah. Haris hanya mengganguk tanda faham. Dia teruskan dengan menikmati makanannya semula.

Sampai sahaja di bangunan mercu tinggi itu, Haris terus melangkah laju masuk ke dalam. Dia terus menekan butang di lift untuk naik ke tingkat lima, di mana di situ terletak pejabat papanya. 

        Setelah sampai di hadapan bilik yang di tempatkan Dato, Latif bekerja iaitu papanya, dia terus mengetuk pintu dan menunggu sahutan dari dalam.

        "Masuk." sahut suara dari dalam. 

        Haris terus menapak masuk tanpa menunggu lama kerana dia tahu papanya ada di dalam.

        "Mama kata papa nak jumpa Haris, kenapa?" tanya Haris.

        "Disebabkan Haris pun dah pandai handle projek yang lain sampai settle, papa nak letak anak papa ni dekat cawangan lagi satu. Cawangan yang kedua papa tu ada dekat Kuala Selangor. Papa nak Haris settlekan projek papa untuk tambah baik kawasan jeti dekat kampung tu." katanya sambil menghulurkan kertas projek kepada Haris. Kawasan tersebut perlu dibangunkan dan dinaik taraf semula untuk menarik perhatian pelancong yang akan datang.

        "Jauhnya. Jadi, hari-hari Haris kena ulang-aling ke? Lebih kurang 4 jam dari rumah, tak larat Haris nak ulang hari-hari balik rumah." katanya sambil mengeluh. Itu cuma alasan je sebenarnya, dia lebih suka kerja dengan papanya sebab boleh masuk ikut suka hati dia je. Kalau nak balik pun, ikut suka dia juga. 

        "Ye, papa tahu. Papa memang nak Haris berdikari sendiri dari sekarang. Dekat sana dah ada rumah yang papa beli untuk Haris sebagai hadiah, selebihnya kamu perlu usaha untuk beli yang lain. Papa hanya sediakan rumah sahaja, barang rumah tu kamu pandai-pandai lah beli sendiri. Papa nak kamu belajar berdikari sebab nanti nak kahwin dah." ucapnya sambil menghulurkan komputer riba kepada Haris.

        "Ni tempat yang Haris akan pantau, kawasan ini memang kawasan kampung dan taraf hidup yang sangat rendah. Jadi, Haris kena pandai survive dekat sini dan kena biasakan dengan suasana kampung." kata Dato' Latif.

        Haris yang mendengar penerangan papanya terus mengeluh panjang. Dia tidak pernah merasa kehidupan di kampung. Tambahan pula, nak kena survive seorang diri dekat kawasan kampung. Susah la! Selama ini dia hanya membesar di bandar dan juga hidupnya serba mewah. Kini? Hidup seorang diri? Berdikari sendiri dan duduk di kawasan kampung? Mustahil dia mampu bertahan lama!

        "Haris tak nak la, papa. Haris nak kerja dekat sini je, papa suruh la pekerja lain yang handle projek papa yang ni. Papa carikan projek lain ye untuk Haris, boleh?" pujuk Haris. Dia dah mengeluh banyak kali memikirkan suasana baru yang dia akan hadapi. 

        "Haris, kawasan situ je kampung. Tapi, kemudahan dia cukup macam internet pun okay je dekat sana. Boleh la buat video live hari-hari dengan followers tu." kata Dato' Latif sambil memerli anaknya itu. Rutin anaknya itu setiap malam mesti akan buat live dekat media sosial dia dan bersembang. Apa yang seronok sangat lah live tu. 

        "Rumah Haris macam mana? Rumah kayu buruk? Ada air tak dekat situ? Lampu? Aircond?" tanya Haris bertubi-tubi. Papanya yang mendengar terus menunduk dan mengusap kepalanya yang tidak sakit.

        "Ya Allah, rumah banglo papa sediakan untuk kamu. Tak besar dan tak kecil. Cukuplah untuk Haris dan isteri nanti, lepas dah kahwin usaha lah cari rumah untuk keselesaan sendiri. Dekat rumah 

tu hanya ada kipas, aircond papa tak pasang. Nanti Haris pasang sendiri la ye, upah orang pasangkan." balas Dato' Latif. Penat juga memikirkan perangai anak teruna dia seorang ni. 

        "Suka hati papa lah, Haris ikut je. Tapi, kalau Haris tak selesa Haris rela ulang alik balik rumah walaupun jauh!" kata Haris lalu meninggalkan pejabat papanya itu. 

        "Lusa Haris kena pergi sana!" laung Dato' Latif.

        Dato' Latif hanya memerhatikan tingkah laku anaknya itu. Dia terpaksa suruh Haris cuba untuk berdikari kerana umurnya sudah mencapai 25 tahun. Tiba masa untuk dia mengajar anaknya itu berdiri di atas kakinya sendiri. 

        Haris terus berjalan untuk ke bilik pejabatnya sendiri. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi pejabatnya dan terus mencapai telefon bimbitnya. Dia terus menelefon buah hatinya untuk khabarkan tentang berita itu.

        "Sayang, kejap lagi jom jumpa dekat kafe. Nak? I nak cakap something dengan you." kata Haris. 

        "Time lunch nanti kita jumpa, okay?" tanya Tiara. 

        "Okay je, sayang. See you there." kata Haris lalu mematikan panggilan tersebut. 

[C] Hati Yang Jauh ✅Where stories live. Discover now